Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 5 Jun 2007

ANTARA TAMBAK PAYA DAN IJOK

OLEH : BUDI (mail to budi_abuya@yahoo.com.my)

Perasaan saya bercampur baur antara percaya, menyokong dan sedikit ragu bila membaca akhbar Siasah (bil 0047) dibawah tajuk Pemuda UMNO membantah pembinaan kuil. Seterusnya menzahirkan kemarahan dengan ayat amaran yang keras ditulis pada kain rentang.

Begitulah nampaknya perubahan sikap pemuda parti keris dan sebenarnya memang itulah yang sepatutnya dilakukan dari dahulu lagi. Hakikatnya bukan sekadar isu bina kuil sahaja malahan banyak lagi isu yang menyayat hati umat islam patut ( sebenarnya wajib) ditangani dan diberi perhatian
.

Sensitiviti pemuda UMNO tentang isu rumah ibadat itu memang dialu alukan.Namun banyak lagi mungkar didepan mata yang sepatutnya ditangani juga.Melaka Raya sudah menjadi tersohor dengan kelab malam dan kelab dangdut. Deretan kedai judi di Melaka Baru seolah olah Las Vegas.Pesta air Tanjung Puteri bagai mahu menghidupkan kembali ‘mandi safar’. Tolonglah… jangan tutup sebelah mata.

Saya berkesempatan di Ijok dalam pilihanraya kecil baru- baru ini. Dari segi suasana dan pecahan kaum, Ijok dan Tambak Paya tidak banyak bezanya. Begitu juga kuil disana lebih banyak dan besar jika dibandingkan dengan masjid kampung Tambak Paya biarpun hindu cuma minoriti disitu..Namun disana tiada sebarang masalah, malahan sebagai tanda kasih, mereka menaikan seorang ahli jemaah kuil sebagai wakil rakyat mereka .

Isu membina kuil atau tempat ibadat sebenarnya adalah masalah teknikal yang boleh diatasi dengan perbincangan. Islam pun tidak menghalang aktiviti keagamaan mereka. Malahan nabi pernah melarang sahabat daripada merobohkan rumah ibadat yahudi dan memberi perlindungan kepada mereka yang berada didalamnya.

Sehingga kini masih belum diketahui setakat mana bantahan pemuda keris itu dipanjangkan. Mungkin sekadar menaikan kain rentang sahaja. Saya yakin ianya sekadar menarik perhatian dan akan selesai begitu sahaja apabila ada campur tangan dari Ketua Menteri. Kita tungu dan lihat apakah akan tajam lagi keris pemuda itu, apabila mendapat baju T dan topi baru.

Tiada ulasan: