NAIK LETIH MELAYAN UMNO
Setelah lenguh berpukulan sesama sendiri dan berjaya menaikkan paras mercury mengenai penyalahgunaan AP hingga ke tahap megelegak, perhimpunan UMNO beralih pula kepada isu kegagalan DEB. Di sini juga, UMNO yang buat dasar. Dia yang melaksanakan dasar. Dia yang pinda dasar. Dia yang mengaku kegagalan dasar. Tak pasal-pasal yang disalahkannya Tg Mahaleel dan orang Melayu. Dari satu segi, ada juga hikmahnya. PAS belum berkesempatan memerintah di peringkat pusat. Jika tidak , PAS lah 'lembu Mekah' yang dipaksa memikul kegagalan Melayu. Dalam isu AP misalnya, jelas sudah bahawa 'serangan balas' terkini Tun Dr.Mahathir yang m,embawa 21 fakta, benar-benar menenggelamkan hujah Datuk Seri Rafidah dan sekaligus hujah pemimpin UMNO dibawah kepimpinan Dato' Seri Abdullah. Perhimpunan empat hari tiga malam itu jelas gagal melendikkan isu yang berkedut-kedut dalam dunia Melayu di Tanah Melayu.
Apatah lagi helah Presiden UMNO apabila bekas Presiden UMNO sendiri masih berkeras bahawa "she (rafidah) lied." Bila "tidak bercakap benar,"(Utusan Malaysia 27 Julai 2005) maknanya UMNO berbohonglah. Di sini, siapa yang membohongi apa dan siapa, tak tahulah. Lihatlah bagaimana pemimpin UMNO menconteng arang ke muka orang Melayu.
Pada saya mudah saja. DEB salah sejak hari pertama ia dilahirkan kerana ia bertolak dari pekat faham nasionalisme Melayu bawaan UMNO. Mana voleh satu dasar nasioanl yang mengfokuskan orang Melayu sahaja. Jika UMNO menggunakan sewntimen Melayu, tentulah logic bagi MCA dan MIC menggunakan sentiment bangsa mereka juga untuk memperjuangkan nasib kaum masing-masing. Jika UMNO menggunakan kaedah keadilan ISLAM untuk penyelesain, DEB wajib mengenegahkan gagasan pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum tanpa perlu menimbulkan apa juga peratus peneyertaan sesiapa dalam membataskan ekuiti pemilikan mengikut bangsa dan pengenalan kaum. (bersambung)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan