Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 6 September 2006

AS MENGGANAS - PENDIRIAN TUAN BURU NIK ABDUL AZIZ

Cerita ini saya terpaksa menaip semula coz mendapat amanah daripada sahabat dari badan NGO. Beliau menerima buku 'AS MENGGANAS - PENDIRIAN TUAN GURU NIK AZIZ' semasa beliau di Kuala Lumpur. Buku yang ada pada beliau terhad dan beliau rasa terkilan tidak dapat memberikan kepada ahli jemaah yang lain. Diatas permintaan sahabat ini dan demi untuk masyarakat Islam di Malaysia saya abadikan ceriata ini di dalam blog ini dalam bentuk bersiri dimana buku ini dihasilkan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan iaitu Anual Bakri Haron. Insya-Allah moga pemabaca sekalian dapat manfaat daripada cerita ini-jasindaily

Oleh Annual Bakri Haron

SIKAP BUSH TERHADAP IRAN, SIKAP UMNO TERHADAP ISLAM

Kata-kata Bush berunsur gerak sarat oleh Iran yang meramalkan "Bush akan melakukan kesilapan besar jika menyerang Iran untuk menghentikan program nuklearnya" ( Utusan Malaysia 15 Ogos 2005 ) amat menarik untuk direnung. Jika Iran pun Amerika sedang 'melipat kain' ke arah megatur strategi pengunduran selepas gagal menundukkan Baghdad walaupun berusaha kerasa selama 28 bulan yang lalu, sedangkan penduduk syiahnya ada sebahagian sahaja, apa pulak agaknya jika Washington meletupkan Teheran. Darah penduduk yang mengalirkan roh keberanian Saidina Ali bermazhab syiah 100% dibawah pimpinan presiden baru Mahmoud Ahmadinejad itu bukan boleh dipandag enteng.

Jika diteliti di Iraq, matlamat Amerika ialah untuk menubuhkan sebuah Negara demokrasi. Di luar jangkaan beliau kaum Kurdish, sunni dan syiah di Republik itu masih mahu menuntut undang-undang yang selaras dengan agama Islam. Ertinya Bush Cuma mengoyak Baghdad semata-mata untuk mengasaskan sebuah Negara secular moden yang boleh diperbudak-budakkan untuk dijadikan 'kuli barat' nantinya. Rupanya hajat Bush tidak menjadi. Beliau mungkin ditipu oleh pegawai-pegawai bawahannya di Pentagon tentang rangupnya keropok di Kota Baghdad. Kini, rumah putih perlu turunkan bendera separuh tiang kerana kalah di Iraq.

Dalam keadaan hina dina itupun, bush masih cuba cuba mengelembungkan dada lalu ingin pula memasuki Teheran. Jika diikutkan sejarah, cita-cita jahat Washington tertunas sejak proksi mereka diguling dalam revolusi Rakyat pada tahun 1979 lagi. Telah hamper 20 tahun Amerika mengenakan "Economic Saction" untuk menekan Islam di Iran. Seperti biasa alas an penderaan ekonomi yang dibina oleh Amerika adalah untuk membantu mendisiplinkan Iran.

a. Saction 1984 - Iran dituduh terlibat dalam peristiwa pengeboman Pengkalan Tentera Laut Amerika di Beirut, Lebanon pada 1 Oktober 1983

b. Saction 1995 - Iran dituduh menggunakan senjata kimia semasa perang Iran - Iraq

Seakan-akan UMNO juga yang suka menyekat peruntukan kepada pihak yang kecenderungan kepada Islam, Amerika masih mengambil pendirian seperti yang pernah disebut dalam maksud Firman Allah S.W.T yang berbunyi :-

"Mereka orang-orang yang mengatakan (kepada orang-orang Anshar):"Janganlah kamu memberikan perbelanjaan kepada orang-orang (Muhajirin) yang ada disisi Rasulullah supaya mereka bubar (meninggalkan Rasulullah)." - (Surah Al-Munafiquun : Ayat 7) - bersambung

Tiada ulasan: