Ketahuilah bahawa umat Islam itu amat beruntung. Kenapa beruntung? Umat Islam beruntung kerana Allah amat dekat kepada setiap individu Islam yang mendekatkan diri denganNya (muqarrab).
Ini pasti, Umat Islam tidak perlukan Pope atau Rahib atau Sami untuk doakan mereka, tidak perlu keluarkan wang yang banyak untuk dapatkan Sijil Pengampunan. Umat Islam berdoa secara percuma, tidak ada sebarang bayaran, dan boleh saja berdoa setiap ada kesempatan.
Orang Islam digalakkan berdoa pada setiap masa, sebaiknya sebelum melakukan sebarang usaha atau amal kebajikan, tidak hanya berdoa selepas solat.
Orang Islam tak perlu buat 'confession' di depan seseorang yang bersembunyi di belakang tirai. Umat Islam terus 'confess' kepada Allah tanpa sebarang bayaran, pada bila-bila masa, sekerap mana yang mereka ingin lakukan.
"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina."
Malah, orang Islam beruntung kerana bila dia berdoa, dia tidak perlu cakapkan agar di dengar oleh orang lain. Dalam hati pun seorang Muslim boleh berdo'a, kerana Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Malah, sebelum seorang Muslim berdo'a pun Allah sudah tahu, dan bila seorang Muslim tergerak untuk berdo'a, maknanya Allah sudah sedia untuk mengabulkan do'a itu. InsyaAllah. Ini adalah antara sebesar-besar rahmatNya ke atas hambaNya seluruh umat Islam.
"Dialah Yang Tetap Hidup, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, maka sembahlah kamu akan Dia dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."

Hubungan seorang Muslim dengan Allah adalah secara langsung. Secara 'direct'. Bacalah Al-Qur'an dan persaksikanlah bagaimana para Rasul berdoa ke hadrat Allah. Banyak kisah sebenarnya. Tidak ada perantaraan, tidak perlu kepada patung-patung, tidak perlu sembah pokok besar, tidak perlu letakkan keris, tanjak di Tokong, tidak perlu berikan kepada Allah buah limau, epal atau anggur, malah tak perlu buang ancak:
"Katakanlah (wahai Muhammad): Patutkah aku mengambil (memilih) pelindung yang lain dari Allah yang menciptakan langit dan bumi dan Dia pula yang memberi makan dan bukan Dia yang diberi makan? Katakanlah: Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah (Islam), dan (aku diperintahkan dengan firmanNya): Jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan orang-orang musyrik itu." (Al-An'am 006:14).
Carilah agama yang agung seagung agama Islam untuk anda bandingkan. Mengaku sajalah. Anda tidak akan jumpa. Jika anda Islam, Allah galakkan anda memohon kepadaNya (berdoa). Tidak cukup dengan itu, Allah janji pula akan perkenankan semua doa anda! Setiap orang Islam diangkat mertabatnya berbanding mahkluk lain dan mereka boleh berdoa sendiri terus ke hadrat Allah. Apakah Allah tidak terlayan doa yang sebegitu banyak dan datang pada setiap 'split second'? Allah Maha Berkuasa, Maha Bijaksana, Maha Berilmu. Itu amat mudah bagi Allah.
Kalaulah anda jadikan manusia sebagai Tuhan, memanglah dia tidak terlayan sebab dia hanya manusia biasa seperti anda. Tuhan kita ialah Allah, Tuhan kepada Musa a.s., Tuhan kepada Isa a.s., Tuhan kepada Muhammad s.a.w ., Tuhan kepada seluruh alam. Dia Hidup. Dia Berdiri Sendiri. Dia tidak perlu jadi manusia kemudian jadi Rasul untuk selamatkan umat manusia yang lain. Dia utuskan Rasul dari kalangan hambaNya yang soleh sebagai rahmat kepada umat manusia. Dia tidak perlu 'kena salib' untuk ampunkan dosa umat manusia (malah hambaNya para Rasul pun tidak perlu disalib untuk ampunkan dosa umat manusia). Fikirkanlah, terutama mereka yang telah menghina Islam. Sesungguhnya Islam adalah agama dari sisi Allah, satu-satunya Tuhan yang sebenar.
Umat Islam amat beruntung kerana mereka memang digalakkan berdoa terus kepada Allah, dan Allah mampu memberikan petunjuk terus-menerus atau langsung kepada setiap hambaNya yang dikehendakiNya menerusi ilham dan sebagainya lagi. Beruntunglah seorang Muslim kalau tergolong kepada hambaNya yang mendapat naungan sifat Ar-Rahim:
"Dialah yang menghidupkan dan mematikan, oleh itu apabila Dia menetapkan jadinya sesuatu perkara maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan