Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 2 Januari 2007

BANJIR AKHLAK LAGI BAHAYA KEPADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA

OLEH : BUDI

Himpunan 15,000 pemuda PAS di Kota Bahru - Bandaraya Islam baru sahaja berakhir. Lazimnya saat dan ketika itu Serambi Mekah telah bertukar wajah menjadi laut. Namun kehendak Allah tiada siapa yang tahu dan terfikir. Warga Johor dan Melaka pula panik dengan banjir yang tak diduga.

Apa pun objektif penganjur seakan menepati sasaran. Itulah gambaran awal kekuatan dan persediaan jentera pilihanraya pemuda PAS. Ada juga yang menidakkan perhimpunanan itu, kununnya lebih 'aula' daripada menyibukan diri dengan membantu mangsa banjir.

Saya terpanggil untuk membetulkan sedikit tuduhan yang dibuat oleh musuh politik PAS. Sememangnya banjir yang berlaku khususnya di Melaka ini membingungkan banyak pihak. Masakan tidak, tak pernah dialami masalah sebegini. Namun dari segi bantuan, tetap dan telah kami usahakan. Malah tiga hari sebelum berangkat ke Kelantan, PAS kawasan Jasin bersama dengan YB Salahudin Ayub telah 'turun padang' menghulur bantuan kepada mangsa banjir

Di sebuah penempatan banjir (SMK Simpang Bekoh) kamilah yang terawal datang menghulur bantuan. Saya tidak nampak YB Jasin yang 'glamor' pada ketika itu. Malah ketua Dewan Pemuda negeri Melaka telah mengarahkan beberapa orang pemuda (khususnya di kawasan banjir) agar tidak turut serta dalam perhimpunan di Kelantan itu.

Alhamdulillah, pada ketika ini keadaan bertambah baik. Ada mangsa yang telah pulang ke rumah, dan sukarelawan PAS terus menghulur bantuan, terutama kerja-kerja membersihkan rumah, surau dan markaz. Sementara itu, Timbalan presiden PAS,Ust Nasarudin Bin Md Isa telah bermurah hati memberikan seekor lembu untuk dikorbankan sempena Aidiladha. Menurut bilik operasi mangsa banjir - PAS Sungai Rambai, ibadah korban akan dilakukan pada hari raya kedua dan daging akan diagihkan khusus pada mangsa yang telah pulang kerumah masing - masing.

Ambillah pengajaran dari apa yang berlaku dan ambillah peringatan apa yang dikatakan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi "yang lebih besar dan bahaya adalah banjir akhlak,banjir akidah". Begitulah tajam dan jauhnya pandangan seorang ulama.

Kedudukan banjir akhlak dan banjir akidah mutakhir ini berada pada tahap bahaya dan berjaga jaga. Kalau sebelum ini keruntuhan akhlak dikaitkan dengan muda mudi @ putera dan puteri, namun kini ianya semakin membarah hingga ke yang tua dan tak beristeri juga isteri kenamaan yang berjawatan tinggi. Umum yang telah menyaksikan betapa 'gatalnya' duda dengan pelakon popular. Bukan sekadar itu yang lebih berani dan berahi adalah aksi Datin Seri dengan si Hero Hindustan.

Bilakah surutnya? Apakah langkahnya? Tiada bantuan segera atau peruntukan tambahan melainkan hati yang melihat yang benar itu benar dan yang rosak itu jelik. Sekali air bah..apakah wajah politik Malaysia akan berubah?

Tiada ulasan: