Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 7 September 2007

BERAPA BANYAK BABI SEBENARNYA DI MELAKA???

OLEH : TG KUDIN

MELAKA - Operasi memusnahkan ternakan babi haram di Paya Mengkuang dan Bukit Beruang, Masjid Tanah telah dihentikan akibat bantahan yang hebat dari penternak tersebut.

Babi ini dikatakan haram bukan kerana ia haram di sisi Islam sahaja tetapi dalam kes ini ia juga haram kerana diternak tanpa permit, tanpa lesen, tanpa pemantauan dan pengetahuan pihak berkuasa sejak 50 tahun lalu.



Walaupun dibantu oleh polis yang terdiri dari FRU, ternyata pada kali ini FRU gagal melaksanakan misinya setelah dihalang dengan sangkar babi dan bom petrol.

Hairan sungguh bagaimana polis boleh membiarkan penternak tersebut menghalang kerja polis dengan meletakkan lori babi pada jalan masuk ke kawasan kandang dan yang lebih pelik lagi penternak yang bersenjatakan sangkar babi yang diperbuat dari besi serta membaling bom petrol tidak ditahan dalam kekecohan itu.

Jika orang Melayu Islam yang berdemonstrasi menghalang perobohan masjid menggunakan botol air plastik sahaja, sudah tentu dipukul sampai berdarah oleh FRU dan ditahan ISA, kita melihat perkara ini sebagai 'double standard' atau 'pilih bulu' dan seolah-olah penternak ini dilayan sebagai warga kelas 'A' atau pertama dalam negara ini.

Mengapa perkara ini boleh berlaku? sedangkan kawasan babi haram itu terletak di dalam petempatan orang Melayu Islam, kenapa sudah hampir 50 tahun Umno BN gagal menyelesaikannya dan ada maklumat mengatakan bahawa babi itu kepunyaan tauke dari Singapura, kenapa mereka dapat hasil kekayaan kita dapat najis babi?

Kerajaan janganlah bersikap pekak-badak dalam isu ini dan cuba membabi-butakan rakyat dengan bersikap berdolak-dalik untuk meredakan kemarahan orang ramai, rakyat sudah jemu, mual dan meluat dengan lakonan 'ala Mr Bean' kelas 3 ini.

Mana maruah engkau sebagai pemimpin dunia Melayu dunia Islam yang engkau laungkan wahai Ali Rustam, nampaknya kau cuma syok sendiri akibat terlalu banyak berkhayal seperti orang yang kemabukkan ganja dan shabu menyebabkan kau mengarahkan babi dikurangkan kepada 48,000 ekor.

Aku cucu-cicit keturunan Hang Jebat mencabar kau! wahai Ali Rustam pindahkanlah istana indah yang kau duduki itu ke Paya Mengkuang agar kau dapat menghirup udara nyaman tahi babi, agar kau tahu betapa lemaknya tahi babi, untuk kau dengar betapa merdunya suara babi menguap dan mungkin sesekali kau akan ternampak kelibat anak babi melompat tergedik-gedik di depan istana indah kau.

Sekiranya pembodek-pembodek engkau membantah maka engkau arahkan pula pusat pentadbiran Kerajaan Negeri ke Paya Mengkuang juga untuk sama-sama mereka menikmati minum petang dengan tahi babi.

Kemudian kau katakanlah kepada mereka bahawa ini merupakan salah satu siri program 'rumahku syurgaku' dan kau war-warkan sebagai produk pelancongan di Melaka yang terkenal dengan pelbagai khazanah sejarahnya di mana di sini segalanya bermula.

Aku juga nak tanya, berapa jumlah sebenar babi itu? kata kau, 150,000, kata Ketua Polis Negeri, Dato' Mortadza Nazarene, 148,000, kata Ahli Parlimen Jasin, Dato' Mohd Said Yusof, 130,000 dan kata Ahli Parlimen Masjid Tanah, Dato' Wira Abu Seman Yusof, 145,241 ekor, mana yang betul dan sapa yang dah kira babi tu.

Boleh tak kita katakan babi itu 1 juta, 10 juta atau 1 bilion sebab tiada seorang pun pihak berkuasa yang telah mengiranya, yang tahu cuma penternak babi sahaja dan mereka tentu tidak memberitahu jumlah sebenarnya.

Dan siapa pula yang akan mengira babi itu untuk memastikan ianya genap 48,000 kerana semuanya tidak ada lesen atau permit, adakah engkau yang akan mengiranya wahai Ali Rustam?

Mengapa engkau masih boleh berunding dengan penternak babi haram sedangkan dengan peniaga gerai, penduduk setinggan, surau, PASTI, peminta sedekah dan sehinggakan ceramahpun kau suruh mohon permit dan jika gagal mengikuti arahan tersebut, seluruh kekuatan akan dikerahkan untuk menghancurkannya.

Kawasan babi itu hendaklah dihapuskan sepenuhnya demi mengembalikan ketenteraman dan keselesaan penduduk setempat yang rata-ratanya Umno biru walaupun mereka lihat tahi babi itu berwarna hitam pekat.

Umno telah gagal sepenuhnya, kami akan pastikan Umno akan kalah dalam pilihan raya kali ini demi kesejahteraan hidup penduduk Melaka dan kedaulatan negeri yang tidak beraja ini.

Tiada ulasan: