Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 28 November 2014

Azmin MB Selangor Mula Tunjuk Taring

SHAH ALAM - Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang disifatkan lebih tegas diyakini mampu mengendalikan isu panas dalam sidang Dun yang bermula hari ini. Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, berdasarkan rekod Azmin selaku Adun Bukit Antarabangsa, beliau dilihat lantang ketika berbahas dan pendekatan yang sama pasti akan digunakan dalam sidang Dun kali ini. 


 "Azmin dan Tan Sri Abdul Khalid berbeza. Menteri besar yang dulu agak lembut dan 'steady' dalam perbahasan berbanding Azmin yang lebih lantang dan tegas. "Ketegasan itu menjadi 'trend' beliau. Saya harap beliau boleh kekalkan momentum yang sama dalam sidang kali ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Selain itu katanya, rakyat juga pasti menunggu pengumuman wang rizab negeri yang dikatakan akan digunakan untuk kepentingan rakyat. "Rizab negeri cukup banyak dan persoalannya adakah benar Azmin realisasikan janji beliau untuk guna wang itu," katanya. Beliau turut menjangkakan jumlah wang pampasan yang diluluskan Perbadanan Menteri Besar (MBI) kepada lapan bekas pegawai Abdul Khalid sebagai isu panas. "Bagi saya, serahkan saja kepada SPRM. Pendedahan perlu kerana ia libatkan integriti, tapi usah dipanjang lagi," katanya.

Tiada ulasan: