Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 18 November 2007

234,983 REMAJA TAK MASUK TINGKATAN 1 !

Memeranjatkan 234,983 remaja tak masuk ke Tingkatan 1.Kenapa? Tak mampu? Miskin, Papa Kedana? Sistempelajaran yang berkecamuk? Tak boleh ikut sabjek Sains, Matematik, B.Inggeris? Apa akan jadi padamereka ini? Penganggur? Mat Rempit? Bohsia? Penagih Dadah? Pendatang Tak Asing? Apa Tindakan Anda?


Bimbang pelajar cicir Utusan Malaysia 8 Nov 2007 KUALA LUMPUR 8 Nov. – UMNO Selangor hari ini melahirkan kebimbangan mengenai masalah keciciran yang banyak berlaku di kalangan pelajar sekolah di seluruh negara terutama di kalangan pelajar tingkatan satu.

Wakil Badan Perhubungan UMNO negeri itu, Lele Suzana Kudari meminta kerajaan segera mengatasi masalah tersebut dengan menyediakan peluang-peluang pendidikan yang lebih sempurna.

Beliau melahirkan kebimbangan itu berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan dalam Persidangan Meja Bulat Berkaitan Agenda Melayu Pasca 50 Tahun Merdeka yang dikeluarkan Yayasan Kajian dan Strategik Melayu pada 20 Oktober lalu.

"Terdapat sejumlah 234,983 atau 10 peratus daripada keseluruhan 2,373,193 pelajar tahun satu tidak memasuki tingkatan satu.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Gombak berkata demikian ketika membahaskan usul ekonomi dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Tiada ulasan: