Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 6 Jun 2007

MP JASIN PERLU LETAK JAWATAN

OLEH : TG KUDIN

Bangunan Parlimen digemparkan lagi, riuh dari Perlis hingga Ke Sabah bahkan melewati jauh ke pendalaman meredah onak- duri belukar parit sungai ke paya lembah. Menjangkaui jauh ke bukit- bukau dan gunung- ganang, semuanya terkejut beruk hatta beruk pun turut sama terkejut.

Memalukan, menjijikkan, membusukkan, tiada maruah, barua, pencacai, muka tembok dan seangkatan dengannya untuk mengambarkan betapa rendah serta hinanya MP Jasin yang ketika heboh kisahnya menghalang pegawai kastam menjalankan tugas maka tersebar arahan yang entah dari mana datangnya supaya masjid di kawasan Jasin membaca Yaasin memohon dilindungkan oleh Allah dari segala bencana ke atas Mohd Said.

Seolah - olah beliau dianiayai oleh musuhnya atau mungkinkah dia dizalimi oleh mereka yang tidak senang dengannya apatah lagi cemburu melihat kuasa yang diperolehinya walaupun sibuk diperkatakan orang ramai kawasannya itu jika dicalonkan khinzir hutan sekalipun orang kampung yang banggang tetap menjilat bontotnya lalu mengundinya lagi.

Namun apabila sekali lagi beliau menerima ujian akibat keterlanjuran mulutnya menghina MP wanita dengan mengatakannya bocor tiap- tiap bulan tiada kedengaran arahan ke atas masjid di Jasin agar membacakan Yaasin baginya, apakah kali ini tidak perlu diselamatkan lagi beruk ini.


Mungkin juga orang yang membaca Yaasin bagi Mohd Said itu terguris hati kerana beliau menghina ibu, isteri, kakak, anak perempuan dan juga seluruh wanita di dunia ini termasuk ibu, isteri dan anak perempuan beliau sendiri. Lalu mereka beramai- ramai berpakat tidak mahu menyelamatkan beliau lagi.

Teori terakhir yang dinantikan oleh semua orang iaitu mungkinkah mereka menyimpan bacaan itu untuk dihadiahkan kepada Mohd Said apabila dia pulang ke rahmahtullah nanti, kerana selepas itu kawasan Jasin akan bertukar wajah seperti Machap dan Ijok yang berjaya dimajukan sekelip mata setelah wakil rakyatnya menutup ke dua belah mata buat selama- lamanya. Amin ya rabbal alamin.

Malang bertimpa ke atas rakyat Jasin di mana MP Jasin sebelum beliau iaitu Tun Ghaffar Baba meninggal dunia setelah melepaskan jawatan MP Jasin, digantikan Raja Lawak yang riuh berkokok tapi ekor terpalit tahi tanpa disedarinya akibat leka dan khayal dengan pengampu serta penjilat disekelilingnya yang membisikkan lagu dangdut ke telinganya.

Ingatlah wahai Mohd Said kamu akan dihadapkan kepada Allah di akhirat kelak bagi dipertanggungjawabkan ke atas segala perlakuan kamu di dunia ini di mana setiap kali kamu menarik nafas itu sebenarnya adalah merupakan nafas kamu yang terakhir.

Kami pengundi di Jasin menolak dan menggesa MP Jasin meletak jawatan agar dapat mengembalikan kewibawaan serta maruah orang Jasin yang selalu dipinggirkan dari arus pembangunan walaupun sebelum ini mempunyai Ahli Parlimen yang menjawat jawatan ke dua tertinggi dalam Malaysia.

Mohd Said tidak layak membawakan suara rakyat Jasin yang begitu mengharapkan pembelaan dari pelbagai kesusahan hidup dan sudah sepatutnya beliau dijatuhkan samaada di dalam pemilihan Umno atau pilihan raya umum.

Tiada ulasan: