Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak membenarkan seorang muslim keluar dari Islam, dan sijil Tukar Agama seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan
Permohonan bermula di Mahkamah Tinggi pada tahun 2000, seerusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19 September 2000, dan keduanya mengiktiraf bahawa kes tersebut adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan dibuang perkataan Islam didalam kad pengenalannya.
Setelah semuanya tidak berjaya, peguam bela beliau telah berjaya mendapatkan kebenaran untuk membawa kes tersebut kepada Mahkamah Persekutuan. Kes tersebut didengar oleh 3 hakim dan pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan. Hinggalah majlis peguam yang diketuai oleh Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi peguam pemerhati berserta beberapa NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah dan bersuara dan dibenarkan oleh mahkamah yang terlibat.
Hujah yang dibawa oleh Barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak dan kuasa Mahkamah Syariah tetapi memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu sudah tidak relevan lagi pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh kumpulan Artikel 11 dan IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.
Isu yang diperjuangkan oleh kesebelasan NGO non muslim atas nama kumpulan Artikel 11 dan Inter Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinasikan perkataan "person" (individu) yang terkandung didalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per say, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.(bersambung)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan