Bukit Katil, Dewan Pemuda Pas Kawasan Jasin sekali lagi mempamerkan keunggulannya apabila kedua-dua peserta yang mewakili Kawasan Jasin berjaya menduduki tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan Pidato Kemerdekaan Peringkat Negeri Melaka. Pertandingan yang julung kali diadakan itu dianjurkan oleh lajnah Penerangan dan dakwah Dewan Pemuda Pas Melaka dimana ia bertujuaan mencungkil bakat baru untuk diketengahkan sebagai tenaga penceramah PAS .
Peserta dari kawasan Tangga Batu, Sdr Shafiq Bin Ismail telah diistiharkan sebagai johan dengan membawa pulang piala, wang tunai dan sijil penyertaan, sementara naib johan dan pemenang ketiga dimenangi oleh Sdr Abdul Salam Bin Yaakob dan Sdr Zaili Bin Mohd Imbiah. Kedua-dua peserta tersebut dari Kawasan Jasin. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamarudin Bin Sidek.
Pengarah program, Ustaz Adnan Bin Ibrahim melahirkan rasa kesyukuran kerana program berjalan dengan lancar biarpun terdapat gangguan bekalan letrik semasa pertandingan berlangsung. Namun kecekapan petugas PAS berjaya memulihkan segera keadaan dengan mendapatkan bekalan dari 'generator'.
Menurut beliau lagi, "johan bagi pertandingan ini akan mewakili negeri Melaka kepertandingan peringkat pusat yang akan diadakan pada 25 ogos 2007 di Kuala Lumpur. Dengan adanya pertandingan ini, membuktikan PAS di negeri Melaka ini tidak ketandusan penceramah untuk diketengahkan. Insya-Allah, pemenang pada pertandingan ini akan diberi peluang berceramah dimana mana majlis yang dianjurkan parti."
Ketua Dewan Pemuda Kawasan Jasin, Sdr Aminudin Abd Jalil yang turut hadir memberikan sokongan pada malam itu menyarankan agar pertandingan ini dijadikan acara tahunan dan dikembangkan diperingkat kawasan. "Disinilah sebenarnya tempat untuk mengasah bakat, berlatih dan seterusnya mempersiapkan diri untuk turun kepentas yang sebenarnya dalam perjuangan islam ini", tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan