Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 3 Januari 2008

HARGA MINYAK NAIK JIKA PERLU - PAK LAH

Oleh : Lang Buana

Adakah ini merupakan satu petanda bahawa minyak akan naik tak lama lagi ?? Sebelum ini ada ura-ura mengatakan harga petrol akan naik menjelang tahun baru. Alhamdulillah ianya sekadar ura-ura. Para penjilat UMNO dan BN tak habis-habis dengan membela kerajaan kononnya kerajaan menepati janji dengan tidak menaikkan harga minyak pada tahun 2007 tetapi bagaimana pula dengan tahun 2008??

Banyak pandangan yang saya terima dan ada sesetengahnya pula meramalkan bahawa harga minyak akan naik selepas pilihanraya umum ke 12 nanti sebagai satu hadiah istimewa khusus kepada penyokong-penyokong kerajaan Barisan Nasional yang tak lekang dengan kata keramat mereka "Malaysia Cemerlang, Gemilang dan Terbilang". Kalau minyak dah naik sudah menjadi kewajiban harga barang sudah semestinya akan naik...

"Ahad lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi ingatan bahawa negara ini akan bankrap sekiranya kerajaan menurunkan harga minyak yang kini melambung naik di pasaran dunia.

Menurut Najib, kedudukan ekonomi negara boleh terjejas teruk selain mengakibatkan program-program pembangunan dan penyediaan kemudahan rakyat terhalang sekiranya kerajaan bertindak menurunkan harga minyak sesuka hati."

Adakah ayat-ayat yang dinyatakan oleh Najib berkaitan dengan kepentingan politik Barisan Nasional ataupun betul-betul mahu menyediakan kemudahan untuk rakyat. Yang pasti si Najib ni hanya tahu terpekik terlolong setiap kali membuat kenyataan. Setiap kenyataan yang dikeluarkan semuanya berbau hasutan. Belum lagi pembangkang memerintah beliau sudah mengeluarkan kenyataan sebegitu. Dasar si pengecut !!!

Kepada rakyat, berfikirlah secara berhemah dan berikan undi anda kepada pembangkang serta peluang kepada mereka memerintah Malaysia dan kita lihat bagaimana Malaysia dibawah pentadbiran Parti yang berlandaskan Islam. Cukuplah 50 tahun Malaysia di bawah pimpinan BN yang semakin rakus meratah hak rakyat. Cuma saya mengharapkan kesedaran dari rakyat dalam mencatur pucuk kepimpinan Malaysia pada masa akan datang melalui pilihanraya umum nanti..

Tiada ulasan: