
Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat dan diharapkan mereka bersabar serta redha dengan ujian yang menimpa kerana semuanya ini adalah ketentuan dari Ilahi, seharusnyalah kita mengingati Allah di dalam setiap keadaan.
Persoalannya ialah mengapakah pihak kerajaan tiada mengambil satu tindakan yang benar- benar bertujuan menjaga atau melindungi pasukan keselamatan negara kita khususnya TUDM sejak kali pertama kejadian Nuri terhempas lagi.
Setiap kali tragedi sebegini berlaku kerajaan akan buat siasatan lalu kemudian diumumkan punca berlakunya dan selepas itu tiada apa- apa tindakan susulan yang dibuat, tindakan yang seolah- olah dilihat cuma melepaskan batuk di tangga bagi mengaburi dan meredakan sedikit kemarahan keluarga mangsa.
Mutakhir ini pula kita lihat kelibat pemimpin negara tidak kira melibatkan urusan rasmi kerajaan atau tidak, semuanya menggunakan helikopter atau jet peribadi mungkin disebabkan berkemampuan atau takut mati kerana tidak yakin dengan keselamatan Nuri.
Seorang kawan yang bertugas sebagai anggota tentera menyatakan bahawa Nuri boleh diumpamakan sebagai 'lori buruk' yang bila- bila masa boleh mengakibatkan kemalangan dan tidak selamat untuk digunakan lagi.
Tambah beliau, memang dari luar kita nampak Nuri cantik dan lawa sebab telah dicat baru tapi hakikatnya ia merbahaya, lebih- lebih lagi kenderaan seperti Nuri yang berada awang- awangan di udara di mana, risiko untuk terselamat sekiranya berlaku kemalangan amatlah tipis.
Lalu Dato' Seri Najib mengumumkan bahawa Nuri akan ditukarkan dengan helikopter yang lain dan itupun selepas 2 atau 3 tahun lagi, mungkin bertujuan menunggu perunding pembelian senjata beliau iaitu Abdul Razak Baginda selesai melalui perbicaraan berkaitan kes Altantuya.
Ada anggota tentera pula menyatakan bahawa dia akan menangis terlebih dahulu sekiranya diarahkan untuk mmenaiki Nuri kerana begitu trauma dengan kekerapan Nuri jatuh terhempas.
Bagaimana kerajaan menjaga keselamatan negara ini, belum berlaku peperangan lagi, belum berhadapan dengan ancaman tentera musuh tapi pesawat tentera kita banyak yang sudah jatuh terhempas dan mengorbankan nyawa.
Di sini penulis ingin berkongsi pandangan sedikit berkenaan peralatan atau teknologi canggih yang dimiliki negara kita dan kebanyakannya dibeli atau diimport dari luar seperti Amerika Syarikat, Russia, Eropah dan sebagainya.
Seorang Professor pernah menyatakan ketika ditemuramah di dalam siaran radio IKIM bahawa setiap teknologi luar yang dijual atau dipindahkan kepakarannya kepada kita, sebenarnya dilakukan setelah mereka mempunyai teknologi yang lebih canggih dan boleh menandingi atau mengatasi teknologi yang dijual itu.
Dalam ledakan teknologi maklumat seperti penggunaan 'handphone' yang kita merasakan begitu meluas dan begitu canggih serta mula digunakan di negara kita pada awal 90 an, sebenarnya agen- agen perisikan Yahudi Israel telah mula menggunakannya di awal 50 an atau 60 an lagi!
Apabila rahsia teknologi 'handphone' mula diketahui oleh masyarakat antarabangsa barulah mereka menyebarluaskan kegunaannya kepada semua negara dan itupun sesudah mereka mempunyai teknologi telekomunikasi yang lebih terkehadapan lagi dan dengan mudah mengalahkan teknologi 'handphone' itu.
Begitu jugalah halnya dalam teknologi pertahanan di mana, setiap helikopter, pesawat, kapal, kapal selam, peluru, senjata dan pelbagai lagi kelengkapan pertahanan negara kita yang dibeli dari luar negara walau bagaimana canggih dan hebat, sebenarnya tertinggal dan amatlah mudah mereka memusnahkannya.
Ini merupakan perancangan musuh sejak awal lagi bagi mempengaruhi pemikiran kita, bahawa kita tidak berupaya mengalahkan mereka dalam peperangan dan mereka juga tidak akan mengambil risiko bodoh untuk menjual teknologi yang boleh memakan diri sendiri.
Kita khuatir tragedi helikopter dan pesawat yang kerap terhempas ini merupakan satu daripada strategi musuh bagi melemahkan dan menundukan negara kita agar mudah untuk ditarik hidung dalam semua perkara.
Bayangkanlah, seorang doktor yang berkemampuan untuk mengubati beberapa penyakit, sanggup menyebarkan virus supaya orang ramai akan mendapatkan rawatannya! Sama seperti beberapa syarikat antivirus komputer, setelah dikaji dan diselidik, mendapati bahawa beberapa virus komputer yang muncul hari ini dicipta sendiri oleh syarikat- syarikat ini supaya perisian antivirus keluaran mereka laris di pasaran!
Selanjutnya, kita tidak mahu kerajaan memperjudikan nyawa rakyat Malaysia khususnya para tentera yang telah berkorban seluruh jiwa dan raga dalam mempertahankan maruah serta kedaulatan negara.
Adakah wajar bagi Kementerian Pertahanan meneruskan penggunaan helikopter Nuri yang berusia antara 30 dan 40 tahun walaupun telah berlaku 18 kemalangan yang meragut 95 nyawa sejak tahun 1969?
Sepatutnya, di saat Malaysia berbangga meraikan kemerdekaan kali ke 50, negara kita sudah boleh berdikari dalam menghasilkan teknologi sendiri bagi mempertahankan negara ini dan tidak perlu lagi terlalu bergantung dengan negara luar yang boleh disangsikan keikhlasannya.
Bayangkan! Malaysia sudah ada pesawat pejuang, helikopter, kapal selam, peluru berpandu sendiri dan berkeupayaan menghasilkan senjata nuklear bagi memperkukuhkan keselamatan negara, apakah ini mustahil dilakukan?
Bukankah kita ada mempunyai ramai saintis dan pakar dalam pelbagai bidang, bukankah Gunung Everest telah kita daki, lautan luas telah kita tawan, Kutub Utara dan Selatan telah kita jejaki hasil kepakaran 'Mat Rempit' bahkan, bakal angkasawan kita juga akan memacakkan bendera Malaysia di bulan sedikit masa lagi.
Malang negara kita kerna mempunyai pemimpin yang tak cerdik hanya tahu memikirkan berapa dapat komisen, balak mana nak ditebang, PPRT mana lagi nak disapu, rasuah mana nak dikaut untuk bebaskan penjenayah, projek mana nak diberikan kepada anak menantu dan sapa yang ingin dibomkan dengan C4.
Nasib kaulah Labu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan