Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 1 Mei 2007

BUMI AL-AQSA TANGGUNGJAWAB UMAT ISLAM

Tindakan ganas serta kezaliman yang dilakukan oleh rejim terhadap rakyat Palestin sudah makan puluhan tahun masanya. Kini, rejim tersebut melebarkan senjata kemusnahan mereka dan membunuh puluhan ribu rakyat Lebanon yang hanya sedang menikmati kehidupan mereka yang tenang.

Di media massa elektronik dan akhbar, banyak menyiarkan gambar-gambar orang awam yang terbunuh. Kehidupan rakyat di negara tersebut, dihurungi dengan berita-berita kematian dan pembunuhan.

Tidak sebakkah dada seorang ibu dan ayah di negara ini, apabila melihatkan gambar-gambar kanak-kanak dan bayi yang tidak berdosa, berkecai dan bertaburan akibat bedilan peluru berpandu dairpada golongan yang hanya bersikap pentingkan diri sendiri?

Setiap dari umat Islam, khususnya kaum Melayu di negara ini perlu lebih bersikap prihatin terhadap isu-isu ini. Orang Melayu terutamanya, tidak boleh terus dilalaikaan dengan bunyian dan pesta-pestaan, menyebabkan mereka lupa, Islam agama yang mementingkan persaudaraan.

Persaudaraan di dalam Islam tidak terbatas di negara ini, tetapi ia meliputi di mana sahaja di pelusuk dunia, itulah kefahaman yang ditekan, Islam itu adalah bersaudara.


Hari ini, saudara-saudara kita di Paletin dan Lebanon, sedang dibedil oleh roket dan pelancaran peluru berpandu Israel. Lebih menyedihkan, ia tidak mengenal mangsa. Dan kebanyakan yang terkorban adalah terdiri dari orang-orang awam. Malah kanak-kanak dan bayi juga tidak terkecuali menjadi mangsa.

Umat Islam di negara ini perlu bersuara. Di dengari atau tidak, itu masalah kedua. Jelas, kita tidak mampu untuk membantu umat Islam dan rakyat Palestin dalam bentuk kententeraan dan sebagainya, namun kita masih boleh menyuarakan bantahan kita secara jelas terhadap sikap yang tidak bertanggungjawab yang diperlihatkan oleh rejim Tel Aviv itu.

Perpaduan merupakan langkah pertama untuk menjana kekuatan. Tanpa perpaduan yang kukuh, umat Islam tidak akan kuat untuk selamanya. Saranan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Husein On, agar pemimpin muda bersatu dalam menyuarakan bantahan terhadap tindakan Palestin pada hari ini, tepat pada masanya.

Mungkin sudah tiba masanya, NGO-NGO dan parti politik Melayu Islam di negara ini bergabung suara demi membela nasib warga Palestin. Tidakkah cukup dengan apa yang kita lihat di media-media massa dan elektoronik mengenai kezaliman dan pembunuhan yang melibatkan ratusan nyawa umat Islam dan rakyat di Palestin. Apakah umat Islam rela ini dipanjangkan pula terhadap umat Islam dan rakyat di Lebanon?

Perpaduan bersatu menentang kezaliman, dan mahukan perdamaian adalah terletak di beban pemuda Malaysia, khususnya pemuda Melayu di abad moden ini. Dua parti pemuda Melayu Islam terbesar di negara ini, UMNO dan Pas perlu bersatu hati dan bersependapat dalam hal ini. Islam tidak pernah mengalakkan kezaliman dan Islam adalah agama yang menyeru kepada keamanan.

Jika sebelum ini, UMNO dibawah Tun Dr. Mahathir dan Pas di bawah Allahyarham Fadzil Noor duduk bersebelahan menyatakan pembelaan terhadap rakyat Palestin, kenapa tidak diulangi kembali peristiwa bersejarah sebagai tanda suara rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu Islam menyatakan pembelaan terhadap warga Palestin.

Perkara ini pernah berlaku, dan ia boleh berlaku sekali lagi. Apa kata ia dimulakan oleh gerakan-gerakan pemuda Melayu Islam terutama Pergerakan Parti Pemuda UMNO dan Pemuda PAS. Pemuda di negara ini, khususnya pemuda Melayu, harus memberikan contoh bahawa generasi pemuda Malaysia hari ini adalah generasi yang mahukan keamanan dan kestabilan.

Mungkin suara bantahan kita tidak sampai ke telinga mereka, namun itu bukan persoalannya. Apa yang penting, tanggungjawab sebagai umat Islam terhadap saudaranya, telah kita lakukan setakat termampu.

Apa salahnya jika setiap kali solat Jumaat, masjid-masjid diminta untuk mendoakan keselamatan umat Islam di terutama terhadap umat Islam di manan negara mereka dilanda krisis peperangan akibat kerakusan golongan tertentu. Itu juga termasuk sebagai sokongan dan bantuan terhadap warga Palestin. Umat Islam dinegara ini perlu secara tegas meperjelaskan sikap dan pendirian dalam isu Palestin sebagai satu tradisi penyambung pemimpin terdahulu.

Tiada ulasan: