Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 12 November 2006

ULASAN RESOLUSI KONVENSYEN UMNO JOHOR

OLEH MAT NOH MODENG

Antara isu yang menarik dalam beberapa minggu yang lepas , ialah resolusi dari konvensyen Umno Johor. Media arus perdana seakan kurang memberi perhatian biarpun Umno dan Johor itu sinonimnya seperti ombak selat Tebrau dan pantai Lido. Mungkin juga orang melayu lebih prihatin dengan kisah cinta Mawi dan Ikin. Soal apa nak jadi dengan melayu dimasa depan lantak pi....lah.....ataupun bak kata Aiman, 'Aiman tak kisah'.

Salah satu dari resolusi yang dikeluarkan pada konvensyen Umno Johor itu ialah membantah pengajaran sains dan metamatik dalam bahasa Inggeris.Ketua pemuda Pas Melaka - Ustaz Kamarudin Bin Hj Sedek (gambar) ketika mengulas isu ini, berkata "umno tidak seharusnya malu mengakui kegagalan dan kelemahan diri.Fikirkanlah nasib masa depan anak-anak melayu."

Dalam isu yang sedemikian sebenarnya PAS dari awal lagi telah membantah namun ditutup sebelah mata oleh kerajaan. Sekiranya Umno benar serius dengan resolusi ini, Ustaz Kamarudin mengunjurkan beberapa saranan, antaranya :-

1.UMNO disemua peringkat mesti memandang serius perkara ini dan berani membawa isu ini pada perbincangan yang lebih tinggi

2.Resolusi ini mesti dibawa dan dijadikan usul pelajaran pada perhimpunan agong umno

3.Demi masalah bangsa melayu Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka (DPPNM) menyokong resolusi konvensyen umno Johor itu.


Akhirnya beliau mengharapkan isu ini jangan dijadikan 'goreng pisang panas' sahaja sempena perhimpunan agong umno atau menjadi 'ubat pelali' bagi menutup beberapa isu yang lebih besar.

Tiada ulasan: