SIARAN MEDIA
29 Mei 2007 / 13 Jamadil Awal 1428H
Umum mengetahui bahawa kes Azlina Jailani akan diputuskan oleh Mahkamah pada hari Rabu 30 Mei 2007. Kes ini sangat menarik perhatian dan tumpuan pelbagai pihak dan umat Islam khasnya kerana ia berkemungkinan memberi kesan yang besar kepada kedudukan Islam dalam Perlembagaan dan undang-undang Malaysia. Kes ini juga telah dijadikan cerminan kepada imej Islam dan umat Islam di Malaysia.
Dengan latarbelakang tersebut, kami, pemimpin pertubuhan-pertubuhan Islam yang bergabung dalam PEMBELA menyeru kepada umat Islam yang prihatin agar memberi tumpuan kepada perkembangan ini dan terus berikhtiar dengan melakukan solat hajat di setiap masjid dan surau seluruh negara pada malam ini selepas solat Isyak.
Satu majlis yang sama akan turut diadakan di masjid Kg. Baru, Kuala Lumpur selepas solat Isyak.
Untuk makluman umum, pihak pimpinan PEMBELA akan turut hadir ke mahkamah pada hari tersebut bersama para peguam yang mewakili kami untuk mendengar keputusan mahkamah. Kepada orang ramai yang turut hadir mendengar keputusan penting ini, PEMBELA ingin berpesan agar semua yang hadir dapat memelihara suasana aman dan menjauhi apa-apa tindakan yang boleh mencetuskan suasana yang tidak sihat.
PEMBELA berharap semua pihak dapat mengawal diri dan suasana dalam mengadapi perkembangan ini demi memelihara nama baik umat Islam dan negara. PEMBELA ingin memberi jaminan kepada semua umat Islam yang prihatin yang PEMBELA akan terus berusaha untuk memelihara kedudukan Islam dan umatnya di Malaysia dengan izin Allah.
Dengan latarbelakang tersebut, PEMBELA menyenaraikan garis panduan berikut untuk dipatuhi oleh semua hadirin demi kebaikan bersama :
(a) Mengambil tempat dengan tenang dan menunggu dalam keadaan duduk. Sangat digalakkan berada dalam keadaan wudhuk dan mengisi waktu dengan munajat dan dzikruLlah.
(b) Pimpinan utama organisasi dan peguam berkaitan perlu diberikan keutamaan untuk masuk ke ruang dalam Mahkamah.
(c) Orang ramai berkumpul di luar perkarangan Mahkamah.
(d) Laporan selari mengenai keadaan di Mahkamah akan diberikan dari masa ke semasa.
(e) Dilarang meninggikan suara, mencerca atau mengutuk sesiapa.
(f) Pastikan suasana terkawal dan aman.
(g) Berikan sepenuh kerjasama kepada pihak polis dan pengawal.
PEMBELA mengajak semua individu yang prihatin agar menyalurkan insiatif dan usaha melalui saluran yang sepatutnya termasuk melalui PEMBELA yang digerakkan oleh pertubuhan-pertubuhan Islam utama di Malaysia.
PEMBELA juga ingin menasihatkan agar masyarakat amnya menjauhi mana-mana tindakan atau mesej liar dan provokatif mungkin yang dicetuskan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab berkaitan dengan pengumuman keputusan kes Azlina Jailani ini.Semoga Allah Subhanahu wata’aala sentiasa memelihara kedudukan Islam dan umatnya di Malaysia serta terus memelihara kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara kita.
Yang benar,
YUSRI MOHAMAD
Presiden ABIM / Pengerusi Mesyuarat PEMBELA
(Siaran Media ini dipersetujui secara bersama oleh NGO-NGO Islam dalam Mesyuarat PEMBELA pada 28/05/2007)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan