Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 17 Ogos 2006

FILEM MELAYU DAN REALITI MASYARAKAT MELAYU

Berkenaan dengan artikel "ISLAM DIHINA !! UMMAT ISLAM DICABAR..!!" tidak dapat disiarkan pada hari ini. Harap maaf. Terima kasih kepada pengunjung yang sentiasa memberikan sokongan kepada kami-SALAM PERJUANGAN. ( Jasindaily )

Assalamualaikum warahmatullah

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh dan kesekalian dari kita.


Bismillahir Rahmanir Raheem

Agaknya bahang Festival Filem Malaysia ke 19 yang berlangsung baru² masih lagi terasa di kalangan penggemar seni. Maklumlah, saya lihat di beberapa egrup yang saya sertai, terdapat perbincangan hangat mengenainya terutama isu pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik, Syarifah Amani (maaf kalau tersilap eja namanya) berkenaan bahasa Melayu juga berkenaan filem dan budayanya.

Sebenarnya, saya bukanlah penggemar filem Melayu. Jangan salah faham, saya juga bukanlah penggemar 100% filem Inggeris. Saya cuma gemarkan filem yang mampu membuat saya berfikir seperti Six Sense, The Other dan Secret Window.
Filem2 perang dan bergaduh tidak tentu fasal seperti filem2 lakonan Van Damme dan Steven Siegal memang saya cukup anti dan meluat.

Ada juga filem Melayu yang berkualiti seperti filem2 arahan Allahyarham P.
Ramlee yang saya hafal kebanyakan dialognya dan filem2 lakonan Haji Azmil Mutafa seperti Mekanik dan Ali Setan. Dan yang terbaru, saya amat terhibur menonton Baik Punya Cilok. Bagi saya, inilah sebenarnya filem terbaik Malaysia kerana ianya lain dari yang lain dan tidak pula perlu menggadai maruah bangsa seperti filem2 lain

Saya tidak pernah menonton filem Gubra arahan Yasmin yang telah memenangi anugerah Filem Terbaik. Sebabnya mudah. Kerana saya meluat dengan filem Sepet yang jelas meletakkan maruah wanita Melayu sebegitu rendah hingga mudah mendedahkan paha dan mudah diusung oleh bangsa asing. Tambahan, saya telah membaca artikel tulisan Faisal Tehrani berjudul 'Gubra Yang Sesat Lagi Menyesatkan'.

Berdasarkan pembacaan, saya dapat menggambarkan Gubra sebagai satu lagi filem seperti Sepet yang kononnya cuba menyingkap kebenaran atau realiti masyarakat Melayu. Kononnya, apa yang berlaku di dalam Gubra adalah apa yang berlaku dalam masyarakat hari2 kaum Melayu di Malaysia termasuklah adegan berkemban sepanjang hari dan gurauan berunsur lucah oleh pasangan suami isteri di hadapan anak2.

Saya tidak tahu. Mungkin benar ibu Yasmin berkemban sepanjang hari di dalam rumah tetapi tidak ibu saya. Dan hasil pertanyaan kepada teman2, saya belum jumpa lagi siapa2 yang mengaku ibu bapa mereka berkelakuan sebegitu.

Mengapa? Kerana masyarakat Melayu yang MESTI beragama Islam ini bergitu sensitif dengan perihal seks dan menganggapnya taboo atau sesuatu yang memalukan untuk dibicarakan secara terbuka.

Jadi saya tidak tahu di mana letaknya kebenaran ayat Gubra menyingkap realiti masyarakat Melayu. Ops.... Maaf. Saya tidak menonton filem ini. Maka saya tidak layak berbicara panjang lebar tentangnya. Hanya yang saya tertarik, jika benar masyarakat Melayu Malaysia ini 'berpenyakit', apakah logik atau munasabah untuk kita paparkannya di layar perak? Apakah kesan yang boleh kita perolehi?

Benar, jika sakit kita perlu berubat. Dan amat benar, jika memang sudah sakit, lebih baik kita mengaku saja. Tetapi, kena lihat juga kepada siapa kita mengaku. Dan apakah sama tindakan mengaku dengan memukul canang?

Seperti seorang yang berpenyakit kurap, apakah kita lihat ianya sebuah perkara yang masuk akal untuk dia pergi ke mikrofon masjid dan umumkan kepada orang kampung bahawa dia berpenyakit itu?

Lawak, bukan? Jadi, untuk apakah perlunya dibikin sebuah filem yang mencemarkan, walaupun menyatakan kebenaran tentang masyarakat Melayu?

Benar, kita perlu mengaku kenyataan bahawa kita berpenyakit. Tetapi, mengakulah kepada doktor. Supaya kita dapat diberi rawatan yang sepatutnya.

Bukannya dengan membuat pengumuman di surau dan masjid hingga akhirnya kita sendiri yang ditertawakan.


Itu dari soal maruah pada mata masyarakat asing. Bagaimana pula dengan maruah orang yang melakonkan adengan itu? Apakah, atas nama seni, kita akan dibebaskan dari hukuman mendedahkan aurah dan bersentuhan dengan jantina bertentangan tanpa hubungan mahram di akhirat kelak? Bagaimana pula dengan kita yang bukan sahaja berdiam diri bahkan menyokong dengan mengangkat filem ini sebagai yang terbaik?

Seperti baru2 ini kecoh orang memperkatakan tentang adegan filem Remp-It yang memaparkan adegan seks yang terlalu panas sehingga seolah2 ianya sebuah filem barat. Sesetengah orang yang saya temui berkata tidak ada salahnya kerana adegan sebegitu memang sedia disiarkan di televisyen kita dalam filem dan drama import. Betul, tetapi persoalannya, bagaimana pula maruah 'orang kita' yang melakonkan babak tersebut?

Sebenarnya, kita telah terlalu biasa dengan adegan maksiat seperti berpegangan tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Malah kita juga sudah menganggap biasa melihat adegan mereka berpeluk. Sedangkan itu tetap haram. Tetapi, jika adegan jijik seperti dalam filem ini dibiarkan, apakah kita tidak bimbang anak cucu kita nanti akan sedia menganggap ianya perkara yang biasa juga?

Saya menyanjungi filem Castello (yang saya tidak tonton sepenuhnya) yang cuba mendedahkan realiti masyarakat hari ini. Paling menarik adegan anak Castello yang cuba mendapatkan dadah dari Que Haidar (maaf jika tersalah eja) yang akhirnya menyaksikan dia diperkosa oleh beberapa lelaki. Pengarah mengambarkan keadaan ini hanya dengan coli dan seluar dalam yang berteraburan di lantai.

Tetapi kita boleh faham apa yang terjadi. Inilah yang dinamakan seni.

Penyampaian secara indirect dan dapat pula difahami. Tidak perlu ada adegan perempuan bertenggek atas badan lelaki. Tidak ada juga adegan yang menampakkan punggung. Mungkin babak kejar mengejar antara Rosyam dan Que dalam Sungai Kelang agak tidak realistik tetapi pada kenyataannya, inilah baru boleh dipanggil menyatakan realiti masyarakat.

Saya bukan hendak promosi filem ini tetapi saya berpendapat jika betul hendak menyedarkan masyarakat, berbuatlah seperti pengarah filem ini. Tidak perlu keterlaluan mengutuk bangsa sendiri dan tidak perlu keterlaluan menunjukkan sifat jelek kepunyaan bangsa kita. Hakikatnya, dari filem itu, sedikit sebanyak kita masih dapat mengenal kepincangan masyarakat sendiri.

Filem mencerminkan identiti dan budaya sesebuah masyarakat. Mungkin ramai bersetuju jika dikatakan perempuan di Amerika murah² belaka kerana filem2 mereka sememangnya menggambarkan sedemikian. Dan alangkah sedihnya kita jika orang luar akan menyangka gadis Melayu juga murah seperti murahnya watak2 dalam filem2 yang dipaparkan oleh mereka yang kononnya mengangkat martabat seni masyarakat Melayu.

Jika benar hendak bercerita tentang realiti, ceritalah tentang anggota polis yang rasuah, menteri kabinet yang korup atau sistem kerajaan yang lemah. Tidak berani, bukan? Nyata. Mereka ini hanyalah bertopengkan seni untuk kesenangan peribadi...

Sekian buat kali. Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik adalah akibat kejahilan saya sendiri.

Wabillahitaufiq walhidayah.

Wassalamualaikum warahmatullah…

Tiada ulasan: