Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 1 September 2006

MASIH ADA 'ISLAM'KAH DALAM DIRI KITA ???

Assalamualaikum w.b.t

Sebagai seorang yang amat mencintai agama Islam, saya juga bimbang terhadap gerakan-gerakan missionaries dan da'yah agama-agama lain dikalangan masyarakat Melayu.

Namun begitu, saya mengajak saudara/i lihat semua perkara ini dari satu perspektif yang lain. Jika saudara/i memiliki KECINTAAN dan KEYAKINAN seperti mana puak2 missionaries agama2 lain, tidakkah saudara/i juga akan berusaha untuk meyebarkan pegangan "agama" tersebut kepada manusia sejagat?

Sebenarnya setiap orang Islam patut menyalahkan diri mereka sendiri kerana tidak bersungguh-sungguh menghayati dan meyebarkan Islam kepada penganut agama-agama lain.

Apabila masyarakat kita sendiri jahil dan tidak melihat Islam sebagai satu agama yang praktikal untuk diamalkan dalam setiap aspek kehidupan, bolehkah kita meletakkan kesalahan 100% kepada penganut2 agama lain apabila masyarakat kita sendiri murtad?

Mungkin ada kes2 yang unik seperti kes Aishah Bukhari dan Hartina tetapi secara umumnya, seseorang akan murtad dari Islam apabila Islam itu sendiri telah lama mati dalam dirinya.


Adakah ini disebabkan kita semua rasa kita sudah benar-benar memahami ISLAM dan tidak berhadapan dengan risiko hilang semangat, kepercayaan dan kecintaan tidak berbelah bahagi terhadap agama kita???..sama-sama renungkanlah...

Tiada ulasan: