Apakah kaitan Islam & Identiti Melayu?
Islam sudah amat sebati dengan Melayu. Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan sendiri mendefinisikan Melayu sebagai:
- Beragama Islam,
- Berbahasa Melayu, dan
- Mengamalkan budaya Melayu.
Islam melangkaui batas definisi undang-undang. Islam adalah identiti bangsa Melayu di Malaysia. Nenek moyang kita mempertahankan identiti ini dan tidak mengubah agama mereka meskipun dijajah kuasa besar Kristian untuk hampir 500 tahun.
Jika kita membiarkan perkara ini beterusan, identiti bangsa akan terhakis dan kedaulatan Islam di negara ini akan tercemar.
Apakah ada agenda tersembunyi di sebalik kontroversi kes ini?
Sejak akhir-akhir ini, terdapat satu usaha agresif dan berterusan untuk menggugat kedudukan Islam di Malaysia melalui saluran perundangan. Ini dapat disaksikan melalui deretan kes-kes yang timbul selain Azlina Jailani seperti Kamariah Ali dan lain-lain kes murtad, kes Muhammad Abdullah @ Moorthy, desakan meminda/memansuhkan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan, cadangan penubuhan Interfaith Commission of Malaysia (IFC), penubuhan kumpulan pendesak hak kebebasan beragama yang dikenali sebagai “Article 11” dan lain-lain
Terdapat penglibatan aktif pelbagai organisasi dan individu (Islam dan Bukan Islam) yang bergerak atas nama hak asasi manusia dan kebebasan individu untuk menentang kedudukan istimewa Islam di negara ini yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Kempen di peringkat antarabangsa juga telah dan sedang giat dijalankan.
APA YANG ANDA BOLEH SUMBANGKAN
SEBAGAI INDIVIDU

-Menggandakan risalah ini dan mengedarkannya kepada masyarakat. Ia boleh dimuat turun di laman web www.myislamnetwork.net .
-Menjalankan kempen secara peribadi mendesak Kerajaan Malaysia mempertahankan kedaulatan Islam di Negara ini dengan menandatangani petisyen kepada Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan pihak-pihak berkenaan. Borang boleh dimuaturun di laman web kami.
-Menghubungi pertubuhan dakwah dan gerakan Islam yang memperjuangkan isu ini dan memberikan sumbangan buah fikiran, tenaga atau sekurang-kurangnya sumbangan kewangan.
-Menjaga keutuhan keluarga dan memberikan asas kefahaman Islam seutuhnya kepada ahli keluarga anda.
-Sentiasa mendoakan kesejahteraan dan pemartabatan Islam di negara ini.
Apa yang boleh disumbangkan secara kolektif
-Menganjurkan majlis solat hajat dan majlis penerangan mengenai isu ini di tempat anda.
-Menghubungi gerakan Islam untuk khidmat penerangan isu ini di taman-taman perumahan, surau, masjid, pejabat dan lain-lain.
-Menganjurkan kempen Keindahan Islam dan memberikan penerangan dengan bantuan pakar kepada bukan Islam mengenai Islam.
p/s : banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita laksanakan sebagai seorang muslim bagi memastikan agar agama Islam tidak ditindas oleh bangsa asing yang berusaha untuk menghakis iman umat Islam di Malaysia serta di dunia. Bersatu padulah dalam mendaulatkan agama Islam di Malaysia serta di alam ini-ISLAM THE WAY OF LIFE !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan