Faktor pemakaian bukanlah sebagai satu halangan untuk seseorang wanita untuk bersukan. Lihatlah seperti yang ditunjukkan di dalam gambar yang dilampirkan. Atlet wanita Bahrain ini bukan sahaja berjaya memangi gangsa dalam acara 100 meter bahkan juga memenangi emas dalam acara 200 meter pecut wanita.
Tetapi bagi saya disini, yang menjadi persoalan, dimanakah usaha yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dalam membawa perubahan kepada pemakaian sukan khususnya kepada kaum lelaki mahupun wanita Islam yang terlibat secara aktif di dalam sukan di Malaysia.??..adakah cukup dengan mencanangkan nama Malaysia sebagai negara Islam Hadhari tetapi disebalik perlaksanaan semuanya hancur lebur. Nama Islam hanya dijadikan alat mainan oleh puak sekular terutama pejuang Islam Liberal di negara ini.
Dalam hal ini, Kementerian Belia dan Sukan dibawah kepimpinan Datuk Azalina perlulah membuat pembaharuan didalam sukan di Malaysia ini. Perlu juga diingat bahawa Islam tidak melarang wanita menceburi sukan tetapi sebagai umat Islam mereka wajib memakai pakaian yang sesuai menjaga tatasusila sekalipun ketika bersukan. Bagi saya, nak seribu daya tak nak seribu dalih !!!
DOHA: Pelari pecut Bahrain, Ruqaya Al Ghasara berkata dia tidak terganggu dengan tudung yang digunakan ketika berlari sebaliknya pakaian itu membuatkan dia semakin laju.
"Mengenakan pakaian tradisional Muslim memberikan saya satu dorongan. Ia bukan satu halangan tetapi sebaliknya," kata Ruqaya, yang memenangi emas acara 200 meter dengan catatan 23.19 saat semalam.
Dia memenangi gangsa pada acara 100 meter sebelum ini dan Ruqaya mudah dikenali menerusi pakaiannya yang hanya memperlihatkan tapak tangan serta mukanya. Pakaian itu hanya sebagai tradisi saja kerana fabrik pakaiannya itu dihasilkan menerusi teknologi tinggi dan tudungnya turut membawa jenama penajanya.
Ruqaya berkata pakaian itu adalah pilihan peribadi walaupun ia adalah satu tuntutan. Atlit wanita Bahrain yang lain mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan acara yang mereka sertai kerana ada di antara mereka yang bukan beragama Islam.
Begitupun, Ruqaya, yang menjadikan pelari pecut Amerika Syarikat, Marion Jones sebagai idola, berharap pakaian yang dipakainya itu akan menjadi contoh kepada wanita Muslim lain ketika menyertai apa-apa pertandingan.
"Mengenakan hijab membuktikan bahawa ia tidak akan menghalang. Saya sudah membuktikannya dan turut pernah layak ke Osaka dengan pakaian sebegini," katanya sambil merujuk kepada tempat yang bakal berlangsungnya Kejohanan Dunia tahun depan.
Kemunculan atlit berusia 24 tahun itu bukanlah mudah terutama di negara yang tidak begitu menggalakkan wanita menyertai pertandingan. Bakatnya dikesan jurulatih Bahrain, Tadjine Noureddine, yang membawanya memenangi emas pertamanya di Sukan Arab di Jordan pada 2002

Tiada ulasan:
Catat Ulasan