Adakah perhimpunan 100K akan menggugat ketenteraman awam ?? tapi inilah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zul Hasnan Najib Baharudin. Adakah arahan ini dari beliau ataupun beliau sendiri mendapat arahan dari pemimpin negara agar memastikan perhimpunan rakyat ini diganggu. Saya juga difahamkan yang UMNO akan mengerahkan team putera mereka untuk melakukan provokasi semasa perhimpunan dijalankan. Ya atau tidak kita saksikan sama-sama.
Tetapi arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis kuala Lumpur seolah-olah ia menyekat demokrasi rakyat di negara ini. Tujuan utama perhimpunan ini diadakan ialah untuk mengembalikan hak rakyat yang selama ini telah diselewengkan oleh satu parti yang tidak bermaruah..
Hadirnya kita pada himpunan rakyat ini adalah dengan menuntut 4 perkara yang utama iaitu
1.Penggunaan dakwat kekal
2.Pembersihan daftar pemilih
3.Pemansuhan undi POS dan
4.Akses adil kepada media
Insya-Allah, bagi saya arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur sedikitpun tidak melunturkan semangat kami dalam menuntut hak kami sebagai rakyat Malaysia. Satu jaminan yang dapat saya nyatakan bahawa indeks demokrasi di Malaysia akan jatuh mendadak kali ini jika isu di Batu burok berulang kembali. Ayuh sahabat sekalian, mari kita hadir beramai-ramai dalam meraih tuntutan kita agar pilihanraya kali ini dan seterusnya berjalan dalam keadaan BERSIH dan anggaplah amaran yang dikeluarkan oleh Zul Hasnan tersebut sebagai satu rintangan kecil bagi kita dalam meneruskan misi kita sebagai rakyat Malaysia....yang penting kita kena ingat Allah sentiasa disisi kita..
BERIKUT KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH KETUA POLIS KUALA LUMPUR BARU-BARU INI...

KUALA LUMPUR: Polis tidak mengeluarkan permit kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang merancang untuk mengadakan perhimpunan rakyat di Dataran Merdeka, Sabtu ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zul Hasnan Najib Baharuddin berkata, tindakan itu diambil bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.
"Kita tidak akan mengeluarkan permit kepada mereka (Bersih) untuk mengadakan perhimpunan seperti yang dirancang.
"Jika mereka ingkar, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Zul Hasnan berkata, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Zulkarnain Abd. Rahman telah memaklumkan kepadanya mengenai keputusan tidak mengeluarkan permit kepada Bersih.
"Perhimpunan sedemikian akan menggugat ketenteraman awam dan oleh sebab itu, beliau (Mohd. Zulkarnain) tidak meluluskan permit untuk mengadakannya," katanya. Utusan
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Induk Bersih, Sivarasa Rasiah berkata, perhimpunan itu akan tetap diteruskan walaupun tidak mendapat permit polis

Tiada ulasan:
Catat Ulasan