Seorang peniaga di kawasan bus-stand lama melepas geram kat radio ERA terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka kerana pembangunan yang tidak seimbang.
Sejak memindahkan 'bus-stand' itu dari jalan kilang ke Melaka Sentral, ramai peniaga mengeluh kerana sumber pendapatan mereka merosot. Peniaga tersebut mengeluh kerana memikirkan cara mana nak melangsaikan hutang seperti hutang Mara dan lain-lain lagi. Dia tidak marahkan pembangunan tetapi mengharapkan pembangunan seimbang. Kalau nak bangunkan tempat lain jangan biarkan tempat lama terkubur begitu saja.
Tinjauan Jasin Daily mendapati ada lagi beberapa tempat yang dibangunkan memberi kesan kepada peniaga seperti di kawasan sebelah sungai di Bandar Kaba. Peniaga yang dipindahkan dari situ ditempatkan ke kawasan yang tidak strategi . Akibatnya ramai yang mengeluh dan tidak tahu berapa lama lagi boleh bertahan.
Di kawasan Bazar Sentral pula peniaga-peniaga di situ sudah lama bertahan dan bersabar kerana kekurangan pelanggan. "Saya harap dengan adanya pelabor asing yang ambil sebahagian besar kawasan ini memberi kesan baik kepada peniagaan kami. Sebelum ini dah bertahun dah ni berniaga bukan banyak masuk tapi banyak keluar", kata salah seorang peniaga disitu yang mencari sumber lain bagi menampung perniagaan di situ.
"Saya harap kerajaan negeri ambil perhatianlah kat masalah kami ni. Kuasa yang ada tu gunakan lah untuk bangunkan peniaga bumiputera seperti kami. Saya percaya dia orang ada idea untuk mengurus hal kami. Kalau tak tahu urus, letak jawatan. orang lain boleh ambil berat hal kami. Ada ramai lagi orang yang amanah boleh menolong kami"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan