Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 14 Januari 2008

LOH MUI FAH DAN PITA VK LINGAM

13 Januari 2008

Saya memuji keberanian Loh Mui Fah di atas keputusannya untuk tampil ke hadapan dan mengesahkan identitinya sebagai individu kedua di dalam video VK Lingam. Kesanggupannya berbuat demikian di dalam suasana keselamatan yang tidak terjamin memerlukan keberanian.

Justeru, pengesahan beliau menutup sebarang keraguan terhadap kesahihan video ini, dan membolehkan Suruhanjaya DiRaja memberi tumpuan kepada isu-isu pokok yang ditimbulkan di dalam video tersebut.

Saya akan menghadiri persidangan Suruhanjaya DiRaja esok, Isnin 14 Januari pada 10 pagi. Saya telah melantik pasukan peguam yang akan menarik perhatian terhadap beberapa isu kritikal di hadapan Suruhanjaya tersebut termasuk persoalan keanggotaan Suruhanjaya.

ANWAR IBRAHIM


------------------------------------------


FOR IMMEDIATE RELEASE
January 13, 2008


I commend the bravery of Mr. Loh Mui Fah for coming forward and confirming his identity as the other person in the VK Lingam tape. Doing so in an atmosphere of uncertain security required great courage.

In light of Mr. Loh's confirmation, all doubts as to the authenticity of the video should be dispelled, enabling the Royal Commission to focus on the disturbing issues raised in the video itself.

I will attend the hearing of the Royal Commission tomorrow, Monday the 14th of January at 10am. I have appointed counsel who will raise a number of critical issues before the Commission including the question
of the composition of the Commission.

ANWAR IBRAHIM

Office of Anwar Ibrahim
info@anwaribrahim.com

http://anwaribrahimblog.com/
http://keadilanrakyat.org/
http://www.suarakeadilan.com/

Tiada ulasan: