Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 11 Disember 2007

JUDI DAN SEKS MURAH ATAS KAPAL PERSIARAN

Apa nak jadi Malaysia sekarang ini..sapa yang memerintah dan siapa yang bertanggungjawab dalam perkara ini..pokoknya jika undang-undang Malaysia tidak ditukar kepada Islam beginilah jadinya..malangnya Islam hanya diletakkan pada nama sahaja dan dari segi perlaksanaan hilang entah kemana....

GEORGETOWN: Hanya dengan bayaran serendah RM60, kaki judi yang beragama Islam dapat melepas gian di dalam kasino manakala kaki maksiat juga bebas menjalankan aktiviti tanpa bimbang ditahan pihak berkuasa.

Inilah 'kemudahan' yang ditawarkan sebuah kapal persiaran mewah yang beroperasi dari pelabuhan negeri ini dengan perkhidmatan dua kali sehari, pada waktu pagi dan malam bagi pelayaran sepanjang 11 jam.

Difahamkan, kapal yang membuat pelayaran dikenali 'Island Trip' (Pelayaran Pulau) itu mempunyai lesen sah tetapi yang dikesalkan ialah perkhidmatan dan aktiviti perjudian serta maksiat disediakan di atasnya turut dibuka kepada orang Islam.

Tinjauan mendapati di sebalik ada tanda amaran supaya umat Islam tidak memasuki kasino di luar premis berkenaan, pengawal keselamatan dan kakitangan bertugas hanya mengambil sikap 'pejam mata'.

Malah, pemantauan mendapati kira-kira 25 peratus daripada 400 penumpang kapal itu adalah orang Islam, dengan sebahagian besar mereka ligat mempertaruhkan nasib di kasino.

Kapal itu turut menyediakan khidmat urut berharga RM66 untuk setiap 45 minit.

Siasatan kemudian mendapati wanita terbabit menawarkan juga perkhidmatan seks dengan bayaran antara RM150 hingga RM200.
Bagaimanapun, `perkhidmatan tambahan' itu dipercayai dilakukan secara persendirian tanpa ada kaitan dengan kapal itu.

Berdasarkan maklumat yang diterima daripada penumpang kapal itu, 'tarian bogel' turut disediakan pada malam tertentu. - Metro Ahad.

Tiada ulasan: