Siapakah Khairy Jamaluddin untuk mengarahkan semua pihak supaya berhenti membuat spekulasi mengenai tarikh pilihanraya umum akan datang sedangkan beliau sendiri bukan merupakan seorang ahli Parlimen, soal Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang.
Ahli Parlimen Ipoh Timur itu berkata, semua orang tahu bahawa Khairy adalah orang yang paling berkuasa di negara ini, mengetuai tingkat empat Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya dan menguasai serta memanipulasi langkah dan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Namun, kata Lim, itu tidak memberi kuasa kepada Naib Ketua Pemuda Umno itu menegur pihak lain, termasuk para menteri daripada membuat spekulasi mengenai bila pilihanraya umum akan diadakan.
Semalam, Khairy berkata, semua pihak semua pihak, termasuk Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, tidak berhak untuk mengeluarkan sebarang bentuk kenyataan berhubung tarikh sebenar pilihanraya umum.
Menurutnya, sebarang keputusan berhubung perkara itu hanya boleh ditentu dan diumumkan sendiri oleh perdana menteri.
Justeru, menantu perdana menteri berkata, tindakan Abdul Rashid baru-baru ini yang menyatakan beliau sudah mengetahui tarikh sebenar pilihanraya, adalah tidak wajar.
Selain pengerusi SPR, dua menteri Umno - Menteri Dalam Negeri yang juga Setiausaha Agung, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid - untuk bercakap mengenai pilihanraya umum akan datang.
Isu Radzi Shahidan
"Kenyataan Khairy itu dibuat tiga hari selepas Azmi menegaskan bahawa pilihanraya umum telah hampir dan sepanjang tempoh 10 hari yang lalu, Radzi pula menegaskan bahawa 'masanya telah tiba untuk menukar kepimpinan di Perlis', dan secara terbuka mahu Azmi menggantikan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.
"Bagaimanapun, berdiri antara Radzi dan Azmi adalah Khairy yang sehaluan dengan Shahidan kerana menteri besar itu boleh membantu memenuhi impian Khairy dalam Umno, sehinggakan dakwaan skandal terhadap Shahidan, yang telah dibawa oleh Radzi ke pengetahuan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah dapat dineutralkan oleh Khairy," kata Lim.
Bagaimanapun, katanya, Khairy silap kerana walaupun perdana menteri mempunyai budibicara untuk menentukan tarikh pilihanraya, "tetapi ia tidak sampai ke peringkat menafikan hak rakyat Malaysia, dalam apa juga kapasitinya, untuk membuat spekulasi mengenai bila pilihanraya umum akan diadakan".
"Sudah tentulah, ada mereka yang akan berhujah bahawa budibicara Perdana Menteri untuk memutuskan tarikh pilihanraya telah dipengaruhi oleh Khairy. Apa juga kebenarannya, tidak ragu lagi bahawa selain Abdullah, Khairy akan menjadi orang pertama mengetahui bila pilihanraya umum akan diadakan," katanya.
Lim juga bertanya mengapa tarikh pembubaran Parlimen untuk mengadakan pilihanraya umum begitu dirahsiakan sehingga menyebabkan ketidakselesaan kepada semua pihak.
"Sedangkan di negara maju berkelas dunia, yang wujudnya rasa keadilan seperti di United Kingdom dan Australia, notis yang panjang diberikan mengenai bila pilihanraya umum akan didadakan.
"Memandangkan Abdullah merupakan penyokong infrastruktur kelas dunia dan mentaliti kelas dunia, maka apakah beliau bersedia untuk menerimapakai amalan antarabangsa itu dan memberi notis yang cukup kepada semua pihak terbabit mengenai tarikh pilihanraya umum akan datang?
"Perhimpunan agung Umno boleh diadakan pada hari perayaan Deepavali, maka saya tidak menolak kemungkinan Parlimen dibubarkan sewaktu Tahun Baru Cina, malah mungkin sebelum Chap Goh Mei ppada 21 Februari depan," kata Lim lagi.
SUMBER DARI MALAYSIA KINI

Tiada ulasan:
Catat Ulasan