Di sini saya menyediakan dua artikel yang membabitkan YDP Agung. Di harap dengan tersiarnya artikel ini ia akan dapat membuka minda rakyat yang selama ini ditipu oleh media massa yang sentiasa berada didalam genggaman Parti Kerajaan (Jika Media massa tidak dikongkong oleh kerajaan sudah lama Malaysia berjaya melahirkan rakyat yang celik minda). Jadilah manusia yang berada dialam nyata bukannya di alam fantasi..!!
Bohong! Bohong! Bohong!
KAMAL AMIR MENULIS
Seminggu selepas himpunan rakyat berarak dalam lautan gelombang kuning maka salah seorang pegawai Istana Negara membuat kenyataan bahawa ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin merasa dukacita kerana nama baik baginda diheret dan dibabitkan sebagai merestui perhimpunan haram.
Meskipun titah baginda Agong tidak dilafazkan oleh baginda sendiri namun media massa terutama RTM dan TV 3 segera menjadikannya berita utama sebagai menempelak kebangkitan rakyat.
Rakyat benar-benar dikelirukan oleh pemesongan fakta oleh agensi media massa kerajaan Abdullah Ahmad Badawi yang berkali-kali menyebarkan khabar angin kononnya ada dakwaan ke bawah Duli Yang Di-Pertuan Agong telah dilibatkan kedalam kancah pergolakan politik hingga baginda merasa dukacita.
Semasa berbual dengan Ahli Parlimen Pasir Putih Datuk Kamaruddin Jaafar, beliau menekankan bagaimana percaturan putar-belit politik dilakukan oleh agensi media massa kerajaan Abdullah Ahmad Badawi .
"Dalam kenyataan yang saya buat tempoh hari, saya tidak menyebut ke bawah Duli Tuanku memperkenankan himpunan rakyat, tetapi baginda Sultaan bersedia menerima kunjungan hormat anggota Bersih, malahan kami diminta menghantar senarai nama perwakilan yang mahu mengadap Tuanku.
"Malahan kesudian Tuanku menerima memorandum pernyataan hasrat kami untuk melihat aroma politik negara dipulihkan kepada paksi demokrasi secara mutlak telah diterima oleh baginda dengan baik.
"Tidak timbul soal himpunan mahupun perarakan rakyat. Begitulah caranya mereka memutar-belitkan kenyataan," tegas Datuk Kamaruddin Jaafar.
Agak tersentak juga mendengar penjelasan dari Ahli Parlimen tersebut kerana ternyata begitu terdesak sekali para pencatur di sekeliling Abdullah Ahmad Badawi memesongkan fakta.
Sebagai tunggak utama pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan tentulah tidak akan ada mana-mana Sultan atau Raja-Raja yang mengizinkan perhimpunan haram. Keluhuran perlembagaan dan undang-undang pastilah dihormati. Oleh yang demikian tidak timbul cerita Sultan atau DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong merestui sebarang bentuk perlanggaran undang-undang.
Bagaimana boleh timbul cerita kononnya Istana diheret untuk dilihat bagai merestui himpunan yang telah ditafsirkan oleh pemerintah sebagai humpunan haram? Ternyata begitu terdesak sekali kalangan pengampu Perdana Menteri dan Sidang Wazirnya untuk memutar-belitkan kenyataan serta memesongkan isu, lebih-lebih lagi di saat kian hampirnya musim pilihan raya umum.
Semoga rakyat dapat menterjemah silau dalam kilau percaturan politik Abdullah Ahmad Badawi. Biar apapun yang pasti rakyat mampu menilai jumud serta ceteknya cara pimpinan hari ini melakonkan adegan politik sempang-peranang penuh dengan pencak serba tempang.
Biar apapun, ternyata kini pembohongan demi pembohongan Abdullah Ahmad Badawi semakin terselak dan tersingkap. Tahun lalu dia berbohong mengatakan ada urusan penting untuk segera berangkat ke Australia serta meninggalkan jerih rakyat Johor menghadapi bencana banjir berpanjangan selama dua bulan.
Rupa-rupanya dia bukan menjalankan tugas rasmi negara sebaliknya bersukaria berlayar di atas perahu mewah bersama "kekasih hatinya" Jeanne Danker seperti yang tersiar di akhbar Star.
Minggu lalu Abdullah melakukan pembohongan tersohor dan paling hebat apabila menyatakan bahawa dia masih belum ada ilham untuk memanggil pilihan raya serta membubarkan Dewan Rakyat, semasa melawat negeri Sabah dan Sarawak.
Tetapi kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid yang menyatakan beliau tidak mahu berbohong kerana sesungguhnya dirinya tahu tarikh pilihan raya bakal diadakan. Apakah Abdullah Ahmad Badawi boleh berselindung lagi dengan alasan masih belum mempunyai ilham?
Begitu juga dengan pengumuman perbelanjaan ratusan bilion ringgit terhadap pembangunan koridor Utara dan Koridor Pantai Timur yang bakal dicurahkan atas nama membela nasib rakyat. Setelah diselediki secara jelas terbukti begitu hebat Abdullah Ahmad Badawi melakukan pembohongan kerana sehingga saat ini akta pembangunan kedua wilayah tersebut masih belum disiapkan lagi.
Tidak seperti pembangunan Wilayah Iskandar di Johor yang bakal dikangkangkan untuk "dilacurkan" kepada Singapura di mana untuk tujuan tersebut kerajaan Abdullah Ahmad Badawi sudahpun menggezetkannya melalui Parlimen atas nama Akta Pembangunan Wilayah Iskandar.
Meskipun ianya dilihat cukup pincang serta bakal menjerumuskan kehancuran kepada kedaulatan bumi Johor namun, paling tidak untuk tujuan penerusan pembangunan ia tetap akan dilakukan kerana sudah ada satu akta diwujudkan.
Sebaliknya bagi kedua-dua pembangunan Wilayah Utara dan Pantai Timur, ia masih lagi dalam peringkat "menganyam" mimpi indah dan menyulam angan-angan Mat Jenin, sedangkan "blue print", kertas pembangunan secara komprehensif dan bersepadu masih belum lagi wujud.
Dalam erti kata lain, upacara pelancaran pembangunan kedua-dua koridor Utara dan Pantai Timur adalah merupakan satu lakonan bohong yang sengaja diwar-warkan untuk rakyat mempercayai kehebatan buah fikiran seorang Ulul Albab imam mahzab Islam Hadhari.
Ternyata Abdullah Ahmad Badawi sekadar menjaja sebuah mimpi yang belum pasti dalam aroma kebohongan tegar dan sewajarnya segera dibersihkan dengan penyapu yang dijaja oleh memanda Wazirnya di Selangor.
Persoalannya, sampai bilakah cerita bohong Abdullah Ahmad Badawi masih mahu diizinkan oleh rakyat seluruhnya? Dan untuk itu ada baiknnya jika kita menyorot kembali cerita bohong Imam Mahzab Islam Hadhari yang akhirnya diketahui oleh rakyat.
1. Melalui sajak mencari abadinya Abdullah berjanji untuk tidak mengumpul harta berjuta, tetapi ternyata kalangan anak beranaknya terus meraih pelbagai projek berbilion-bilion.
2. Abdullah berjanji melalui sajaknya untuk tidak hidup berpoya-poya, tetapi sejak menjadi Perdana Menteri, bukan sekadar kehidupan santai di luar negeri dengan menaikki pesawat mewah dan kapal layar mewah, malahan kediaman rasmi Seri Perdana telah menganjurkan persembahan hiburan muzik sebanyak dua kali.
3. Abdullah menafikan anaknya Kamaluddin Abdullah tidak pernah mendapat sebarang kontrak dari kerajaan melalui wawancara TV 3 , sebaliknya syarikat Scomi milik anaknya meraih ratusan juta kontrak dari Petronas,
4. Abdullah menafikan terlibat dalam skandal cukup memalukan "Oil For Food" era rejim Sadam Hussein, tetapi laporan penyiasat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ternyata namanya dicatatkan sebagai penerima habuan jutaan ringgit.(Sila baca buku Skandal Oil For Food, Malaysia Today).
5. Abdullah menafikan membeli jet untuk kegunaan rasminya, tetapi sekembalinya dari lawatan luar negeri dia terpaksa mengaku bahawa pembelian tersebut dibuat oleh syarikat penerbangan Malaysia.(satu penipuan cukup menjijikkan).
6. Pasca awal pemerintahannya Abdullah menyatakan bahawa kantung negara sudah kering kerana dihabiskan oleh projek mega legasi Dr. Mahathir, tetapi kini dia berbelanja ratusan bilion ringgit untuk projek mega ciptaannya. Jauh lebih banyak dari era Dr.Mahathir.
7. Semasa heboh kisah cintanya dengan Jeanne Danker, dia berkali-kali menyatakannya sebagai satu gossip, tetapi ternyata wanita itulah yang dinikahinya.
Dan jika mahu ditulis satu demi satu mungkin seminggu lamanya tidak habis ditulis berhubung pembohongan Abdullah Ahmad Badawi kepada rakyat bawahan. Kerana itu cerita tentang Institusi Istana dilibatkan dalam kancah politik adalah merupakan pemesongan fakta olehnya bersama sidang wazir yang serba goblok dan membaghalkan.
Untuk hari esok entah apa lagi agaknya cerita bohong yang bakal dilontarkan oleh Abdullah Ahmad Badawi dalam usaha memulih keyakinan rakyat yang cukup terhakis terhadapnya.
Namun yang pasti rakyat sudah tidak sabar-sabar lagi menanti tarikh pengumuman pilihan raya kerana mereka mahu segera menterjemahkan kepada Abdullah berserta sidang wazirnya tentang utuhnya kuasa rakyat. Semoga bumi tercinta ini segera diselamatkan daripada pelacuran politik di kalangan pemimpin bersikap musang berbulu ayam
Kenyataan dari Abdullah Badawi
Kaitkan Yang di-Pertuan Agong memang tindakan terdesak, kata Abdullah
KUALA TERENGGANU 18 Nov — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan dakwaan pihak tertentu bahawa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin memberi perkenan perhimpunan haram di ibu negara pada 10 Nov lepas sebagai satu tindakan terdesak.
Perdana Menteri berkata, pihak terbabit membuat dakwaan itu untuk meraih sokongan rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum ke-12 yang bakal diadakan pada bila-bila masa.
Bagaimanapun beliau berkata, tembelang pihak terbabit pecah kerana Yang di-Pertuan Agong dan Istana Negara tidak pernah memberi perkenan atau menyokong perhimpunan haram itu.
"(Seri Paduka) Baginda sudah buat kenyataan yang jelas dan tegas dalam hal ini. (Seri Paduka) Baginda tidak perkenan apa-apa tindakan yang diambil yang kaitkan nama (Seri Paduka) Baginda.
"Apabila kaitkan nama raja (Yang di-Pertuan Agong dalam hal perhimpunan haram itu) ini merupakan satu tindakan yang memang terdesak," katanya kepada pemberita selepas melawat Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man dekat sini hari ini.
Abdullah turut diiringi isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah. Turut melawat TTI ialah Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong melahirkan rasa kesal Seri Paduka terhadap pihak tertentu yang mendakwa baginda memberi perkenan dan menyokong perhimpunan itu yang dianjurkan oleh sebuah badan dikenali BERSIH dan disokong parti-parti pembangkang.
Seri Paduka yang amat kecewa dengan penganjuran perhimpunan haram itu menegaskan, baginda dan Istana Negara tidak pernah pada bila-bila masa memperkenan atau memberikan apa-apa sokongan secara langsung atau tidak langsung kepada mana-mana pihak yang menganjurkan atau terlibat dalam perhimpunan itu. - Bernama
P/S: Senang cerita yang BN + UMNO dah memang tiada isu dan yang hanya mereka tahu memutar belitkan segala fakta yang ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan