Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 23 Julai 2007

'MALAYSIA BUKAN NEGARA SEKULAR, TIDAK AMAL TEOKRASI

Nampaknya khairy cuba membuat lawak bodoh disitu. Masih mempertahankan keislaman malaysia disitu. Rasa-rasanya tak perlulah menegakkan benang yang basah. Macam mana nak katakan Malaysia negara Islam sedangkan para pemimpin yang memerintah pun menolak Islam dan memperlekehkan dan mempersendakan undang-undang yang ALLAH turunkan melalui al-quran.

Adakah Khairy sanggup berdebat dengan alim ulama atau cendiakawan Islam secara terbuka. Khairy janganlah berlagak seperti ayam jantan yang kokoknya berderai-derai tapi ekor bergelumang tahi. Buktikan dulu cara dan amalan kehidupannya adalah sebagai seorang Islam yang sempurna. Setakat nak berdebat dengan MCA atau MIC bolehlah. Islam bukanlah hanya sekadar solat 5 waktu sehari semalam,berpuasa,menunaikan ibadah haji dan zakat tapi turut meliputi sistem politik dan corak kehidupan kita.


Negara Islamkah Malaysia kalau wujudnya pesta2 arak yang berleluasa dan pesta2 maksiat yang terang-terang. Kita tunggu dan lihatlah sendiri jika panjang umur kelak pabila negara bakal menyambut kemerdekaan yang ke 50, berbagai pesta yang huru-hara bakal di anjurkan dan sudah pasti disko-disko dan pusat-pusat hiburan sibuk mengatur berbagai pesta dan tidak lupa pesta arak bagi meraikan sambutan kemerdekaan negara yang amat kita cintai.

Indonesia walaupun kita tahu mengamalkan panca sila tetapi pabila menjelan ramadhan kebanyakan pusat-pusat hiburan ditutup sebagai tanda menghormati bulan yang penuh dengan seribu rahmat. Tetapi bagaimana dengan Malaysia? Pusat-pusat hiburan berjalan seperti biasa malah lebih rancak dan kita boleh lihat umat Islam yang mabuk tungging-langgang dan berpakaian pada mata kasar tetapi sebenarnya berbogel dan menunjukkan aurat masing2. Apakah tindakan Pemuda UMNO yang mengaku ISLAM sgt. Apakah nasihat mereka kepada pemuda-pemudi. Fikir-fikirkanlah dan renunglah sejenak.Janganlah cuba menjadi badut atau pak lawak yang memperbodohkan rakyat. Khairy oh khairy sebelum bertegang urat mengaku membela ISLAM, belalah isteri sendiri dahulu berilah ajaran ISLAM yang sempurna barulah buat pengakuan untuk berdebat dengan mana2 pihak.

'MALAYSIA BUKAN NEGARA SEKULAR, TIDAK AMAL TEOKRASI'
SUMBER DARI : BERITA HARIAN


GEORGETOWN: Malaysia bukan negara sekular, sebaliknya sebuah negara Islam yang tidak mengamalkan teokrasi dalam pemerintahannya, kata Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, Malaysia meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan menunjukkan negara ini bukan sekular seperti Turki, Indonesia dan Perancis.

Katanya, konsep negara Islam yang diamalkan Malaysia bukan mengamalkan teokrasi atau aliran yang menggunakan satu sumber mutlak sebagaimana Iran.

"Negara sekular mengamal konsep pemisahan agama dengan pemerintahan tapi kita bukan demikian. Kita juga bukan negara teokrasi dengan melihat satu sumber saja.

"Malaysia bukan Indonesia yang mengamalkan Panca Sila. Di Indonesia, rancangan agama selain Islam turut disiarkan televisyen, tapi kita tidak begitu. Kita juga bukan Iran yang tiada mahkamah sivil.

"Saya juga sanggup berdebat dengan sesiapa juga yang terus-terusan mengatakan Malaysia adalah sebuah negara sekular. Bagi saya, Malaysia negara Islam," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bayan Baru dan melancarkan jentera pilihan raya Parlimen Bayan Baru di sini, semalam.

Kelmarin, Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammudddin Hussein, meminta pemimpin MCA berhenti daripada mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Malaysia sebagai sebuah negara sekular kerana ia tidak membawa manfaat.

Hishammuddin menegaskan polemik sedemikian tidak harus cuba diperbesar-besarkan MCA kerana ia tidak membawa kebaikan kepada mana-mana pihak, sebaliknya boleh memberi kesan negatif.

Khairy berkata, pemerintah Malaysia juga menitikberatkan soal Islam, termasuk menyalur peruntukan kepada institusi agama dan penganjuran program keagamaan.

Tiada ulasan: