Ayer Keroh, Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka sekali lagi 'turun padang' untuk bersama warga Melaka pada malam 31 ogos di MITC. Dengan misi sebagai duta penyelamat dan kasih sayang, pemuda Melaka turun dengan mengedarkan risalah mengenai kemerdekaan dan rasuah yang pastinya dari perspektif PAS.
Ketua Dewan Pemuda Pas negeri Melaka, Ustaz Kamarudin Bin Haji Sidek mengetuai misi yang disertai 25 orang Pemuda. Turut serta ialah ketua Penerangan DPPNM Ustaz Adnan Bin Ibrahim dan wakil dari pemuda kawasan.
Ketua Dewan Pemuda Pas negeri Melaka, Ustaz Kamarudin Bin Haji Sidek mengetuai misi yang disertai 25 orang Pemuda. Turut serta ialah ketua Penerangan DPPNM Ustaz Adnan Bin Ibrahim dan wakil dari pemuda kawasan.
Misi yang bermula pukul 10 malam itu, telah menemui setiap pengunjung yang hadir untuk menyaksikan konsert Ambang Kemerdekaan didataran MITC. Rata–rata peserta ekspedisi dakwah pada malam itu berpuas hati kerana sambutan positif pengunjung terhadap bahan yang diberikan.
Ustaz Kamarudin menyatakan kesyukuran dan mengajak semua peserta untuk hadir lagi pada program akan datang. Tambah beliau lagi "pemuda akan terus turun menyedarkan masyarakat dimana mana program yang dianjurkan kerajaan, inilah tugas dan amanah yang kita pikul, Insya-Allah pemuda diperingkat kawasan boleh mempraktikkan misi ini diperingkat kawasan masing masing".
Seorang peserta yang turut serta dalam program ini, Hazali Hasan menyatakan kekesalan dengan sikap dan cara kerajaan negeri menyambut kemerdekaan dengan hiburan yang melampau dan pembaziran. Selepas maghrib diadakan bacaan yasin di masjid yang terletak cuma 200 meter dari pentas konsert.Inilah islam hadhari yang menjadi pegangan pemimpin dan ahli UMNO sekarang. Mencampur - gaulkan halal dan haram. Anak anak muda bebas berdua – duaan. Inikah dia generasi merdeka atau produk modal insan yang dilaungkan Pak Lah kesana kemari? soalnya dengan nada sedih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan