AYER KEROH : Rancangan kerajaan memilih 300 daripada 10,000 buah sekolah di seluruh Malaysia untuk mengikuti satu program khas bagi menjadikannya sebagai pusat kecemerlangan pelajar bertaraf dunia mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.
Mengulas kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, sekolah-sekolah yang dipilih itu akan disahkan kelayakannya berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan bagi menjadikan sistem pembelajaran di negara ini setaraf dengan sekolah di United Kingdom dan Australia, sepertimana yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
p/S - Apakah program khas yang boleh diiktirafkan sebagai cemerlang dengan kriteria-kriteria tertentu dan dikaitkan taraf sekolah di United Kingdom dan Australia?
Apabila menyentuh mengenai sistem pendidikan ia adalah sesuatu yang amat serius kerana ia membabitkan jati diri seseorang apalagi ia melibatkan pelajar-pelajar muslim di seluruh negara. Kecemerlangan itu biarlah selari dengan tuntutan syarak.
Selama ini kita sudah banyak kali mendengar rungutan orangramai yang mengatakan sistem pendidikan malaysia telah gagal melahirkan manusia yang berakhlak dan kesan daripada itu telah mengakibatkan jenayah gejala sosial berleluasa.
Dari pucuk pimpinan sehinggalah kepada pelajar-pelajar sekolah rendah telah memperlihatkan kesan pengajian yang salah yang sepatutnya telah diubah sejak lama dahulu.
Adakah ia untuk melahirkan pelajar jurusan ekonomi yang cemerlang? atau jurusan kejuruteraan? Jika ia merangkumi kedua-dua jurusan ia amat baik tapi pastikanlah ia tidak disuntik dengan eleman-elemen sekularisme kerana ia bukan mendatangkan kecemerlangan tetapi mendatangkan kemunduran dan kehancuran di masa akan datang.WA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan