Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 6 Julai 2007

TADIKA JAIM TERBENGKALAI SELAMA LIMA TAHUN?

OLEH : ZAILI MUHAMMAD

JASIN, 6 Julai (Hrkh) - Penduduk di sekitar Merlimau mempersoalkan tindakan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) membiarkan tapak pembinaan Tadika Jaim di Merlimau Pasir terbiar dan terbengkalai setelah hampir 5 tahun.



Menurut Rosli Abu, 43, yang tinggal berdekatan dengan tapak projek tersebut keadaan itu telah berlarutan hampir 5 tahun dan kini telah dipenuhi dengan semak-samun.

"Cadangan Tadika Jaim itu sebenarnya bertujuan bagi melumpuhkan Pasti yang tidak jauh dari situ kerana mereka menyediakan pembelajaran secara percuma," kata beliau.

Menurut Dollah Harun, 37, pelajar Tadika Jaim tersebut menumpang di bangunan Lembaga Pertubuhan Peladang Kebangsaan Merlimau sejak sekian lama.

"Apa yang menimbulkan persoalan sekarang ialah adakah Jaim tiada peruntukkan untuk membina bangunan itu dan sekiranya tiada kenapa mereka ingin membinanya.

"Saya mendapat maklumat bahawa tapak itu telah dibeli oleh Jaim daripada tuan tanahnya dengan harga yang tinggi tetapi tidak dapat disiapkan, bukankah ini suatu pembaziran wang rakyat," katanya.

Tiada ulasan: