Mungkin para pembaca sekalian faham akan maksud carta yang saya sertakan di dalam blog ini. Masing-masing ada jawapan yang tersendiri dalam menjawab serta membuat rumusan berkenaan dengan carta ini.
Secara ringkasnya apa yang dapat saya simpulkan disini, di Negara kita sedang dilanda satu gelombang program realiti yang cukup hebat dengan bermulanya Akademi Fantasi (AF), Malaysian Idol sehinggakan tidak cukup untuk dikira program realiti yang wujud bagaikan cendawan. Program realiti ini bukan sekadar untuk mencungkil bakat bahkan boleh mendatangkan keuntungan yang berlipat kali ganda apatah lagi dengan memperkenalkan undi SMS yang selalunya membawa kerugian kepada penonton yang terlampau asyik dan taksub dengan peserta yang disuka mereka. Begitu juga dengan peserta yang bertanding, walaupun peserta yang bertanding merupakan peserta yang berbakat dari segi vokal dan aksi tetapi 'kurang' dari segi paras rupa mengakibatkan mereka menjadi insan yang malang untuk terus disingkirkan dengan cara pengundian yang tidak telus. Jika dilihatkan cara sebegini tak ubah seperti 'stail' BN untuk menipu pembangkang dalam setiap kali pilihanraya. Tak percaya ???cuba2lah bawa berfikir seketika kenapa saya mengulas sebegitu.....
Apa yang saya coretkan bukan bermakna saya menyokong program realiti tetapi saya begitu kesal kerana Hiburan yang dibawa oleh kerajaan Islam Hadhari melampaui tahap batasan. Berhibur itu tiada salahnya kerana hiburan itu indah, tetapi jika ia melampau batasan maka ia boleh mendatangkan impak yang buruk kepada masyarakat. Seperti contoh sila rujuk pada link saya sertakan disini "UMNO TERUS AJAK RAKYAT BERSERONOK-SERONOK "... Sedih bukan kerana Malaysia mempunyai pemimpin sedemikian rupa. Sebelum ini saya pernah terlibat didalam beberapa aktiviti penyebaran risalah sempena malam sambutan kemerdekaan serta malam sambutan tahun baru bersama2 rakan di dalam Dewan Pemuda PAS Kawasan serta DPP Negeri. Keadaan yang berlaku sungguh menyedihkan. Dengan factor usia yang terlalu muda saya dapat melihat imej dan perlakuan anak muda yang tanpa mengenal erti malu tak kira baik lelaki mahupun perempuan dan si perempuan begitu megah serta bangga dengan mengenakan pakaian yang seksi bagi menarik minat pengunjung yang datang. Malang sungguh kerana Malaysia yang dikatakan sebagai ikon Negara Islam di dunia mempunyai anak muda yang semakin hanyut hanya kerana dibuaikan dengan hiburan yang melalaikan.
Bagaimana kerajaan Islam Hadhari menangani masalah ini ???
Perlu kita sedar bahawa lapisan remaja pada zaman sekarang merupakan generasi yang akan mengetuai kerajaan pada masa akan datang dan mereka juga merupakan bakal pemimpin yang akan memimpin Negara ini. Tetapi bagaimana Negara ini hendak dipimpin sedangkan mereka rata-rata terdiri daripada golongan yang hanyut dan suka menghabiskan masa dengan berhibur.??
Kini sudah tiba masanya kita berubah kepada pemerintahan yang ingin berlandaskan Islam. Di Malaysia ini hanya PAS sahaja yang berusaha menegakkan Islam. Berbeza dengan Hiburan yang dibawakan oleh PAS pada hujung tahun lepas sempena majlis perasmian Kota Bharu sebagai bandaraya Islam. Kita dapat lihat bagaimana sebelum persembahan konsert di mulakan dengan sembahyang solat Isyak secara berjemaah serta pengasingan lelaki dan perempuan serta lagu2 yang didendangkan semuanya berunsur ketuhanan. Adakah UMNO mampu melaksanakan perkara sebegini.?? Walaupun mereka mampu tetapi mereka tidak akan melakukannya kerana bagi mereka Islam merupakan penghalang bagi mereka dalam usaha mengaut segala keuntungan yang ada.
Jika hiburan masih menjadi aset penting bagi UMNO (BN) untuk menarik golongan muda dengan memanipulasikan isu Islam sebagai bahan politik mereka, teruskanlah..tetapi ingat bahawa ISLAM tidak tumbang sehinggalah bumi ini kiamat..!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan