Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 4 Mac 2015

Tidak bertanding di DUN Chempaka, BN Takut

Barisan Nasional (BN) ternyata gusar dengan kekuatan Pakatan Rakyat (PR) khususnya PAS hingga membuat keputusan tidak bertanding dalam Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Chempaka, 22 Mac ini. ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata selaku kerajaan persekutuan, keputusan BN tidak meletakkan calon dalam PRK itu memperlihatkan kepada umum gabungan itu tidak yakin untuk memberikan cabaran.“BN khususnya Umno dilihat tidak yakin langsung untuk memenangi DUN itu tambahan pula ia adalah DUN diwakili Allahyarham Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

 “Pengaruh Nik Abdul Aziz begitu kuat serta besar di situ dan menunjukkan ketidakupayaan Umno untuk mencabar. Bukan soal mahu menyelesaikan masalah banjir dan sebagainya tetapi itu semua adalah helah bagi menutup kelemahan sendiri,” katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini. 


 Pada masa sama, Suee Lim berkata, perbezaan padangan dan pendirian dalam beberapa isu termasuk hukum hudud adalah lumrah antara DAP dan PAS iaitu berlaku sebelum dan selepas kedua-duanya bergabung dalam PR. Bagaimanapun, katanya, ia tidak akan menyebabkan perpecahan antara komponen PR itu sebaliknya akan memantapkan PR kerana banyak persamaan antara mereka termasuk PKR. “Kita meraikan serta menghormati pandangan masing-masing. Kita sentiasa menyokong antara satu sama lain sebagai komponen dalam PR dan mengadakan perbincangan bagi mencari penyelesaian sekiranya menghadapi masalah.

 Nik Aziz grafik“Dengan semangat seperti ini, saya yakin perselesihan dan perpecahan dicanang oleh media dan blog tertentu tidak akan memecahkanbelah dan menggangu gugat keutuhan PR,” katanya. Beliau berkata, ketiga-tiga parti dalam PR akan menjalin kerjasama erat bagi membentuk gabungan atau wadah alternatif ke arah menumbangkan BN di peringkat pusat. Kerusi DUN Chempaka kosong apabila penyandang, Almarhum Nik Aziz, meninggal dunia akibat kanser prostat, pada 12 Februari lalu. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, Nik Aziz (PAS) menewaskan calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak dengan majoriti 6,500 undi.

Tiada ulasan: