OLEH : BUDI
Usaha kerajaan Melaka untuk menjadikan negeri ini sebagai detinasi pelancongan memang dialu alukan. Maka berbagai tarikan telah dan sedang dirancang bagi mencapai harapan tersebut. Semua yang difikirkan boleh menambah bilangan pelancongan dimajukan atau yang sedia ada di baik pulihkan.
Terbaru, projek membina semula kota peninggalan penjajah Portugis - A'Famosa yang menelan belanja lebih RM12 juta.Tidak dinafikan sebagai bahan sejarah dan nilai dari segi pelancongan, ianya pasti memberi sedikit pulangan yang positif.
Namun sebagai rakyat Melaka adalah wajar kita mempersoalkan rancangan kerajaan negeri dengan bajet yang besar ini. Bagi saya A'Famosa adalah lambang keruntuhan kerajaan islam dan kesultanan melayu. Sejarah telah mencatatkan bahawa perundangan islam telah diguna pakai oleh kesultanan melayu Melaka yang agong. Maka ianya dicemburui dan dimusuhi barat dan kristian. Itulah alasan utama kenapa Melaka diserang dan dijajah. Kesan penjajahan itu hebat dan berakar umbi hingga kehari ini dan dalam segenap perkara.
Bukan sahaja memulakan penjajahan malahan Portugis memusnahkan sama sekali kesan keagongan empayer islam Melaka. Buktinya, tiada satu pun masjid lama di Melaka yang dicatat berusia lebih tua dari A'Famosa. Mungkinkah binaan masjid itu telah digunakan untuk membangunkan A'Famosa?
Beberapa tahun dulu pemuda UMNO Alor Gajah pernah menzahirkan kemarahannya dengan menghantar memorandum kepada sebuah Taman Tema di Melaka yang cuma membangunkan sebuah gerbang bercirikan A'Famosa. Alasannya sama seperti yang disebutkan diatas. Begitulah tingginya semangat patriotik di dada pemuda UMNO. Itu dulu, adakah semangat itu masih membara? Sama samalah kita menyaksikannya.
Dalam apa jua pembangunan yang dirancang, Haji Ali Rustam perlu mengambil kira sensitiviti dan manfaat kepada rakyat. Beberapa projek pelancongan yang dibangunkan beliau kini menjadi gajah putih dan menyakitkan mata. Mana ada pelancong yang melawat Masjid Selat Melaka?. Mana ada pelancong yang menyelusuri "kejernihan" air sungai Melaka?Berapa ramaikah pelancong yang telah melawat "keunikan" kg Morten, air terjun buatan di Bukit Sebungkor atau perigi Hang Tuah?
Begitulah banyaknya destinasi pelancongan yang telah disediakan kerajaan negeri, mudah-mudahan menjadi detinasi baru khususnya pada rakyat Melaka sendiri. Dan menjelang pilihanraya nanti Kelantan, Langkawi, Putra Jaya dan Medan mungkin tidak lagi menjadi sebutan penyokong setia idea dan parti ketua menteri. Melaka pun.....jadilah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan