Oleh : abuya
Aku bagaikan tidak percaya apabila membaca berita bekas Adun Sungai Rambai terlibat dalam kes 'sumbangan sukerela' dari tauke cina sebanyak rm130,000.00. Seorang wakil rakyat yang cukup low profile, mesra rakyat namun tidak juga mustahil selagi baju yang dipakai masih berlambangkan keris, biarpun beliau cuba menafikan namun laporan polis yang telah dibuat oleh tauke tersebut akan menjadikan suhu politik di Jasin meningkat darjahnya. Samada beliau bersalah atau tidak atau akan diselamatkan, kita serahkan kepada pihak yang bertanggung jawab.
Sebenarnya aku pun dah malas nak ulas isu rasuah yang membabitkan pemimpin UMNO. Apa tidaknya kerana umno dan rasuah ni ibarat isi dan kuku. Lagi pun, kalau pemimpin UMNO yang melakukan rasuah jarang disabitkan kesalahan. Kata kawan aku, bekas YB ni nak dijadikan kambing hitam. Bukankah sekarang musim BPR aktif mencari mangsa, mungkin juga?
Kes Datuk Aziz menarik sikit. Dalam laporan malaysiakini beliau mengaku menerima 'sedekah'RM 130,000 dari Lui Tong Lam untuk tabung UMNO atas usaha meluluskan permohonan tanah sebanyak 30.17 ekar di Merlimau untuk projek perumahan. Ada beberapa point yang menarik untuk kita semua renungkan.
1. Inilah bukti jelas telahan PAS selama ini yang mengatakan wakil rakyat UMNO telah pun menjadi wakil tauke
2. UMNO yang sememangnya busuk bergerak dan menjalankan aktiviti dengan wang haram (wang tersebut digunakan untuk tabung UMNO Melaka dan Jasin)
3. Mungkinkah??? wang tersebut masuk kedalam akaun bekas YB (menurut laporan tiada resit penerimaan dikeluarkan ) RM 130,000 banyak tu...
4. Betul ke umno berjuang untuk mengangkasakan bangsa??? aku tahulah Merlimau pantai tu perkampungan Melayu
Inilah sebenarnya wajah wakil rakyat umno bila mendapat kuasa, tiada beza halal dan haram bagi mereka.Janji masyuk.
Sebelum ini pun PAS dan pembangkang banyak mendedahkan salah laku wakil rakyat UMNO. Namun kita pula sering dituduh membuat fitnah, nah sekarang dah jelas lagi bersuluh, Pemuda PAS akan membuat laporan pada BPR. Adakah BPR akan berani bertindak?? Atau beranikah warga JASIN melakukan perubahan dalam pilihanraya akan datang dengan membenamkan UMNO yang semakin hilang arah perjuangannya. Ingat,Jangan bersubahat dengan perasuah !!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan