Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 27 Disember 2007

CERITA PENIAGA NASI LEMAK DAN PENGUATKUASA DBKL

Ini diantara mail yang saya perolehi baru-baru ini. Diharap ia dapat memberikan kesedaran. Yang jelas bahawa bangsa Melayu semakin tersepit di tanah air sendiri..

Di Bandar Tun Razak, Cheras, ada seorang peniaga Melayu Islam yang sudah tujuh tahun berniaga warung nasi lemak. Nasi lemak Mak Ton sangat sedap, sangat murah dan penjualnya sangat ramah dan baik hati, jujur dan amanah. Kita boleh minta sambal lebih, minta timun lebih atau kacang lebih; semua permintaan dilayan.

Beliau memenuhi semua kriteria seorang peniaga Islam seperti yang disyariatkan Allah. Warung Mak Ton terletak bertentangan dengan kedai mamak di hadapan Pusat Komuniti Bandar Tun Razak, di bawah pokok besar. Pusat komuniti itu dekat dengan stesen LRT Bandar Tun Razak. Saya sendiri sudah 2 tahun membeli nasi lemak beliau, sangat kerap dalam seminggu.

Hari itu, sedang saya memilih bahagian ayam untuk dimakan, datanglah lori DBKL dengan hampir 15 orang lelaki yang gagah-gagah. Ada yang memakai rantai leher, bermuka samseng, membuli orang tua ini. Mereka memberikan tiket saman, dan mengugut akan menyita warung makan Mak Ton.

Alangkah teruknya tingkah laku mereka. Tiada belas kasihan, bertindak seperti samseng terhadap seorang perempuan separuh usia yang menjual nasi lemak di bawah pokok, di tepi jalan.


Sepanjang dua tahun membeli nasi lemak Mak Ton, saya belum pernah tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas, belum pernah ada masalah parking di situ. Pendek kata, warung Mak Ton tidak pernah memberi saya sebarang masalah. Cuma mereka (DBKL) cuba memindahkan para peniaga di Cheras ke Pusat Komuniti Bandar Tun Razak yang tidak ramai pengunjung, tetapi mengenakan sewa bulanan mencecah RM1,700 sebulan. Di sini, saya telah melihat ramai peniaga Melayu yang berpotensi 'terbunuh' apabila tidak mampu membayar sewa.

Pengunjung sangat kurang berbanding tempat asal perniagaan mereka sebelum ini. Saya kagum bagaimana Mak Ton berhadapan dengan pihak penguasa DBKL. Dia bersabar, profesional terhadap pelanggan walaupun menghadapi dugaan tersebut.

Saya bertanya pada Mak Ton: "Macam mana ni Mak Ton?" Jawab beliau tegas: "Kita balas dengan undi kita besok."

Tiada ulasan: