Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 2 November 2006

ULASAN KETUA PEMUDA PAS MELAKA MENGENAI ISTANA 4 TINGKAT

oleh Md Noh
Syawal yang disambut tahun ini terasa sangat meriah. Tradisi kunjung mengunjung tetap diteruskan biarpun ada yang terpaksa melaluinya dalam suasana rumah hampir dihayut air. Jika ditanya surirumah akan persiapan raya ,ramai yang menjawab "sederhana saja" maklumlah harga barang naik.Bagi adik- adik pula, duit raya pun kurang sebab abang tak cukup 'bajet' . Minyak dah naik, Tol lagi. (kesian adik )

Antara menu yang menarik pada raya tahun ini ialah kisah istana 4 tingkat yang dimiliki Dato Zakaria Md deros -ADUN Pelabuhan Klang. Khabarnya orang Melaka (Melaka lagi...)Dimana mana pun orang bercakap dan ramai yang memberi komen. Namun bagi ketua Pemuda Pas Melaka -Ustaz Kamarudin Bin Haji Sedek lain pula pesepsinya.

Menurut beliau , pertamanya rakyat Melaka merasai tempiasnya kerana YB tersebut adalah anak kelahiran negeri Hang Tuah. Umum mengetahui sebelum ini, Melaka telah berjaya melahirkan pakar undang-undang,perogol budak bawah umur, juara tinju dan hero sebelah mata.Dan kini 'istana 4 tingkat' pula.

Kedua, beliau mempersoalkan bagaimana seorang wakil rakyat boleh membina rumah dengan nilai jutaan ringgit. Dalam masa yang sama boleh pula menjalankan perniagaan rumah rehat / calet di Melaka.Tambah beliau lagi, 'sekiranya isu ini tidak dibongkar mungkin istana YB tersebut terus dibina tanpa pelan dan terlepas dari membayar yuran pelan bangunan.(beliau adalah ahli MPK)

Ketiga,persoalan bagaimana isteri beliau memperolehi 'tanah kurnia' tapak bagi istana 4 tingkat itu. Bukankah lebih baik tanah kurnia diberikan kepada setinggan yang belum sifar dinegeri Selangor.

Dan keempat soal kredebiliti, sebagai seorang yang bermaruah adalah lebih baik YB melepaskan semua jawatan samada ahli MPK dan ADUN-Pelabuhan Klang. Bukan hanya YB sahaja malah anak dan menantu dia juga harus meletak jawatan. Fikirkanlah , sultan pun murka ,rakyat lagi meluat
.

Terakhir Ketua Pemuda Pas Melaka berharap semua ahli majlis sejawatan dengan YB Zakaria di seluruh negara perlulah disiasat dan dipastikan tidak seperangai YB Zakaria agar negara selamat sejahtera. Beliau juga menasihatkan YB Zakaria agar perbanyakan taubat dan beramal sempena bulan yang mulia ini. Mudah mudahan kesihatan YB bertambah baik

Tiada ulasan: