Followers

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, Jun 17, 2013

Boikot Kurma Israel


LONDON - Masyarakat Islam British merancang melancarkan kempen memboikot kurma dari Israel menjelang Ramadan, susulan pencerobohan berterusan rejim Israel di wilayah Palestin.


Media tempatan melaporkan, jurucakap Persatuan Islam Britain (MAB) berkata, kempen itu bertujuan memberi kesedaran kepada umat Islam bahawa kurma terbabit diambil dari Tebing Barat oleh pengeluar Israel.

Memetik laporan Press TV, menurutnya , Israel memperoleh hasil lumayan daripada eksport kurma yang ditanam di dalam kawasan Tebing Barat, tetapi menafikan hak ke atas penduduk Palestin.

Isu Tambang Bas : Strategi 30 % Untuk Perangkap Rakyat

KUALA KUMPUR: Lujnah Pengguna PAS Pusat menyifatkan kenaikan tambang bas ekspress sebanyak 30 peratus adalah strategi untuk memerangkap pengguna.

Pengerusinya Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan tidak sepatutnya menaikkan tambang bas ekspress walaupun kenaikan satu, 10 atau 15 peratus sekalipun.

"Isu sebenarnya bukan 30 peratus, isunya adalah kenaikan harga tambang. Kalau bawah 30 peratus iaitu 15 peratus bermakna pengguna akan beli. Ini adalah perangkap kepada pengguna supaya bincang kenaikan harga tambang. Hakikatnya harga tambang pasti akan naik," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, tidak wajar kenaikan harga tambang bas berlaku dalam keadaan harga minyak dan tol tidak diturunkan.

Malah katanya, banyak cara lain yang boleh mengelakkan kenaikan harga tambang sama ada tambahkan subsidi ataupun kurangkan kos sama cukai tayar dan alat ganti kepada pengusaha bas.

"Yang paling penting turunkan harga minyak, tol dan tambahkan subsidi kepada pengusaha bas, ini akan membawa kepada tidak perlu kenaikan harga tambang," katanya.

Jelas Mahfuz, tawaran Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga iaitu turunkan harga minyak dan tol sekali gus pengguna akan menikmati kadar tambang yang lebih murah.

"Hari ini jelas membuktikan kenaikan harga tambang akhirnya ditanggung oleh pengguna. Kerajaan sengaja bermain dengan istilah 30 peratus ini," katanya.

Sebelum ini, Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) kekal dengan pendirian untuk menaikkan tambang bas ekspres sebanyak 30 peratus walaupun ada pihak menyifatkannya sebagai terlalu tinggi.

Presidennya, Datuk Ashfar Ali berkata, kenaikan itu bukan disebabkan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, tetapi sebagai semakan semula yang biasa dilakukan dalam empat atau lima tahun sekali.

Bagaimanapun pihak PMBOA, menunggu keputusan daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam dan Darat (SPAD) untuk mengumumkan kenaikan harga tambang baru.

PMBOA telah memohon kenaikan harga tiket itu beberapa kali sebelum ini daripada SPAD dan kali terakhir pada 22 Mei lalu.

Perebutan Speaker: Bukti BN Perak berpecah

Isu ugutan oleh Presiden MIC, Datuk G Palanivel apabila Umno ingin merampas kembali kerusi speaker Dun Perak yang sebelum ini milik MIC telah membuka pekung pergolakan dalaman BN di Perak. Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien berkata, pada hakikatnya, BN Perak kini hanya tinggal Umno sahaja setelah MCA gagal memenangi sebarang kerusi manakala MIC hanya menang satu kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) telah meminggirkan diri dalam kerajaan. 

 Menurutnya, masyarakat bukan Melayu sudah menolak BN pada pilihanraya yang lepas ditambah lagi dengan ketiadaan sokongan parti komponen BN yang lain terhadap Umno yang mementingkan diri sendiri sahaja telah membuktikan lagi penolakan ini. Jelas beliau, perkara ini telah menggambarkan kegagalan Umno untuk menyatu padukan masyarakat pelbagai kaum seperti slogan yang dimomokkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Umno ternyata telah memecah belahkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum ketika ini disebabkan sifat tidak adilnya apabila hanya mementingkan diri sendiri. 

 "Kerajaan BN Perak juga dilihat cuba tidak memberi keadilan dan kesaksamaan kepada rakyat Perak dalam hal ini melalui perkongsian kuasa yang sekata melibatkan semua kaum," katanya kepada Harakahdaily. Adun Titi Serong itu menjelaskan, hal ini membuktikan Pakatan Rakyat sahaja yang boleh diyakini bagi menyatupadukan semua kaum dan menggantikan BN sebagai sebuah kerajaan yang boleh dipercayai semua kaum. 

 "PAS sebagai parti komponen dalam Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan dan menjadi tunjang orang Melayu dalam era politk baru ini tanpa memingirkan hak-hak kaum lain," tegasnya.

Dua Kawasan Di Melaka Catat IPU Tidak Sihat


KUALA LUMPUR - Enam kawasan, termasuk dua di Melaka, mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat semalam.

Sehingga jam 11 pagi, bacaan IPU paling tinggi dicatat di Melaka iaitu Bandaraya Melaka (129) dan Bukit Rambai (120), diikuti Port Dickson (117), Muar (110), Pelabuhan Klang (104) dan Kemaman (101).

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataannya menyebut negara kini mengalami musim Monsun Barat Daya bermula Jun ini, yang dijangka berterusan hingga September.

“Angin monsun yang bertiup dari kawasan titik panas di Sumatera Tengah, Indonesia telah membawa asap jerebu ke kawasan tengah dan selatan Pantai Barat Semenanjung,” kata kenyataan itu.

IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Kenyataan itu juga menyebut kebakaran di beberapa kawasan tanah gambut di Selangor adalah terkawal dan tidak menyumbang kepada peningkatan IPU di sekitar Lembah Klang.

Ia merujuk kepada kebakaran di Kampung Busut Baru, Pulau Kempas; Hutan Simpan Kuala Langat Selatan; Hutan Simpan Kuala Langat Utara dan kawasan seluas enam ekar dalam kawasan Bandar Nusaputra, Sepang.

Kenyataan itu juga menyebut status kebakaran sebagai ‘masih terdapat beberapa tompok asap dalam kawasan seluas 30 ekar dan kerja memadamkan api giat dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat yang dibantu JAS, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Perhutanan serta Jabatan Mineral dan Geosains.

JAS menasihatkan orang ramai tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka dan bekerjasama memadamkan kebakaran kecil atau melaporkan kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol JAS di 1-800-88-2727.  - Bernama

Budak lelaki 6 tahun selamatkan tiga adiknya dalam kebakaran


KOTA BAHARU - Tindakan pantas Afiq Hadi Mohd Hakimi yang hanya berumur enam tahun, berjaya menyelamatkan nyawa tiga adiknya apabila rumah papan yang didiami mereka terbakar di Kampong Tanjong Mas di sini, hari ini.
    
Dalam kebakaran kira-kira 1.30 tengah hari itu yang memusnahkan dua buah rumah, Afiq Hadi telah mendukung keluar ketiga-tiga adiknya iaitu, Alif Hazim, 5, Aufa Imtiyaz, 3, dan Aqil Imtiyaz, setahun,
    
Bagaimanapun Alif Hazim cedera ringan apabila bahu kanannya melecur semasa didukung keluar oleh abangnya.
    
Ibu kanak-kanak berkenaan, Wan Syarifah Shahrizat Wan Idris, 37, berkata ketika kejadian dia meninggalkan keempat-empat anaknya di rumah untuk mengambil anak sulungnya, Alia Insyirah, 8, di Sekolah Kebangsaan Chempaka dengan motosikal.
    
"Belum pun sampai ke sekolah, saya nampak kepulan asap hitam yang tinggi, kira-kira 100 meter dari rumah dan terus berpatah balik kerana bimbangkan keadaan anak-anak yang ditinggalkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau bersyukur kerana kesemua anak-anaknya selamat, walaupun rumah dan kereta yang diparkir di tepi rumah tidak dapat diselamatkan.
    
Pemilik sebuah lagi rumah yang turut musnah dalam kebakaran itu, Nur Aini Awang Mat, 50, berkata dia menyedari mengenai kebakaran tersebut apabila mendengar jeritan daripada jiran-jiran lalu membuka jendela untuk melihat keadaan yang berlaku dan mendapati  api sedang marak di rumah jiran sebelah.
    
Beliau, yang keluar dari rumah sehelai sepinggang, berkata rumahnya  musnah dengan sekelip mata sahaja.
    
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Baharu Mohd Sabri Ismail berkata pihakbomba menerima panggilan pada kira-kira 1.57 tengah hari dan bergegas ke tempat kejadian bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Baharu dan Pengkalan Chepa.
    
"Pihak bomba tiba lebih kurang lima minit kemudian dengan kekuatan 21 anggota dan api telahpun marak dengan cepat, namun pihak bomba berjaya mengawal kebakaran tersebut," katanya.
    
Beliau berkata ketika pihak bomba tiba di tempat kejadian, hampir 90 peratus rumah terbabit hangus dijilat api dan menurutnya punca kebakaran dan kerugian sedang disiasat. - Bernama

Otak pelajar tahfiz 'segar' seperti hidup

Otak pelajar tahfiz 'segar' seperti hidup

Keadaan asrama Maahad Tahfiz Al-Barakah yang musnah.
Otak pelajar tahfiz 'segar' seperti hidup

Anuar menunjukkan almari Aiman yang tidak terjejas dalam kebakaran.
Otak pelajar tahfiz 'segar' seperti hidup

Anuar
TIKAM BATU – Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.

Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.

Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.

Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.

Barang rakan lain musnah

Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.

“Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,” katanya.

Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.

“Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.

“Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi,” katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.

Baru lakukan tasmid

Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.

“Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam),” katanya.

Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.

“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,” katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT.

Tidak jejas ambilan pelajar

Menurut Anuar, tragedi yang menimpa Mantab langsung tidak mematahkan semangatnya dan tenaga pengajar lain untuk terus mengembangkan syiar Islam dalam usaha melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang.
“Kita baru sahaja menerima seorang pelajar hari ini (semalam). Ini menunjukkan respons positif daripada pihak ibu bapa dan ia (tragedi) sebenarnya tidak menjejaskan pengambilan pelajar,” katanya.
Berhubung soal keselamatan pula, katanya, pihaknya akan meningkatkan ciri-ciri keselamatan di samping menyediakan kelengkapan dan meningkatkan ilmu berhubung keselamatan selain menyediakan prasarana yang layak.
“Setakat ini, pelajar diberi cuti seminggu untuk kita jalankan proses pengurusan, terutamanya melibatkan penempatan pelajar di blok sebelah,” katanya.
Menurut Anuar, kesemua 20 pelajar berusia antara 13 dan 17 tahun akan dipindahkan ke blok bilik darjah yang sedang diubah suai menjadi tempat penginapan.
Beliau turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak yang bersimpati, menyumbang dan membantu pihaknya untuk membangunkan semula maahad tahfiz itu./sinar

Ahad, Jun 16, 2013

MESIR PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN REJIM SYRIA

 Berikut adalah terjemahan petikan ucapan Presiden Mesir, Dr Morsy ketika Himpunan Rakyat Mesir bersama rakyat Syria di Kaherah semalam : "Kepada Hizbullah (baca : Hizbu Syaitan), mestilah keluar daripada Syria. Ini adalah kata-kata yang serius, tiada peluang dan tempat buat Hizbullah (baca : Hizbu Syaitan) di Syria. Hari ini kita (Mesir) telah membuat keputusan untuk memutuskan sepenuhnya hubungan dengan rejim Syria yang ada sekarang. Ditutup Kedutaan Syria di Kaherah dan dipanggil pulang Kedutaan Mesir di Dimasyq."

 Pautan video ucapan :

Kenaikan Tambang Bas Bebankan Rakyat Bawahan

Kenaikan 30 peratus harga tiket bas membebankan golongan miskin dan berpendapatan rendah, kata Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri.
Justeru katanya, kenyataan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk mengkaji cadangan Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) tidak munasabah.
yAHYA
“SPAD perlu ingat, kenaikan harga bas bukan jalan keluar yang baik, ia seolah membebankan rakyat untuk meringankan beban rakyat yang lain.
“Kebanyakan pemandu juga dari kalangan orang susah. Kalau terpaksa dihentikan perkhidmatan, pekerja akan terbeban,” katanya kepada Keadilandaily.
Kata Yahya, janji SPAD kononnya mahu mengkaji hanya helah mengelak kemarahan rakyat kepada suruhanjaya-suruhanjaya di bawah kerajaan BN.
“SPAD sepatutnya bersama PMBOA mendesak kerajaan menurunkan harga minyak, menghapuskan tol dan turunkan cukai yang tidak masuk akal,” tegasnya.
pengangkutan-awam
Sebelum ini, pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata akan mengkaji cadangan untuk menaikkan 30 peratus tambang bas sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Ia mendapat tentangan ramai terutama di kalangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang bergantung sepenuhnya kepada kenderaan awam.
Terbaru, Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) melalui presidennya, Datuk Dr Jacob George menegaskan, kenaikan itu terlalu tinggi kerana masyarakat ketika ini tertekan dengan harga barang dan kos perkhidmatan yang meningkat.
Short URL: http://www.keadilandaily.com

RESOLUSI MUKTAMAR ULAMA' UMMAH





1) Wajib Jihad untuk membantu saudara-saudara kita di Syria. Jihad melalui tubuh badan, kewangan dan menghantar senjata kepada mujahidin. Selain itu, diusahakan setiap cara lain untuk jihad dan bantuan kepada Mujahidin. 

2) Apa yang berlaku di Bumi Syam, dari pencerobohan teruk oleh Iran dan Hizbu Syaitan dan rakan-rakan mazhab mereka tindakan "mengisytiharkan perang" terhadap Islam dan setiap negara Islam bukan sahaja Syria.

3) Wajib untuk menyatukan semua negara-negara Islam secara amnya dan menyatukan Mujahidin khasnya. Dan jika mana-mana pihak yang mempunyai pertikaian, kita kembali kepada al-Quran dan Sunnah.

4) Jemaah Ulama Umat Islam meminta negara Barat, Islam, PBB, negara-negara teluk, pakatan islam dan Liga Arab mengambil pendirian yang berani dan jelas terhadap penceroboh mazhab dan perlu membantu Mujahidin secara terbuka dengan semua yang mereka perlukan terutamanya senjata dan wang.

5) Memboikot semua negara yang membantu mereka seperti Rusia, China dan Iran (snake head). Wajib untuk mempunyai sokongan politik dengan melantik Duta dari rakyat Syria yang bersama perjuangan rakyat bukan sama sekali dari puak pembunuh.

6) Wajib kepada semua umat Islam untuk memboikot syarikat-syarikat dan apa-apa sahaja yang manfaat kepada Iran. Ia adalah bagi membalas dendam atas darah kanak-kanak Syria di tangan Iran.

7) Menjemput semua pemikir, penulis, ahli politik dan media untuk memulakan menyokong perjuangan Syria dengan semua cara.

8 ) Mengingatkan tentera Basyar, haram untuk membunuh mereka yang tidak bersalah dan haram untuk menyokong kezaliman alim Bashar. Dan adalah wajib untuk menyertai Mujahidin terhadap kuffar.

9) Mengingatkan PBB akan tanggungjawab Antarabangsa mereka terhadap apa yang berlaku di Syria. Meletakkan segala jenis tekanan ke atas mereka (Hizbu Syaitan dan Iran) kerana mereka mempunyai double standard dan kami mahu mendedahkan mereka kepada seluas-luasnya kepada umat Islam. 

10) Membantah tindakan memanggil Mujahidin di Syria sebagai pengganas atau pemberontak daripada mana-mana media Islam. Mereka Mujahidin dan Pejuang Kebebasan. Pada masa yang sama, mereka menutup satu mata tehadap jenayah dahsyat yang dilakukan oleh Iran dan sekutunya.

11) Wajib ke atas semua Badan Bukan Kerajaan dan Organisasi-Organisasi Bantuan Kemanusiaan untuk segera dan bekerja keras untuk membantu Syria. Menyediakan mereka dengan ubat-ubatan dan makanan dan tempat tinggal. Dengan apa jua cara bagi membantu mereka sehingga mereka berjaya menentang musuh mereka.

Khamis 4 Syaaban 1434 Hijrah
Ulama Ummah Muslimin.
Kaherah,
Mesir.

Wacana Rejuvenasi PAS Bersama Dr.Mujahid Yusof

Wacana Rejuvenasi PAS Bersama Dr.Mujahid Yusof (Pembentang) & Ust.Fauwaz Fadhil (Pengulas)
Tarikh : 16 Jun 2013 bertempat di  Maahad Ar-Rahmah, Solok Gaung, Ayer Molek, Melaka.


Sabtu, Jun 15, 2013

Zahid disaran cuti hingga 2 kes memalukan BN selesai

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya bercuti daripada menjalankan tugasnya sehingga dua kes yang memalukan kerajaan Barisan Nasional (BN) selesai. 

 Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang (gambar) berkata, dua kes yang memalukan BN itu kerana Ahmad Zahid dituduh mencederakan Amir Abdullah Bazli pada Januari 2006 dan didakwa melanggar undang-undang pilihan raya kerana berbelanja lebih RM2 juta, melebihi had RM200,000 yang dibenarkan ketika berkempen untuk kerusi Parlimen Bagan Datoh, Perak pada PRU13 lalu. Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, dalam sebuah video yang dipaparkan dalam laman webnya sendiri, Ahmad Zahid mengakui mengupah 24,000 penyokong BN Bagan Datoh yang juga pengundi tempatan sebagai pekerja kempen ketika beliau bertanding untuk memenangi kerusi Parlimen itu. Katanya, dalam video terbabit, Zahid juga mengaku memberi setiap pekerja kempen RM100 dan 5 kilogram beras.

 Menurutnya, selain politik wang pada pilihan raya, Ahmad Zahid mengupah 24,000 ‘pekerja pilihan raya’ sedangkan jumlah keseluruhan pengundi di Parlimen Bagan Datoh hanya 34,670 pengundi dan jumlah undi yang diraih Ahmad Zahid sendiri hanya 17,176 undi.

                                  
 Ini bererti lebih daripada seorang ‘pekerja pilihan raya’ diperlukan Zahid untuk memenangi satu undi dan perkara itu boleh dianggap sebagai rekod tersendiri dalam sejarah pilihan raya Malaysia. “Saya bersetuju dengan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ismail yang baru-baru ini menyatakan dalam surat terbuka bahawa keputusan Mahkamah Rayuan yang sebulat suara memerintahkan Ahmad Zahid menjawab tuduhan Amir Abdullah menunjukkan tuduhan itu kukuh dan menimbulkan pertikaian mengapa polis gagal mengambil tindakan terhadap Ahmad Zahid atas kesalahan itu,” kata Kit Siang dipetik Roketkini.

Jumaat, Jun 14, 2013

Bantahan dan Sokongan Terhadap Perjuangan Rakyat Syria

Jumaat , Kuala Lumpur - Lebih 1,000 umat Islam hari ini berarak dan berhimpun di hadapan kedutaan Syria, Kuala Lumpur bagi membantah kekejaman tentera regim Bashar Assad terhadap rakyat negara itu. Bantahan anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia itu turut disertai wakil NGO Islam serta hak asasi manusia yang turut sama membantah kekejaman berterusan di negara bergolak itu. 

 Antaranya, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), NGO Muslim Care serta Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis). Mengetuai bantahan itu Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan, Timbalannya Nik Mohd Abduh Nik Aziz, Ketua Penerangan Pemuda Riduan Mohd Nor dan pimpinan serta exco dewan itu yang lain. Sebelum itu, mereka berarak hampir dua kilometer dari Masjid Tabung Haji menuju ke bangunan kedutaan sejurus selesai solat Jumaat bagi menunjukkan solidariti kepada rakyat Syria..

 Biarpun cuaca ada ketikanya panas, para peserta himpunan aman itu tidak berganjak sementara menunggu enam wakil selesai menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Syria. Malah, turut kelihatan menyertai himpunan solidariti itu juga bukan hanya di kalangan rakyat Malaysia, tetapi juga beberapa rakyat Syria ada ketikanya mendominasi perhimpunan dengan slogan perjuangan mereka. Sementara itu, pada sidang media yang diadakan sejurus selesai urusan penyerahan memorandum, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan berkata kesal dengan tindakan kedutaan Syria yang enggan menerima memorandum yang diserahkan mereka. Malah, delegasi mereka juga tidak dibenarkan masuk.

 "Memorandum ini antara lainnya membantah kekejaman yang dilakukan kerajaan Syria terhadap penduduknya hampir tiga tahun. Kita juga tidak mendapat satu sumber maklumat yang jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di Syria. Malangnya, kita tidak dapat bertemu pada hari ini untuk emndapatkan gambaran sebenar. "Tapi apa yang penting, banyak campur tangan dari kerajaan luar yang menyebabkan rakyat makin tertindas dan akhirnya menjadi pelarian. Justeru, kerajaan Syria perlu menolak campur tangan asing yang tidak membantu ke arah pendamain dan keamanan negara itu," tegas beliau. Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Rahman, berkata tindakan kedutaan Syria yang enggan menerima memorandum bantahan itu menunjukkan sikap tidak demokratik negara itu dalam menangani isu sensitiviti semua pihak membabitkan rakyatnya sendiri. 

 Katanya, ia berbeza dengan sikap yang ditunjukkan kedutaan Turki di Malaysia yang turut menerima memorandum daripada delegasi berhubung pembinaan Taman Gezi, di Istanbul yang mewujudkan konflik di kalangan rakyat yang menyebabkan ribuan rakyat mengadakan protes ke jalan raya. Tegas Amidi, berdasarkan pertemuan dengan wakil Turki tadi, delegasi itu dimaklumkan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, bertindak menemui para demonstran dan kemudiannya memulangkan isu taman tersebut ke mahkamah bagi memutuskan sama ada taman itu boleh dibina atau sebaliknya. "Kami memuji sikap Perdana Menteri Turki yang sanggup turun berbincang dengan demonstran, bukan hanya mengadakan pembantaian semata-mata. Sayangnya, ia tidak berlaku di kedutaan Syria yang bukan sahaja tidak mahu menerima memorandum kami, tetapi tidak membenarkan kami masuk ke kedutaan," tegas beliau. 

Sementara itu, peserta himpunan bersurai kira-kira jam 3.35 petang tadi dengan suasana aman.Di Melaka pula, Himpunan turut diadakan di hadapan Bangunan MAIM, Bukit Palah Melaka setelah selesai solat fardhu jumaat.Turut serta dalam himpunan tersebut Ahli Parlimen Bukit Katil, Yb. Sdra Shamsul Iskandar Mad Akin dan ADUN Bukit Baru, Yb.Dr. Khalid Kassim.

Rabu, Jun 12, 2013

PR Calonkan Mantan Hakim Sebagai YDP Dewan Rakyat

Pakatan Rakyat (PR) sebulat suara bersetuju menamakan mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat bagi Parlimen Ketiga Belas. Penamaan Datuk Abdul Kadir sebagai Yang di-Pertua telah dikemukakan atas nama Ahli Parlimen Bandar Tun Razak merangkap Menteri Besar Negeri Selangor sebagai mewakili pendirian PR pada 10 Jun 2013. Satu pemberitahu bersurat mengenai penamaan itu telah dikemukakan kepada Setiausaha Dewan Rakyat mengikut kehendak Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat 4(1). 

 PR bertegas bahawa Yang di-Pertua Dewan Rakyat mesti dilantik dari kalangan seorang yang bebas, berkecuali tanpa parti, berwibawa dan berkelayakan untuk berkhidmat. Datuk Abdul Kadir memenuhi semua kriteria yang selayaknya sebagai Yang di-Pertua. Beliau telah menabur bakti kepada negara selama lebih 50 tahun dalam pelbagai Jabatan, Kementerian, Negeri, Suruhanjaya, Kehakiman dan Majlis DiRaja Negeri. 

 Beliau bersara sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 28 Mac 2006. Kemudiannya dilantik menjadi anggota Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai kematian Teoh Beng Hock, anggota Jawatankuasa Eksekutif Transformasi SPRM dan Ahli Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu. PR berkeyakinan penuh bahawa pemilihan Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang di-Pertua akan meningkatkan lagi penghormatan rakyat terhadap institusi Parlimen dan melonjakkan kewibawaannya di persada antarabangsa. ~keadilandaily

Selasa, Jun 11, 2013

Dakwat Tak Kekal Bukti Pengerusi SPR perlu Lepas Jawatan

SHAH ALAM, : Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, tidak bersetuju dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyatakan badan itu SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu. Sambil menyifatkan SPR gagal, Dr Agus mempersoalkan signifikan penubuhan Jawatankuasa Khas terdiri daripada Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 1 Jun lalu. Katanya, kegagalan SPR mengendalian daftar pemilih bersih dan penyediaan dakwat kekal dengan baik merupakan contoh terbaik untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan.

 “Yang saya tidak faham dengan pengumuman PM ini ialah kenapa perlu ditubuhkan jawatankuasa untuk memantau SPR? Saya kira tidak perlu jawatankuasa untuk memantau SPR kerana SPR adalah sebuah badan bebas. “Yang kita perlu sekarang ialah anggota SPR yang boleh bertindak cekap untuk mengurus pilihan raya yang adil dan bebas. Itu yang kita belum ada,” kata Pensyarah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) itu menerusi laman sosial Facebook miliknya. Sekiranya kerajaan ingin meneruskan hasrat menubuhkan jawatankuasa berkenaan, Dr Agus mencadangkan dua solusi agar perkara tersebut dapat dilaksanakan dengann baik. 

“Kerajaan perlulah menubuhkan sebuah panel yang terdiri dari wakil parti mengikut kuota undi popular yang diterima oleh parti, dan setiap parti hendaklah berhak menamakan wakil masing-masing, bukannya ditentukan oleh kerajaan. “(Kedua) jawatankuasa ini juga perlulah diberi rangka kerja untuk mengkaji beberapa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Pilihan Raya 1958, Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981, Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002 dan Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003,” ujarnya lagi.

Ku Li Cabar PM Jawatan No 1 UMNO

KUALA LUMPUR, 11 Jun — Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Parlimen dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu ahli Parlimen veteran Tengku Razaleigh Hamzah malam tadi bagi membincangkan kedudukan mereka kerana tidak mendapat apa-apa selepas kemenangan pertempuran sengit dalam Pilihan Raya 2013. The Malaysian Insider difahamkan, lebih kurang sedozen ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang tidak mahu menyeberang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi turut tidak gembira dengan Putrajaya kerana tidak diberikan apa-apa kepada mereka selepas menang.

 “Ahli Parlimen Malaysia Timur bertemu Ku Li di rumahnya untuk membincangkan langkah seterusnya kerana mereka tidak gembira dengan Putrajaya,” kata sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada nama samaran putera raja itu. Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen. BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen. 


Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri. “Ahli Parlimen dari Malaysia Timur tidak mahu meninggalkan BN akan tetapi mahukan sesuatu dari kemenangan mereka. “Mereka bertemu Ku Li untuk melihat apa yang mereka boleh lakukan untuk meluahkan kekecewaan mereka,” tambah sumber itu. Putera raja Kelantan itu mahu mencabar Najib untuk jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti lalu akan tetapi tidak mendapatkan pencalonan cukup untuk layak, di mana pemenangnya kebiasaannya menjadi perdana menteri dalam kerajaan BN. 

Beliau mewakili Gua Musang semenjak 1974 dan sudah beberapa kali cuba untuk mendapatkan jawatan perdana menteri tetapi tidak berjaya. Satu lagi sumber memberitahu ahli Parlimen Malaysia Timur adalah yang terbaru untuk memberikan tekanan kepada Najib selepas beliau memenangi mandat pertama peribadi dengan kerusi kurang daripada pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi. “Najib sudah diberikan tekanan dalam Umno dan sekarang ini, selepas keputusan buruk dalam pilihan raya,” tambah beliau. Umno memenangi 88 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013, meningkat sembilan berbanding 2008 akan tetapi beberapa veteran parti menyalahkan parti itu dan prestasi buruk BN kepada ahli strategi “bilik perang”, dan membayangkan perdana menteri mungkin perlu ditunjukkan pintu keluar jika dia tidak membuang ahli strateginya kerana nasihat buruk mereka. “Ahli-ahli Parlimen ini tidak boleh melakukan banyak kecuali memanggil untuk undi tidak percaya. Menjadikannya sebagai agenda sudah satu kejayaan untuk menzahirkan kekecewaan mereka. 

“Atau mereka boleh biarkan ahli Umno semasa pemilihan parti akhir tahun menunjukkan kepada PM bagaimana mereka rasa,” tambah sumber tersebut. Sumber itu juga memberitahu, ahli Parlimen BN yang bertemu Tengku Razaleigh tidak dijangkakan untuk menunjukkan perasaan mereka sehingga Parlimen bermula pada 24 Jun. “Apa pun, ini hanyalah lebih tekanan kepada Najib untuk memuaskan hati semua pihak dalam BN, “katanya./ malaysiainsider

Tempoh Kemuka Petisyen Tamat Esok

KUALA LUMPUR: Tempoh mengemukakan petisyen bagi mempersoal keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) oleh mana-mana parti politik, akan berakhir esok. Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan, pemilihan ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri tidak boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya yang difailkan ke Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan raya itu diadakan. 

 Petisyen pilihan raya perlu dikemukakan dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihan raya di wartakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 22 Mei lalu. Sementara itu, Pakatan Rakyat semalam mengesahkan akan memfailkan 25 petisyen bagi kawasan parlimen di seluruh negara. Dari jumlah itu, 19 petisyen akan dikemukakan oleh PKR, empat PAS dan dua oleh DAP. Ianya termasuk dua petisyen bagi kerusi Bagan Datok, iaitu petisyen pilihanraya, dan satu lagi petisyen berhubung dakwaan kesalahan calon BN, Datuk Seri Zahid Hamidi melanggar had perbelanjaan RM200,000 yang dibenarkan untuk sesuatu pilihanraya. Selain kerusi parlimen, Pakatan Rakyat juga akan memfailkan 10 petisyen pilihanraya bagi kerusi Dun di seluruh negara. Dari jumlah itu, sembilan Dun adalah yang ditandingi PAS dan satu Dun yang ditandingi PKR

Speaker Mula Main Kasar ...

Wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) akan digugurkan sebagai wakil rakyat sekiranya mereka memboikot proses mengangkat sumpah, kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberi amaran hari ini. “Kalau ahli Yang Berhormat tidak angkat sumpah, ikut Perlembagaan, selama enam bulan maka secara automatik gugur sebagai ahli Parlimen,” katanya. Jelasnya lagi, atas semangat demokrasi juga, speaker dan timbalan speaker berhak memboikot upacara mengangkat sumpah wakil rakyat PR.

 “Tidak boleh angkat sumpah hari lain ... kecuali tidak datang atas sebab kesihatan yang tak boleh dielakkan,” kata Pandikar lagi. “Apabila kita angkat sumpah baru kita jalankan fungsi sebgai wakil rakyat,” katanya, dan menambah, bagi mereka yang sengaja tidak hadir untuk memboikot, beliau tidak nampak logiknya tindakan berkenaan. Sesi taklimat pertama ahli-ahli Parlimen hari ini menyaksikan kehadiran 111 anggota Parlimen yang dipilih pada Pilihan Raya 2013, dengan hanya seorang wakil pembangkang, ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa yang hadir, daripada 89 keseluruhan ahli Parlimen PR. Er, ketika ditemui pemberita berkata sesi taklimat adalah perkara yang penting dan kehadiran beliau hari ini adalah atas inisiatif sendiri. “Hari taklimat adalah yang penting, kita nak tengok ada peraturan baru atau sebagainya,” katanya kepada pemberita. Ditanya sama ada beliau akan menghadirkan diri pada upacara mengangkat sumpah pada 24 Jun ini, Er berkata, sekiranya tiada arahan daripada kepimpinan DAP Pusat supaya memboikot upacara berkenaan, jadi beliau akan turut hadir. 

“Itu saya akan hadir ... tapi kena tanya Pusat dulu,” tambahnya. Pandikar ketika sidang medianya juga berkata, mana-mana anggota Parlimen yang tidak melaksanakan upacara mengangkat sumpah juga tidak akan dibenarkan berada di dalam Parlimen. “Kalau tak angkat sumpah tak boleh berada dalam Parlimen ... Mereka harus angkat sumpah pada hari pertama, kalau tidak datang dia hina Parlimen, sistem demokrasi,” kata Pandikar memberi amaran. “Tanggungjawab saya bukan pastikan pilihan raya berjalan atau tidak, tanggungjawab saya memastikan persidangan berjalan, kerana saya masih lagi speaker berdasarkan Perlembagaan,” tegasnya.

Isnin, Jun 10, 2013

Selangor Sedia " Belanja' Kos Guaman Petisyen PRU 13

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor bersedia manampung kos guaman mana-mana pihak yang memfaikan petisyen pilihan raya pada kali ini. Menurut Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, langkah tersebut diambil bagi memastikan usaha memperbaiki proses demokrasi di negara ini dapat berjalan dengan lebih lancar. “Mereka yang menyaman di mahkamah, jika betul kita dapati usaha mereka itu munasabah dan kita kerajaan negeri melalui (program) Pendemokrasian, akan beri sumbangan atas kos guaman mereka,” kata Abdul Khalid dipetik Selangorku. 

 Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri sebelum ini turut menjalin kerjasama dan berkongsikan data menerusi Program Pendemokrasian Selangor dengan pihak yang yang berusaha mengumpul bukti kepincangan pilihan raya. Data-data tersebut diperolehi menerusi kaji selidik yang dijalankan oleh Unit Pendemokrasian Selangor sebelum PRU-13 berlangsung.

 “Kita juga membenarkan data-data itu dianalisa, Kerajaan Negeri menggalakkan usaha tersebut untuk melahirkan pilihan raya yang adil dan saksama,” ujar beliau lagi. Sebelum ini, kerajaan negeri melalui geran Selangorku mengambil langkah pengukuhkan demokrasi dengan menyediakan peruntukkan berjumlah RM5 juta./selangorku

TPM Perlu Ubah Sikap Berat Sebelah- MP Gelang Patah

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu membuang sifat ‘lidah bercabang’ memandangkan ugutan terbukanya yang mewakili kerajaan minoriti 47% untuk menghukum majoriti 51% pengundi sebenarnya menggugat institusi-institusi utama negara ini. “Kita hairan melihat bagaimana Muhyiddin boleh menunjukkan sifat ‘lidah bercabang’ beliau dengan mengeluarkan kenyataan yang sama sekali bertentangan dalam majlis yang sama, iaitu majlis penghargaan pengundi BN di Kundang Ulu, Johor,” kata Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang. 

 Katanya, walaupun Muhyiddin mendakwa para pengundi Malaysia telah menyampaikan mesej yang jelas dalam PRU13 bahawa mereka mahu kerajaan bersikap lebih tegas dan jelas dalam mempertahankan institusi-institusi yang penting di negara ini, “menguatkuasakan undang-undang, menegakkan perlembagaan, memerangi jenayah secara berkesan dan membasmi rasuah,” Muhyiddin kemudiannya membatalkan sama sekali semua sentimen itu. Beliau berkata, Muhyiddin mengeluarkan ancaman untuk mendiskriminasi dan menghukum 51% pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memberi kelebihan kepada 47% pengundi yang menyokong BN dan Datuk Seri Najib Razak. 

 Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menambah, sudah tentu perisytiharan Muhyiddin bahawa kerajaan BN akan menyalurkan ‘lebih banyak bantuan’ kepada masyarakat yang menyokongnya sewaktu pilihan raya umum menyiratkan suatu dasar yang bersifat menghukum dengan cara mengabaikan dan mendiskriminasi majoriti 51% pengundi. “Dan ini merupakan bukti paling jelas bahawa masih banyak yang perlu Najib lakukan untuk membuktikan beliau adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia dan bukan hanya 47% rakyat Malaysia.

 “Atau apakah kita sedang berdepan dengan keadaan di mana Najib mahu menjadi Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia, manakala Muhyiddin pula hanya mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri untuk 47% rakyat Malaysia?” tanya beliau dalam satu kenyataan. Menurut Lim lagi, ketika Muhyiddin menyebut tentang ‘mesej jelas’ rakyat yang mahukan kerajaan untuk mempertahankan institusi-institusi yang penting dalam negara ini, beliau gagal melihat gajah di depan matanya sendiri. Ini, katanya kerana sebenarnya Umno BN perlu memikul tanggungjawab penuh atas kemerosotan institusi-institusi utama negara ini sejak tiga puluh tahun yang lalu./hrkh

Pemuda Pas Bidas Sikap Pilih Kasih TPM

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa BN akan memberi “bantuan lebih kuat” kepada komuniti yang menyokong mereka semasa pilihanraya umum ke 13 (PRU13) lalu. Menyifatkan ianya sebagai kenyataan 'balas dendam', serta 'pilih kasih', Naib ketuanya Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss berkata adalah tidak wajar seorang timbalan perdana menteri mengeluarkan kenyataan berbaur kebencian seperti itu. "DPPM menganggap kenyataan TPM berbaur kebencian kaum serta politik dendam yang cuba dilunaskan terhadap komuniti Cina kerana majoriti kaum Cina menolak BN dalam PRU ke 13. 

 "Ia jelas membawa mesej perkauman yang sempit dan boleh mencetuskan perasaan tidak senang, dendam, perbalahan serta ketegangan kaum yang serius," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Menurut beliau lalgi, pandangan Muhyiddin itu memberi gambaran pemimpin negara itu gagal meletakkan pertimbangan yang adil terhadap rakyat. Apa yang dibimbangi katanya, jika pengikut atau penyokong BN mengambil kenyataan Muhyiddin itu dengan bertindak agresif yang merugikan negara terhadap komuniti Cina serta memilih-memilih ‘bulu’ dalam memberikan sumbangan.

 "Apakah Tan Sri Muhyiddin merasakan rakyat menolaknya dalam PRU ke 13 maka rakyat tersebut perlu ditolak dari menerima apa sahaja bantuan atau dikurangkan bantuan dari yang sepatutnya. Beginikah pemahaman demokrasi beliau," soal beliau lagi. Beliau menegaskan, rakyat yang menolak BN adalah majoriti 49 peratus manakala hanya 46 peratus sahaja yang menerima BN dan itupun BN diselamatkan oleh pengundi di kawasan Parlimen yang kecil melalui persempadanan yang tidak adil. "Jika itulah perkiraannya, “bantuan yang kuat” hanya akan tersalur pada parlimen kecil yang selamatkan nyawa BN sahaja manakala rakyat di kawasan parlimen yang besar dan menolak BN akan menerima bantuan sedikit sahaja," katanya./hrkh

Takziah Buat Keluarga Seniwati Latifah Omar

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Latifah Omar yang meninggal dunia petang tadi. “Al-fatehah buat seniwati Latifah Omar. 

Moga rohnya dicucuri rahmat Allah. Salam takziah utk keluarga Allahyarham,” tulis beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena itu melalui twitter, malam ini. Seniwati Latifah Omar, 74, dilaporkan meninggal dunia petang di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras. 

 Semasa hayat, beliau membintangi 23 filem seperti Bawang Putih Bawang Merah, Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Che Mamat Parang Tumpul. Allahyarham mula berlakon pada usia 16 tahun menerusi filem Panggilan Pulau pada 1954 dan filem terakhir ialah Hati Batu (1973)./ Hrkh 

Isnin, Mei 27, 2013

Ini Bukan Cobaan Ini Betul-Betul Kejadian !!

Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail menyangkal kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mendakwa kejadian lampu padam di pusat pengiraan undi sebagaimana disebarkan menerusi internet adalah fitnah dan lakonan. Noor Hanim berkata, gambar itu sebaliknya dirakam seorang petugasnya di bilik pengiraan undi Saluran 3 Sekolah Kebangsaan Serdang pada jam 7.32 malam 5 Mei lalu. 


Beliau menafikan ia dirakam sebelum PRU13 seperti didakwa Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Menurutnya, hasil siasatan, pihaknya mendapati pengurusan SPR dilihat sekadar ingin menutup kelemahan sistem pilihan raya sedia ada. Noor Hanim berkata, beliau hairan bagaimana Wan Ahmad sendiri seolah-olah tidak tahu pakaian rasmi petugas SPR yang memakai baju T kelabu pada hari berkenaan. Menurutnya, ketika kejadian, wakilnya berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik pengiraan undi terbabit bagi memastikan proses kiraan berjalan lancar. Beliau turut menafikan terdapat wartawan di lokasi kejadian kerana yang ada di lokasi hanya Ketua Tempat Mengundi (KTM), petugas SPR, wakil calon dan anggota polis bertugas. 

 “Saya minta SPR terutama Wan Ahmad memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian mendalam dan mengambil ringan isu dibangkitkan rakyat,” katanya. Sinar Harian difahamkan, sekolah itu mempunyai empat saluran mengundi, namun saluran satu, dua dan empat, kiraan undi tamat lebih awal dan tiada gambar di ketiga-tiga saluran itu dirakamkan. Hanya gambar di saluran tiga sempat dirakam kerana kiraan undi lewat tamat dan hanya siap jam 8 malam. Sementara itu, Yang Dipertua Pas Puchong, Mohd Soffiean Ismail meminta SPR lebih teliti dalam membuat siasatan dan mahu tuduhan dibuat diperbetulkan. Beliau berkata, pihaknya akan pertimbang untuk buat laporan polis selepas mendapat nasihat guaman. Semalam, akhbar melaporkan, SPR mendakwa insiden lampu padam semasa pengiraan undi PRU13, 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi. Wan Ahmad dalam kenyataannya berkata, kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau

PAS KEMUKA 18 PETISYEN PRU 13

Pas akan memfailkan lebih 18 petisyen di mahkamah bagi mencabar keputusan PRU13 yang didakwa meragukan. Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, petisyen itu yang membabitkan keputusan PRU13 secara umum serta beberapa kawasan Parlimen dan Dun akan difailkan dalam masa terdekat. Katanya, beberapa kawasan Dun telah dikenal pasti termasuk Perak, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang serta dua kawasan Parlimen yang gagal dikekalkan parti itu, Kuala Selangor dan Titiwangsa. 

 “Boleh dikatakan setiap negeri mengemukakan petisyen, namun kini panel peguam dalam proses akhir menfailkan petisyen di mahkamah selewat-lewatnya sebelum tarikh akhir bantahan ,” katanya kepada Sinar Harian. Terdahulu, Pas telah menubuhkan jawatankuasa khas berkaitan undang-undang untuk menentukan perkara dan tindakan yang boleh diambil sebelum mengemukakan petisyen. Parti politik mempunyai tempoh 21 hari untuk berbuat demikian selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan keputusan rasmi PRU13, pada 22 Mei lalu. Dilaporkan sekutu Pas, PKR akan memfailkan 27 petisyen melibatkan kawasan Parlimen dan Dun manakala DAP masih mempertimbang sama ada akan memfail petisyen. Petisyen boleh difailkan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri masing-masing. Pada pilihan raya lepas, BN memenangi 133 kerusi Parlimen manakala Pas (21), PKR (30) dan DAP (38).

Untung Ada MB Yang Kedekut

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima kritikan menyatakan beliau kedekut dalam menggunakan dana negeri dan berjanji memperbaiki kelemahan itu. 

 “Anda kata saya kedekut, saya terima sebab itu bukan duit saya. Saya terima konsep bahawa duit itu sepatutnya digunakan untuk tujuan lebih baik, kenapa simpan begitu banyak? Saya terima. “Saya akan mulakan dengan kampung luar bandar yang kita akan majukan melalui beberapa usaha supaya mereka melihat peningkatan pendapatan yang jelas dalam tempoh tiga tahun,” katanya dalam sesi penggulungan dan ucapan penangguhan Kongres Nasional Keadilan ke-9, di sini, semalam. 

 Dalam perkembangan sama, Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang berjanji meningkatkan lagi simpanan negeri pada penggal ini untuk kegunaan rakyat. Menurutnya, kerajaan negeri juga akan mendapatkan pihak terlibat yang didapati menyalahgunakan duit rakyat supaya ia dapat dimanfaatkan mereka. “Saya akan cari semua mereka yang salah guna duit dan akan masukkan duit itu dalam akaun kerajaan negeri supaya ia dapat dimanfaatkan oleh rakyat. Pada penggal lalu, kerajaan negeri PR berjaya mengumpul rizab sejumlah RM2.6 bilion. Selain itu, bagi memperkasa pentadbirannya untuk penggal kedua ini, Abdul Khalid akan menubuhkan political liaison di pejabatnya.

 Beliau berkata, penubuhan political liaison itu dibuat bagi menterjemahkan asas perjuangan parti dalam bentuk pelaksanaan politik yang tidak terlalu rigid. “Ada rakan beritahu saya, saya tidak reti permainan politik. Untuk itu saya terima asas perjuangan parti mesti diterjemahkan kerana ia beri peluang untuk lakukan perubahan. “Perubahan itu akan membawa kepercayaan bahawa kita boleh gerak ke hadapan. Sebab itu saya terima,” katanya Menurutnya, political liaison tersebut akan menguruskan hal ehwal politik dalam negeri dan mereka yang akan dilantik terdiri daripada individu yang pakar dalam lapangan tersebut. “Ia adalah sebuah pejabat yang akan menempatkan mereka yang benar-benar tahu tentang usaha-usaha perkembangan politik dalam negeri,” katanya.

Khamis, Mei 16, 2013

Sempena Hari Guru : Hormatilah Cikgu Anda

Guru adalah insan yang sangat besar jasanya kepada kita semua. Sebut sahaja perkataan guru, cikgu, mursyid dan apa jua yang sama dengannya, pasti akan terbayang difikiran seseorang yang mengajar ilmu, menunjukkan kesalahan, memberi nasihat, latihan dan panduan. Pendek kata mereka adalah insan yang menunjukkan kita sesuatu ilmu yang membuatkan kita yang asalnya tidak tahu, menjadi tahu. Tanpa guru siapalah kita pada hari ini. Jika kita bergelar doktor, peguam, jurutera dan saintis, itu semua adalah hasil daripada didikan guru-guru kita sejak kita tadika, sekolah dan universiti. Merekalah yang membentuk kita menjadi seperti sekarang. Islam amat menitikberatkan adab seorang murid terhadap gurunya. 

Adalah menjadi suatu kewajiban bagi kita untuk hormat kepada guru meskipun mereka tidak lagi mengajar kita. Seorang guru sudah pasti mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang sesuatu bidang sehingga mampu mengajar orang lain. Oleh sebab itulah menghormati mereka adalah dituntut oleh syarak sebagaimana firman Allah S.W.T : "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu." (An-Nisa' :59) Pernah diceritakan tentang Imam Syafie menghormati gurunya. Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali. Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. 


Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut. Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie. Jawab Imam Shafie " 

Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka. Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. 

Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya guru. Rasulullah s.a.w bersabda: " Tidak termasuk umatku, orang yg tidak hormat orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara kami." (Riwayat Ahmad) Kebelakangan ini, pelajar kurang mengambil berat soal hormat-menghormati dengan guru.

 Sudah menjadi sesuatu yang biasa bagi pelajar yang melawan guru malah ada yang berani mencederakan guru yang mengajarnya ilmu. Hal ini amat bercanggah dengan adab pelajar dalam Islam. Saidina Ali juga pernah berkata, "Barang siapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku." Tuan yang dimaksudkan oleh Saidina Ali adalah gurunya.

 Terdapat banyak cara menghormati guru kita. Jika ilmuan terdahulu yang terkenal dengan ketokohan ilmunya menghormati guru mereka, maka mengapa kita yang tidak menjadi tokoh dan ilmuan berani melanggar adab berguru. Adab ulama salaf dan ilmuan terdahulu dengan guru mereka ialah Mereka merendah diri terhadap ilmu dan guru dan sentiasa menurut perintah serta nasihat guru dan sentiasa meminta pendapat serta pandangan guru dalam setiap urusan mereka. Mereka mentaati setiap arahan serta bimbingan guru umpama seorang pesakit yang tidak tahu apa-apa yang hanya mengikut arahan seorang doktor pakar yang mahir. Mereka juga sentiasa berkhidmat untuk guru-guru mereka dengan mengharapkan keredhaan dan balasan pahala serta kemuliaan di sisi Allah s.w.t.

 Ulama terdahulu tidak pernah sama sekali menggelar guru mereka dengan nama yang buruk. Bahkan mereka juga tidak pernah memanggil guru dengan panggilan "engkau" dan "awak". Al-Khatib berkata: Hendaklah dia berkata "Wahai guru, apakah pendapat kamu mengenai hal ini?" dan kata-kata seumpamanya. Dan tidak menggelarkannya dengan namanya kecuali disertakan dengan gelaran-gelaran yang menunjukkan penghormatan serta takzim kepadanya. Misalnya syeikh ataupun ustaz atau syeikh kami. Mereka tidak sekali-kali berbantah-bantah ataupun berlawan cakap dengan guru. Sesungguhnya berbantah-bantah itu secara umumnya sudah merupakan suatu perbuatan yang keji dan terlarang, apatah lagi untuk berbantah-bantah dengan guru yang merupakan pembimbing serta qudwah. 

Perbuatan ini akan menjauhkan mereka sebagai pelajar daripada kebaikan dan merupakan penjerumus kepada kejahatan dan ianya adalah penyebab diharamkan ke atas mereka bermacam-macam bentuk kebaikan. Jika mereka berhajat kepada guru mereka di luar waktu mengajar sedangkan guru tersebut sedang berehat ataupun tidur, maka guru itu tidak akan diganggu. Mereka akan menunggu sehingga guru tersebut terjaga dari tidur ataupun selesai dari berehat. 

Ibnu 'Abbas r.a pernah mendatangi salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w untuk bertanya kepadanya mengenai suatu hadith. Lalu dikatakan kepadanya: Dia sedang tidur. Maka duduklah Ibnu 'Abbas di muka pintu. Lalu dikatakan kepadanya: Tidak perlukah kita mengejutkannya? Ibnu 'Abbas pun menjawab: Jangan. Begitulah hormatnya ulama' dan ilmuan Islam terdahulu. Disebabkan itulah mereka menjadi tokoh besar dan dihormati pula sehingga kini kerana mereka begitu menjaga adab dengan guru masing-masing. Semoga kita semua termasuk dalam kalangan mereka yang menghormati guru. insyaAllah. - Artikel iluvislam.com

Ahad, Mei 12, 2013

Kepentingan Melayu, Islam di bawah raja bukan PM- Aziz Bari

Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, kepentingan agama Islam dan Melayu di negara ini dilindungi perlembagaan di bawah bidang kuasa raja-raja dan bukan Perdana menteri. “Soal-soal ini bukan kuasa PM. Apa yang jadi masalah selama ini ialah PM Melayu yang ada, langgar dan tak pedulikan perlembagaan. “Mereka fikir mereka boleh bolot semua; termasuk kuasa dan peranan Raja. Ini silapnya dan inilah yang menyebabkan orang Melayu ada yang takut. “Mereka fikir PM adalah segala-galanya. Ini tak betul,” katanya kepada Keadilandaily.com.

 Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pemimpin parti komponen BN, Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok bahawa tidak menjadi masalah jika perdana menteri Malaysia seorang beragama Kristian. Menurut Aziz, meskipun perlembagaan tidak menyatakan bahawa bukan Melayu tidak boleh menjadi perdana menteri, namun dalam amalan politik Malaysia, jawatan itu diberikan kepada majoriti. “Tidak ada kontrak sosial di sini; selama ini apa yang berlaku dalam perlantikan PM ialah bahawa orang itu mewakili majoriti.

 “Apa yang lebih menjadi persoalan dengan kenyataan Dompok itu ialah bolehkah atau wajarkah beliau kekal dalam kabinet sedangkan Umno sebagai tunjang Barisan Nasional mengambil sikap yang berbeza,” katanya yang juga Pensyarah Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Menurut Aziz, apa yang lebih penting, seseorang perdana menteri yang dilantik perlu mengikuti dan menghormati prinsip perlembagaan. “Sebab itu bagi saya PM bukan Melayu dan bukan Islam mungkin lebih baik sekiranya beliau menghormati perlembagaan. Apa guna ada PM Melayu dan Islam tapi gila kuasa macam Mahathir? Yang penting peraturan diikut, bukan bangsa atau batang tubuh pemegang jawatan itu,” katanya.

Sample Text

Dewan Pemuda Pas Kawasan Jasin tidak akan bertanggungjawab ke atas Link, artikel dan apa jua bahan yang bercanggah dengan ajaran Islam. Segala yang dipaparkan adalah menjadi teguran dan renungan bersama dalam menuju kearah hidup seorang muslim yang mukmin.