Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 18 Disember 2007

ISA DAN DEB YANG GAGAL DAN MENINDAS

alkerohi

Masyarakat Tamil India di Malaysia keliru bilamana mereka cuba mempersoalkan dan menjadikan Islam sebagai 'kambing hitam'.

Sebenarnya kemiskinan ada di mana-mana. Bukan sahaja di Malaysia tetapi di merata pelusok dunia. Bukan sahaja mencengkam Tamil Malaysia bahkan Cina Malaysia , Melayu Malaysia dan semua keturunan lain di Malaysia.

Pengikut Cina dari parti MCA juga bermasalah. Tetapi orang Cina tersebut masih memendam perasaan.

Jerejak besi pemati suara rakyat

Jerejak besi tidak dapat memadamkan kebangkitan rakyat. Jerejak besi juga tidak dapat mematikan suara rakyat. Dasar Apartheid di Afrika masih membuatkan Nelson Mandela berdiri gah.

Samada bunuh seorang pemuda Melayu atau Tamil, membolehkan Barisan Nasional terus dapat memerintah, adalah satu persoalan lain.

Apa yang pasti, pada setiap kematian pemuda tersebut, akan lahir berpuloh pemuda-pemuda berhatikan singa.

ISAkan semua pemimpin

Tangkap Mat Sabu di bawah ISA, tangkap Lim Kit Siang di bawah ISA, tangkap Anwar Ibrahim, tangkap Uthayakumar, tangkaplah setiap ahli pembangkang, akan berbondong-bondong manusia bersimpati dan menuju kearah golongan tertindas.
Islam yang sebenar memberikan hak kepada rakyatnya termasuk kepada yang bukan Islam.

Islam penindas Hindu ?

Pada saya Hindraf cuba menelanjangkan Samy Vellu dan Abdullah Ahmad di mata dunia. Olehkerana Abdullah seorang Islam, maka Islamnya disimpul dan dilabelkan sebagai penindas penganut Hindu.

Samy Vellu ibarat ayam hitam terbang malam. Licik dan sentiasa terlepas. Bila lagi kaum Tamil akan mengajarnya. Seperti kata Tamilselvan, seorang kawan saya dari Keroh Perak, "Dahulunya Samy dianggap sebagai tuhan masyarakat India di Malaysia".

Samy sebenarnya gagal memajukan kaumnya. Samy hidup mewah berbanding masyarakatnya menderita. MIC gagal mengagendakan masyarakat India . MIC satu parti tanpa ada pengganti ketuanya sebelum Hindraf muncul untuk mengangkat dirinya sebagai bakal pemimpin kaum Tamil India di Malaysia. Itu yang menjadi masalah kepada Samy dan MIC walaupun pada hemat saya kebanyakkan tuntutan Hindraf dipersetujui Samy dan MIC.

Bagi Samy, tuntutlah apa sahaja, asalkan bukan jawatan dalam MIC.

Kuburkan politik Samy

Samy memperlekehkan bangsanya sendiri. Samy sepatutnya dikuburkan politiknya.

Memenjarakan pemimpin Hindraf bukan peneyelesai masalah. Sepertimana juga memenjarakan Anwar Ibrahim tempohari. Anwar kembali sebagai hero dan sudah pastinya Uthayakumar juga akan kembali kepangkuan bangsanya sebagai hero.

Kita bimbang jika fungsi mahkamah terbiar begitu sahaja dalam kes-kes seperti ini. Kita juga bimbang jika masyarakat bukan Islam menjadikan Abdullah dan Islam Hadharinya sebagai contoh keseluruhan Islam penindas, zalim dan tidakadil.

Abdullah bukan contoh

Sebenarnya Abdullah bukan pemimpin contoh. IPCMC menjadi temberangannya. Peranan menantu dalam pentadbiran negara cuba diselindungkannya. Krisis kehakiman cuba ditutupnya. Seksyen 10 perlembagaan Malaysia membenarkan rakyat menyuarakan pendapat, membenarkan rakyat berhimpun dan berpersatuan tetapi Akta Polis digunakannya untuk mematikan hak-hak tersebut di atas nama, "saya mempunyai telinga yang besar". Rasuah yang berleluasa. Kenaikkan harga barang tanpa kawalan. Beratus isu lain cuba ditelannya di atas nama cucu ulamak. Apa yang ada pada dirinya untuk dicontohi ?

Dasar Ekonomi Baru diwujudkan untuk keadilan ekonomi dan sosial orang Melayu dan Bumiputra. Berapa kerat orang Melayu yang mendapat kemakmuran dan kebahgiaan dari DEB itu ?

Melayu dari parti pembangkang sudah terkeluar dari senarai ini. Melayu yang menyepikan diri juga terkeluar. Melayu UMNO yang tidak sehaluan dengan pemimpin mereka juga terkeluar dari senarai ini. Melayu yang bukan kroni juga terkeluar. Berapa kerat Melayu sahaja yang mendapat keuntungan DEB ?

Siapa untung dengan DEB

Hindraf sepatutnya tidak mengelirukan penyokongnya hanya kerana gagal atau tidak memahami masalah ketidakseimbangan sosial ini.

Abdullah melalui Islam Hadharinya bukan sahaja menindas dan zalim terhadap kaum Tamil, Cina, Kadazan, Murut dan yang lain, malah bangsanya sendiri terpinggir di atas nama Dasar Ekonomi Baru.

Orang Melayu, Cina, India, Kadazan dan Murut, tunggu apa lagi ?

Tiada ulasan: