Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 10 Januari 2008

KAJIAN :'MAT MALAYSIA' DAN 'MINAH INDON' SALING TERPESONA

KL: Nampaknya golongan lelaki Malaysia dan golongan wanita Indonesia saling menyukai satu sama lain. Satu tinjauan akhbar bahasa Melayu setempat mendedahkan bahawa wanita Indonesia mendapati lelaki Malaysia lebih penyayang dan menarik hati mereka berbanding dengan kaum lelaki di negaranya sendiri.

Kaum lelaki Malaysia pula mudah terpikat kepada paras rupa menawan dan telatah menggoda wanita Indonesia.

Satu laporan akhbar Utusan Malaysia semalam berkata lelaki Malaysia dikatakan lebih bersifat penyayang dan sikap itu menjadi sebab terpenting mengapa wanita Indonesia gemar memilih mereka sebagai suami.

Bagi lelaki Malaysia yang berkahwin dengan wanita Indonesia pula, mereka meletakkan kelembutan tingkah laku wanita berkenaan sebagai daya tarikan utama, menurut laporan itu.

Bagaimanapun, tinjauan Utusan Malaysia juga mendapati pasangan suami isteri yang terdiri daripada lelaki Malaysia dan wanita Indonesia menolak persepsi umum kononnya perkahwinan mereka adalah untuk memudahkan wanita Indonesia mendapatkan kerakyatan Malaysia.

'Pada saya, lelaki Malaysia lebih penyayang dan lebih memahami diri wanita,' kata seorang wanita Indonesia yang bekerja di sebuah restoran di sini, Misna Seling, 33 tahun.

Beliau sudah 18 tahun menetap di Kuala Lumpur dan telah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki Malaysia.

Rupa menawan dan telatah menggoda pula dikatakan punca wanita Indonesia menjadi pilihan lelaki Malaysia.

Pensyarah Politik dan Polisi Awam Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Ahmad Atory Hussain, berkata faktor itu menjadi tarikan kuat kepada lelaki Malaysia untuk mendekati wanita Indonesia

SUMBER : KL POS

Tiada ulasan: