Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berkata, kes Lina Joy atau Azlina Jailani perlu dibuat secara berhati-hati dan tidak gopoh kerana ia membabitkan isu sensitive dan perlu dilakukan mengikut perlembagaan Negara. Katanya, ini kerana kes tersebut membabitkan banyak pihak dan beliau telah mendengar banyak hujah termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta perlu melihat hujah itu dari sudut perlembagaan Negara.
"Kami perlu menimbangkan hujah-hujah ini secara berhati-hati dan seperti yang anda katakan, ia adalah isu sensitive. Kami juga perlu buat pertimbangan dari pandangan perlembagaan. Kami perlu dilihat dari sudut tersebut dan anda juga perlu ingat, saya bersidang dalam panel tiga hakim.
"Oleh itu kami perlukan sedikit masa. Kami tidak boleh tergopoh gapah dalam perkara ini. Kami perlu berhati-hati dalam menulis alasan (berhubung rayuan ini),"katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelbagai khabar anginyang disebarkan berhubung rayuan wanita Melayu yang memohon perkataan Islam dalam MyKadnya dipadamkan kerana mengaku bukan lagi penganut Islam. Rayuan Lina Joy didengar dihadapan Ketua Hakim Negara bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak.
Datuk Richard Malanjum dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Alauddin Mohd Sheriff. Pada rayuan itu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dinamakan pihak responden pertama.
Kerajaan Malaysia (responden kedua) dan Ketua Jabatan Pendaftaran Negara (responden ketiga). Lina Joy, 42 diwakili oleh peguam Datuk Dr.Cyrus Das, merayu terhadap penghakiman majoriti 2-1 Mahkamah Rayuan pada 19 september 2005 yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Menolak permohonannya untuk memadamkan perkataan Islam daripada kad pengenalannya.
Beliau mendakwa bahawa pihak responden enggan membuat deklarasi mengenai haknya untuk mengamalkan agama pilihan iaitu Kristian. Majlis peguam Malaysia hadir sebagai pemerhati, selain beberapa NGO termasuk pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Pusat Kesedaran Wanita (WCC), Pusat Pembangunan Wanita (WDC), Persatuan Tindakan Wanita Malaysia (AWAM) dan Sister In Islam (SIS).
Persatuan Hak Asasi Kebangsaan (HAKAM), Persatuan Majlis PeguamWanita dan Majlis Pertubuhan-pertubuhan Wanita (NCWO), Majlis Perundingan Bagi agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh Malaysia (MCCBCHS). Kesemua peguam pemerhati bagi pihak NGO dibenarkan bagi menyampaikan masing-masing yang menyokong penuh rayuan Lina Joy.
"Kami perlu menimbangkan hujah-hujah ini secara berhati-hati dan seperti yang anda katakan, ia adalah isu sensitif. Kami juga perlu membuat pertimbangan daripada perlembagaan. Kami juga perlu dilihat dari sudut tersebut dan anda juga perlu ingat, saya bersidang dalam panel tiga Hakim."Oleh itu kami memerlukan sedikit masa. Kami tidak boleh tergopoh gapah dalam perkara ini. Kami perlu berhati-hati dalam menulis alasan berhubung rayuan ini," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan