Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 10 November 2014

Sikap Guan Eng Terus Di Kritik Pimpinan PAS

KUALA TERENGGANU – Sikap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus dikecam. Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat membidas sikap Guan Eng itu dan meminta pemimpin DAP itu menjaga parti sendiri . Beliau dalam nada tegas memberitahu, Guan Eng tidak harus menggambarkan ikatan dalam PR sebagaimana diamalkan BN, sebaliknya tahalluf siyasi antara Pas dan parti lain dalam PR berkait dengan beberapa perkara yang dipersetujui bersama. “Ini masalah parti dengan parti, jangan campuri urusan parti lain. Kena faham tahalluf siyasi antara parti. Anda bawa parti anda dan kita bukannya BN,” katanya.


 Beliau berkata sebagai reaksi terhadap tindakan pemimpin kanan DAP itu yang dilihat sering kali mengeluarkan kenyataan sinis terhadap kepimpinan parti itu. Hanafiah yang juga Adun Chukai berkata, parti dalam PR perlu faham bahawa kesemua mereka bergerak atas tahalluf siyasi iaitu kerjasama politik yang sama sekali berbeza dengan BN. Jelasnya, mereka bersatu terhadap perkara yang dipersetujui secara bersama seperti menghapuskan rasuah tetapi berbeza atas dasar perjuangan parti masing-masing sebagaimana Pas yang memperjuangkan hudud dan dasar itu tidak dipersetujui DAP. 

 Mengulas kenyataan terbuka Guan Eng bahawa Abdul Hadi kerap ponteng dalam mesyuarat Majlis Presiden, beliau turut mempersoalkan sama ada mesyuarat tersebut pernah tergendala dengan ketidakhadiran Abdul Hadi itu. Dalam masa sama, beliau mengingatkan pemimpin PR tidak sindir menyindir dan  menjaga hubungan baik antara parti. Jelasnya, parti dalam PR perlulah komited dalam memperkuatkan parti masing-masing bagi memastikan usaha menawan Putrajaya yang terlepas dalam PRU13 tahun lalu tidak akan terlepas pada pilihan raya umum akan datang.

1 ulasan:

XUMNO berkata...

Jelas sekali DAP merupakan sebuah parti hipokrit dan oportunis.Sejak mereka disokong oleh PKR dalam kemelut MB Selangor, perangai hipokrit pemimpin2 DAP seperti Lim Guan Eng; Anthoni Loke, Phua dan beberapa kerat lagi mempamerkan wajah sebenar mereka. Sudah jelas cita2 dan hasrat parti ini ialah untuk menghalau Pas dari Pakatan supaya mereka boleh jadikan PKR seperti kambing2 belaan yang DAP menjadi anjing2 yang mengawal. Lihat saja perangai mereka di Sarawak sekarang; apabila merasakan parti mereka sudah kuat segala usaha mereka lakukan untuk menghalau PKR dan Pas Sarawak keluar dari Pakatan. Parti chauvanis dan rasis ini sedar bilangan kaum cina di Sarawak memungkinkan mereka merampas kerajaan negeri dalam Pru14 nanti.Pemimpin2 melayu dalam PKR harus sedar dan waspada agenda melaga2kan dan memburukkan pemimpin2 Pas oleh DAP akan merugikan orang2 melayu.