Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 24 November 2006

SELESAIKAN MASALAH DALAMAN DAHULU WAHAI JAB.AGAMA ISLAM MELAKA (JAIM) !!!

Oleh : BUDI

Dua perkara besar yang disiarkan akhbar minggu ini menjadi topik perbualan hangat rakyat Melaka.Bukan kisah perhimpunan agong UMNO (orang Melaka tak ambil tahu) juga bukan isu 'mat rempit langgar polis'.


Menariknya kisah Pertama ialah , banjir kilat yang berlaku di Bukit Katil, tidak berapa jauh dari rumah Ketua Menteri. Menurut laporan akhbar, mangsa banjir dikawasan yang terlibat kesal dan sedih kerana tiada perhatian dan bantuan segera dari pihak atasan. Namun setelah laporan kedua dikeluarkan oleh akhbar ,barulah kelihatan wakil rakyat dan Sidang kampong datang menunjukan betapa 'prihatinnya' mereka.

Keduanya perihal Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).Akhbar Harian Metro (Edisi Melaka / N.Sembilan -Isnin, 20 November 2006) melaporkan kekecewaan dan rasa tertipu ibubapa pelajar sekolah seliaan JAIM kerana Portal pendidikannya tidak berfungsi. Sedangkan setiap pelajar telah dikenakan yuran sebanyak RM20 untuk portal tersebut. Dianggarkan sekitar 50000 pelajar belajar disekolah agama JAIM.Diatas rasa tertipu, salah seorang bapa pelajar dari Bukit Rambai telah membuat laporan polis.

Mengulas isu tersebut, ketua Dewan Pemuda Pas Melaka Ustaz Kamarudin Bin Haji Sedek(gambar) berkata, "JAIM dan Ramadan Consultancy Services (RCS) yang menguruskan portal tersebut hendaklah bertanggungjawab dan tampil memberi penjelasan". Oleh kerana laporan polis telah dibuat,beliau mengharapkan satu penyiasatan menyeluruh dan telus dapat dijalankan.

Menurutnya lagi, Pengarah JAIM hendaklah lebih peka menangani isu dalaman jabatan itu daripada sibuk memikirkan masaalah pendidikan pra-sekolah yang dikelolakan Dewan Pemuda Pas.

Sementara itu, seorang lagi bapa pelajar dari Serkam bercadang membuat laporan polis berhubung perkara yang sama. 'Bersihkanlah jabatan ini dari segala macam penyelewengan dan lakukan siasatan dengan telus' katanya.

Tiada ulasan: