Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 17 Disember 2007

HISHAMUDIN TIDAK MENYELAMI MASALAH RAKYAT

Akibat hidup penuh dengan kesenangan. menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Hishamudin Tun Hussien tergamak mengeluarkan ayat yang menguris hati dan perasaan ibubapa yang hidup dalam kemiskininan. Sila baca ayat yang dibold guna kaler merah, menteri neh tak pernah tengok rancangan Bersamamu gamaknyer

Yuran tambahan dibayar secara ansuran

PUTRAJAYA 13 Dis. – Kementerian Pelajaran membenarkan ibu bapa berpendapatan rendah menjelaskan bayaran yuran tambahan anak-anak mereka secara ansuran kepada pihak sekolah.


Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, walaupun bayaran yuran tambahan tersebut tidak diwajibkan namun kerajaan berpendapat ibu bapa perlu membayarnya demi kepentingan masa depan anak-anak mereka.

Menurutnya, bayaran yuran tambahan itu hanya bertujuan membantu sekolah melaksanakan beberapa aktiviti tambahan dan ia sebenarnya adalah sumbangan ibu bapa untuk pembelajaran anak-anak mereka.

Bayaran yuran tambahan itu, katanya merangkumi bayaran kokurikulum, sukan tahunan sekolah, kertas ujian dalaman, kegiatan pendidikan Islam dan moral serta Skim Perlindungan Diri.

"Ibu bapa berpendapatan rendah boleh memohon kepada pihak sekolah membayar secara ansuran yuran tambahan sebanyak RM38.50 untuk sekolah rendah dan RM55.50 bagi sekolah menengah.

"Walaupun bayaran ini bukan diwajibkan tetapi bagi saya setelah 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, mustahil ada ibu bapa yang tidak mampu langsung untuk menjelaskannya," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Awal Penggal Persekolahan 2008 di sini hari ini.


Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, kementeriannya terpaksa menanggung peruntukan tambahan sebanyak RM36.7 juta setelah yuran khas dimansuhkan mulai sesi persekolahan 2008 bagi semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

Daripada jumlah tersebut, katanya, sejumlah RM14 juta diperuntukkan untuk sekolah rendah dan RM22.7 juta untuk sekolah menengah.

Katanya, keputusan memansuhkan yuran khas sekolah bagi murid sekolah rendah bernilai RM4.50 dan RM9 bagi pelajar sekolah menengah adalah selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika pembentangan Bajet 2008.

Serentak itu, beliau menasihatkan ibu bapa yang masih tidak jelas mengenai isu yuran khas dan bayaran tambahan yang dikenakan oleh pihak sekolah supaya menghubungi kementerian melalui talian aduan 03-88888445/ 446/443.

Hishammuddin berkata, selain pemansuhan yuran khas, yuran peperiksaan awam juga dimansuhkan dan ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM210 juta.

"Kerajaan juga terpaksa menanggung peruntukan tambahan sebanyak RM128 juta setelah buku teks diberikan secara percuma kepada semua pelajar di seluruh negara mulai tahun hadapan," katanya.

Sehingga kini, sebanyak 79.65 peratus bekalan buku teks telah dibekalkan ke sekolah di seluruh negara dan kelewatan yang berlaku mungkin melibatkan Sabah dan Sarawak.

Mengenai bantuan tambahan untuk penggal persekolahan 2008, katanya, sebanyak RM1.14 juta telah diperuntukkan untuk Bantuan Makan Asrama; Rancangan Makanan Tambahan (RM276 juta); Skim Bantuan Tuisyen (RM181.94 juta); Program Susu Sekolah (RM26.7 juta) dan biasiswa (RM268.47 juta).

Sementara itu, mengulas mengenai demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh pihak tertentu sejak akhir-akhir ini, Hishammudin memberitahu warga pendidik menolak perbuatan itu kerana ia boleh menjejaskan kemakmuran dan kesejahteraan di negara ini.

"Kita akan kumpul pandangan warga pendidik kerana kita tidak mahu perbuatan golongan minoriti ini merosakkan pemikiran generasi muda sehingga Malaysia dipandang serong di peringkat antarabangsa," katanya.

Tiada ulasan: