Tak semena-mena, dalam keadaan UMNO ynag cukup lelah itu, seorang bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar yang baru dilantik oleh Pengerusi KADA boleh mengunjurkan yang "kemungkinan Kelantan akan menghadapi masalah kemiskinan yang serius dalam tempoh 5 tahun jika tiada perubahan politik." (Utusan Malaysia 31 Julai 2005)
Seluruh orang Kelantan naik kebingungan mendengar kenyataan Dato' dari Bukit Marak ini. Ini kerana disepanjang 4 minggu kebelakangan ini, telah terbukti yang dasar-dasar UMNO/BN lah yang banyak menimbulkan pengangguran dan memiskinkan orang Melayu. Orang Melayu miskin akhlak kerana UMNO. Orang Melayu mula meminggirkan agama kerana UMNO. Orang Melayu semakin dihimpit kos hidup yang tinggi kerana UMNO menaikkan harga minyak dan menyusahkan orang Melayu.
Siapa boleh yakin yangdasar tidak memberi pinjaman kepada pelajar-pelajar Melayu ke IPTS yang menjejaskan hampir 120,000 anak Melayu amalan UMNO terkini adalah "mesra Melayu".
Dalam keadaan bersepah-sepahnya bahan bukti kegagalan UMNO yang sangat menyeluruh, bolehlah rakyat percaya dengan unjuran Dato' Annuar Musa. Jika kita perlu bertanya, apa yang telah dilakukan oleh Annuar semasa beliau menjadi menteri pembangunan luar Bandar untuk mengatasi kemiskinan di Kelantan.?? Adalah dua tiga projek ternakan ikan, tanaman orkid dan telur emas disana sini, tetapi tidak satu pun menjadi. Yang rakyat pasti ialah wujudnya skandal melibatkan kehilangan wang rakyat hampir RM 40 juta yang diperuntukan untuk golonganrakyat termiskin. Rakyat boleh bertanya lagi sama ada skandal sebegini boleh membantu membasmi kemiskinan atau memburukkan lagi suasana kemiskinan.? Dalam keadaan keraguan memuncak rakyat tentang integriti dan kejujuran pemimpin UMNO, saya tidak faham bagaimana Annuar begitu berani mengempen rakyat untuk membuat perubahan politik. Kita tahu, maksud beliau ialah menukar kerajaan lah. Tukar dari kerajaan yang stabil kepada kerajaan yang tidak stabil. Tukar dari kerajaan yang rasuah politik kepada kerajaan yang rasuah politik. Tukar dari kerajaan yang kasihkan Islam kepada kerajaan yang kurang kasihkan Islam. Tukar dari kerajaan yang membantu SAR kepada kerajaan yang menyekat bantuan SAR.
Sebenarnya apa yang dituduh oleh Annuar bukan benda baru. Dia Cuma ulang kata-kata Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan yang sebelumnya. Annuar Cuma perlu "cut and paste" reaksi Nik Abdul Aziz kepada Mustafa sebelum ini yang berbunyi :-
"Jika betullah kenyataan Dato' Mustafa Mohamad yang berbunyi, "PAS gagal menangani masalah pengangguran (di Kelantan) walaupun sudah memerintah sejak tahun 1990" (mingguan Malaysia 9 Mei 2004), maka betullah juga jika saya mengeluarkan kenyataan yang UMNO gagal menangani masalah pengangguran walaupun memerintah di Malaysia sejak tahum 1957. Mustahil Mustafa mahu menafikan fakta yang kini terdapat seramai 58 000 orang penganggur terhormat berkelulusan dari IPTA/IPTS yang sedang aktif merayau-rayau di seluruh Negara. Siapa yang memerintah seluruh Negara jika tidak UMNO? Jangan mudah-mudah Dato’ Mustafa cuba nafikan fakta ini kerana ia diakui sendiri oleh Menteri Sumber Manusiadalam temuramah secara langsung di TV1 jam 8:00malam pada 1 Mei 2004 sempena sambutan Hari Buruh."( semak tulisan-tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam Harakahdaily) -BERSAMBUNG

Tiada ulasan:
Catat Ulasan