Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 3 Julai 2007

DUN MERLIMAU MUNGKIN TERLEPAS KEPADA MCA ??

Oleh : Budi ( budi_abuya@yahoo.com.my )

Kita masih mananti ilham dari Pak Lah untuk mengadakan pilihanraya umum. Namun begitu beliau mendapat ilham untuk berbini dulu sebelum mengadakan pilihanraya. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan selamat pengantin baru buat kedua mempelai otai itu. Mudah mudahan berbahagia dan PM tidak perlu menggatal dan teraba raba lagi.

Ramai yang membuat telahan, pernikahan PM ada kaitan atau juga petanda pilihanraya akan diadakan. Kemungkinan itu ada asasnya. Apa lagi jika ditakdirkan PM dapat anak dengan isteri barunya ini. Saya yakin saham PM akan mencecah mata tertinggi sekaligus menafikan tuduhan ketua pemuda PAS yang mengatakan beliau lemah tenaga zahir dan batin. Jika benar sekalipun tuduhan YB Salahudin itu, saya cadangkan PM berjumpa Ketua Menteri Melaka untuk meminjam tongkatnya.

Sementara Pak Lah dalam suasana "honeymoon", politik UMNO Jasin seakan dilanda tsunami. Ahli parlimennya yang bocor lagi membocorkan itu khabarnya tidak disenangi sebahagian ahli jawatankuasa bahagian.Bukan sekadar ahli jawatankuasa bahagian malahan masyarakat cina dan kontraktor kelas F pun meluat dengan tingkah laku MP tersebut. Satu sumber yang rapat dengan dengan UMNO Jasin ada mengatakan bahawa kerusi parlimen Jasin akan diisi oleh seorang tokoh akademik bertaraf naib canselor??

MCA yang merupakan sahabat dunia dan akhirat UMNO sedang mengidam untuk mendapatkan tambahan kerusi khususnya DUN Merlimau. Sebelum ini pun memang ada ura-ura yang mengatakan DUN Merlimau akan ditandingi MCA.Tiada masaalah biarpun kawasan tersebut majaroti melayu.Itukan semangat BN. Apa yang berlaku di Ijok sedikit sebanyak memberi ruang dan peluang untuk MCA mencapai hasratnya .

Tambahan lagi keadaan semasa menunjukan masyarakat cina kurang senang dengan MP Jasin mungkin boleh dijadikan modal ugatan oleh MCA. Saya kurang minat untuk mengulas panjang tentang isu ini. Namun saya yakin dengan perkembangan mutaakhir ini cita cita MCA akan jadi kenyataan.

Taktik dan ubat pelali UMNO sudah disuntik. Barisan pemimpin UMNO diperingkat bahagian telah dibawa "berhibur" ke Tanjong Balai manakala penyokong bawahan bagai rupa daratan bila dapat melancong keLangkawi atau Kelantan. Ingat dan insaflah jangan nanti dikata orang menang sorak DUN tergadai. Bukankah kita ada akal dan jatidiri. Siapa lagi yang akan mempertahankan maruah bangsa dan agama kalau bukan PAS.

Tiada ulasan: