Rombongan seramai 40 orang itu, diketuai oleh YDP kawasan, Mejar (B) Hj Jasme Tompang . Peserta rombongan adalah mewakili dari setiap DUN, Dewan Muslimat dan ahli Dewan Harian Pas Kawasan. Menurut Mejar Jasme, objektif utama program adalah untuk menambah ilmu dan juga bertukar tukar pandangan serta pengalaman khususnya dalam menghadapi pelbagai kerenah pilihanraya.
Sepanjang dua hari itu peserta rombongan telah disediakan jadual dan pengisian yang padat.Bermula disebelah pagi dengan perjumpaan dan dailog bersama pimpinan Pas Kawasan Pasir Putih (PKPP). Ahli rombongan telah diberikan taklimat persiapan pilihanraya oleh beberapa pimpinan tertinggi PKPP.Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah YB Drs Zainudin Bin Awang Hamat yang juga merangkap timbalan YDP Pas kawasan Pasir Putih. Diakhir sesi kedua dua belah pihak telah mencapai persetujuan lisan untuk menjadikan PKJ dan PKPP sebagai sebuah kawasan berkembar.
Pada sebelah petangnya ahli rombongan telah diberikan taklimat dan perkembangan mutaakhir politik Kelantan oleh YB Zaki Ibrahim. Manakala disebelah malam satu taklimat khas berkaitan dengan strategik telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Husin (timbalan Pengarah Pusat Kajian Strategik negeri Kelantan)
Sebelum berangkat pulang, peserta rombongan telah mengambil kesempatan menziarahi TG Dato Nik Abdul Aziz di Pulau Melaka. Peserta juga telah diberikan tazkirah ringkas oleh TG sebagai bekalan untuk dibawa pulang.
Sementara itu YDP kawasan Jasin melahirkan rasa kesyukuran dan berpuas hati dengan perjalanan program lawatan tersebut. Beliau juga mengharapkan agar peserta dapat mempraktikkan ilmu yang diperolehi sebaik mungkin didalam gerak kerja diperingkat DUN masing – masing.
Mengulas mengenai PKJ dan PKPP sebagai kawasan berkembar, beliau mengharapkan lebih banyak menfaat diperolehi khususnya bagi kawasan Jasin dalam mengurus dan memajukan jentera parti diperingkat kawasan. "Kerjasama ini perlu digembeling dan diperluaskan kepada semua bidang , samada ekonomi, tarbiyah dan sebagainya".
Tambah beliau lagi, "jalinan ini akan terus kekal dan semoga ada lawatan susulan selepas ini. Saya juga menjemput pimpinan PKPP untuk berkunjung ke Jasin sebagai tanda kunjungan balas". "Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih diatas sambutan dan layanan pihak PKPP".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan