Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 11 Oktober 2006

ARTIS KOMEN MAWI ATAU KOMEN ISLAM ????

KENYATAAN dikeluarkan oleh Mawi lantaran meletakkan syarat tidak akan bersentuhan dengan wanita untuk berlakon mendapat respons dan komen beberapa artis terkemuka tanah air kita. Malangnya, isu seperti ini mendapat respon yang negatif oleh artis yang begitu jahil dalam mendalami agama Islam. Puak Kafir begitu gembira melihat kejahilan yang ditonjolkan oleh 2 orang artis ini..

"Apa Mawi ingat kami bersentuhan, berpegangan tangan dalam filem atau drama, sebab nak seronok-seronok? Naik syahwat?".


"Kalau aku berlakon dengan Fauziah Nawi sebagai ibu dan dalam babak itu dia kemalangan, takkanlah aku nak tengok sahaja dan hanya bertanya dia OK atau tak sebab tak boleh nak angkat nanti tersentuh?".

Inilah yang diulas oleh seorang pelakon ternama berkenaan dengan kenyataan kontroversi Mawi yang dikatakan seolah-olah menghina pekerjaan mencari rezeki pelakon-pelakon tanah air.

Bagi saya, kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon itu lebih berbahaya. Beliau bukan sahaja membidas Mawi malah lebih dari itu seolah-olah memperlekehkan hukum Allah s.w.t secara halus.

Ketetapan hukum yang ditetapkan oleh Allah sudah tentu Maha Adil dan Maha Bijaksana. Dia lebih memahami apa yang baik dan buruk terhadap hamba-hamba-Nya. Mengapa mesti mempersoalkan hukum ini?

Seorang lagi artis veteran yang cukup kontroversi pula berkata: "Allah memberikan kita peluang lima kali sehari untuk mencuci dosa. Malah Dia beri peluang untuk kita bangun di waktu malam untuk sembahyang tahajud. Jadi tidak payahlah jaga dosa orang lain kerana setiap kita sudah diberi penjaga oleh Allah untuk mengira amalan kita. Biarlah malaikat Raqib dan Atid jalankan tugasnya."

Tambah beliau lagi, "Lebih baik jual kopiah, jual kain kerana industri hiburan lain macam sikit".

Saya agak terkilan dengan kata-kata artis veteran itu.Beliau merupakan seorang artis yang selalu melakonkan watak2 seorang lelaki yang wara' dalam agama. Alangkah sedihnya ilmu yang dipelajari dan didalami hanya menjadi menjadi tiket untuk digunakan mengejar glamour di dalam bidang seni. Sebagai seorang yang berilmu beliau sanggup mengenepikan hukum Allah dalam mengutarakan hujah yang paling 'BODOH' ini. Alangkah jengkel pemikiran artis veteran ini. Prinsip sembahyang selain daripada meneguhkan tiang agama dan membezakan orang Islam dan bukan Islam ialah untuk mencegah daripada melakukan perkara-perkara kemungkaran. Seperti mana firman Allah s.w.t yang bermaksud, "Sesungguhnya solat itu mencegah dari perkara keburukan dan kemungkaran."

Apakah erti solat sekiranya ia tidak mencapai objektif yang ditetapkan oleh Allah s.w.t itu. Sebagai seorang Muslim, kita dipikulkan dengan amanah untuk melakukan amar makruf dan nahi mungkar kepada sesiapa sahaja mengikut kemampuan kita. Sekiranya kita melihat kemungkaran tetapi kita juga tidak mencegahnya maka kita juga akan terpalit dosanya.

Allah s.w.t tidak mengecualikan hukum kepada golongan artis. Lebih baik kita berniaga daripada terus berkompromi dengan perkara ini.

Saya ingin memohon maaf kepada golongan artis tanah air kerana kenyataan ini bukan hanya melibatkan periuk nasi anda semua, tetapi ia juga melibatkan persoalan 'akidah Islamiah dan tahap keimanan kita kepada-Nya.

Saya menyeru agar kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan meminta bimbingan daripada para alim ulama agar kita sentiasa dipandu ke jalan yang lurus. Renung-renungkanlah..musuh2 Islam semuanya ketawa berdekah2 melihat umat Islam yang ada dikala ini semakin jahil dengan ilmunya..Malangnya Malaysia yang berada di bawah kepimpinan Islam Hadhari....

Tiada ulasan: