Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 26 Januari 2007

CADANGAN ALI RUSTAM MEWUJUDKAN PERKAMPUNGAN ARTIS DI MELAKA....

Ketua menteri Melaka Datuk Seri Haji Mohd Ali Rostam telah mencadangkan satu perkampungan golongan artis "ala Hollywood" diwujudkan di negeri Melaka. (Utusan Malaysia - 19/1/07). Berucap pada majlis simbolik "Kahwin-kahwin Melaka" yang diadakan di Ayer Keroh baru-baru ini, beliau mencadangkan tapak perkampungan itu diadakan di Tehel atau Lipat Kajang -Jasin.

Idea "bernas" yang diilhamkan Ketua Menteri ini kononnya adalah untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke Melaka. Samalah halnya apabila beliau membina masjid selat Melaka, untuk menarik pelancong juga. Apakah konsep perkampungan itu??? Adakah wajar dijadikan contoh, gaya kehidupan artis Hollywood yang bongkak dengan kemewahan dan mendepani fesyen.

Bagi saya tidak ada istimewa atau elitnya golongan artis sehingga hendak diberikan satu kawasan perkampungan . Kebanyakan artis di Malaysia cuma bangga dengan populariti dan glamour. Jauh sekali kalau mahu dijadikan "role model" bagi remaja Kita bukan menghina atau menafikan sumbangan yang telah diberikan golongan tersebut. Bukankah sumbangan mereka telah dibalas dengan pelbagai anugerah berprestij diakhir tahun. Media masa juga memberi layanan istimewa untuk mereka lebih dari ulama. Mengangkat mereka terlalu tinggi bermakna menyemarakan lagi budaya hidonis didalam masyarakat. Bukankah muda mudi kita semakin tenat dengan penyakit ini??

"Semua pihak hendaklah memandang serius perkara ini dan bersatu menentang idea songsang ketua menteri. Adalah lebih baik beliau memberikan tanah kepada rakyat miskin di Melaka yang lebih memerlukan" komen ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Bin Haji Sedek

Tiada ulasan: