OLEH : BUDI_ABUYA (budi_abuya@yahoo.com.my)
Sekali lagi syawal menjelma dan seluruh rakyat dikhabarkan bergembira menyambutnya. Mangsa tsunami di pulau pinang dah dapat rumah baru, rakyat malaysia ada yang beraya diangkasa, ada juga beraya di IJN. Tiada masalah dengan bekalan daging kerana 'stok' di Melaka mencukupi keperluan dimusim perayaan ini. Semuanya seakan menutupi realiti kepedihan rakyat yang sebenarnya terpaksa menanggung kenaikan harga barang keperluan.
Macam biasalah bila kenaikan ini berlaku wakil rakyat tempat aku akan minta rakyat bersabar dan jangan terpengaruh dengan pembangkang. Baru ini dalam 'taqarub ramadhan' beliau pun dengan muka seposen mengingatkan penduduk kampung aku agar bersyukur dengan keamanan yang dinikmati sekarang, katanya lagi walaupun harga minyak naik namun masih murah jika dibandingkan dengan negara Thailand (macam pernah dengar ayat ini, tapi dimana ye??). Kawan aku yang ada dalam majlis itu spontan menjawab "Thailand tak de minyak."!!! Terkedu dan terperanjat berok juga YB tu. Otai UMNO yang duduk atas surau nampak lega dan terpukau mendengar hujah bodoh yang masih digunapakai dari dato wira itu. Senang aje nak perbodohkan rakyat. Apelah nak jadi dengan bangsa aku ni?
Lepas tu dia cakap pulak pasal babi kat Paya Mengkuang. Dia mengakulah memang binatang tu dah lebih banyak jumlahnya dibanding rakyat Melaka, tapi tak sebut pula apa tindakan yang kerajaan negeri nak atasi masalah itu. Lagi dia nasihatkan orang yang ada atas surau tu agar tidak terpengaruh dengan pembangkang. Rupanya dia lagi takutkan pembangkang. Bukan dia je takutkan pembangkang, FRU pun takut juga. Semasa penternak babi buat demo, pasukan FRU tak pulak gunakan water canon, belantan atau peluru hidup, malahan apabila penternak babi gertak nak masukan FRU dalam sangkar babi tu, takut pulak. Kalau dengan orang PAS bukan main garang lagi.
Pagisyawal tu aku sembahyang raya kat masjid, Markas PAS ada buat solat raya juga tapi aku pilih masjid kali ini. Kat melaka ni masjid sama level dengan balairaya. maksud aku jawatankuasa masjid wajib dari parti cap keris. Berkilau kilaulah kain sampin pimpinan umno pagi tu. rasanya macam dekat perhimpunan umno pulak.
Seperti biasa setiap tahun pihak masjid mengadakan kutipan derma kilat. Ala-ala derma jihad yang dibuat PAS semasa ceramah. Tukang bawa tong derma ialah ajk masjid @ ajk umno.tak kisah le tu. yang aku bengang ialah kutipan derma tu dijalankan semasa khatib membaca khutbah, lepas tu sibuk pulak mengira duit dipenjuru masjid bukannya nak dengar khutbah aidilfitri yang setahun sekali.
Bagi aku, khutbah raya yang dikeluarkan jabatan agama tahun ini sangat baik. Tiada pujian melambung untuk pemerintah atau sindiran untuk pembangkang. Selain mengingatkan tuntutan berzakat khutbah juga mengingatkan agar menghidupkan susana kunjung mengunjung dan menjaga batas batas syarak ketika menyambut hari raya, seterusnya ditekankan agar jangan membazir, kelebihan berpuasa sunat syawal dan hiburan melampau sempena hari raya di TV. Jarang aku mendengar khutbah yang sebegini baik dari jabatan agama. tahniah !!!

Seperti yang disebut dalam khutbah itu supaya jangan membazir, aku termanggu sekejap memikir budaya baru yang semakin menjadi jadi dimusim perayaan akhir akhir ini iaitu bermain bunga api dan mercun. Bukan bunga api yang kecil, tu yang macam sambut merdeka.kat mana jual? salah ke disisi undang-undang? yang jelas ianya pembaziran yang diajarkan dan ditunjukan oleh pemimpin kerajaan yang diberi kuasa. Selamat hari raya , maaf zahir dan batin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan