Justeru, jika keadaan sebegini berlarutan maka tidak mustahil Pasar baru Umbai ini bakal kehilangan peniaga tunggal akibat masalah yang membelengu sekarang ini. Apakah usaha yang dijalankan oleh Majlis Pembandaran Jasin (MPJ) bagi menarik minat peniaga untuk berniaga disitu ??? Adakah kajian dijalankan sebelum pembinaan Pasar baru Umbai dijalankan dan adakah bancian berkenaan dengan hasil pendapatan yang diperolehi oleh peniaga disitu mampu menampung sewa Pasar dilakukan ?Merujuk kepada seorang peniaga yang tidak mahu dikenali menerangkan bahawa MPJ kononnya telah menaik taraf tapi tiada apa-apa perubahan berlaku, seolah-olah tiada idea untuk memajukan para peniaga khususnya orang Melayu, banyak pekan terbiar tidak dimajukan, contohnya Pekan Serkam dan Tedong yang kini sudah menjadi sejarah.MPJ memilih tempat untuk dimajukan seperti Ikan Bakar Terapung, sedangkan di tempat lain tiada apa-apa perancangan
Ketika diajukan mengenai lokasi Pekan Umbai yang baru, beliau berpendapat sepatutnya MPJ memperbanyakkan promosi dan mengambil tindakan segera terhadap aduan mengenai kerosakan atau masalah longkang tersumbat di Pasar Baru Umbai kerana perkara itu telah berlarutan sekian lama.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan